Pejabat Pendaftar
Latar belakang
Mantan Pendaftar:
Tan Sri Dato' Mahmud bin Taib
Pendaftar Pertama
14 Jun 1971 - 15 Jun 1975
Tuan Haji Shahdan bin Asri
Pendaftar Kedua
10 Jan 1977 - 4 April 1996
Tuan Haji Kalok bin Latiff
Pendaftar Ketiga
5 April 1996 - 30 Jun 1997
Encik Ahmad Zekri bin Abdul Khalil
Pendaftar Keempat
1 Julai 1997 - 12 Julai 2000
Tuan Haji Kamalul Aripin bin Musa
Pendaftar Kelima
13 Julai 2000 - 4 Mei 2005
Dato' Wan Azman bin Wan Omar
Pendaftar Keenam
1 Jun 2007 – 9 Disember 2019
Encik Muhazam bin Mansor
Pendaftar Ketujuh
4 Januari 2021 – sehingga kini
Sejarah
Pejabat Pendaftar telah bermula dengan perlantikan Pendaftar secara pinjaman pada 4hb Jun, 1971. Sepanjang tahun 1971 Pejabat ini telah memulakan kerja-kerjanya berkaitan dengan perancangan penubuhan Universiti Pertanian. Penubuhannya telah diwartakan pada 28hb Oktober, 1971. Sementara itu jabatan ini juga telah berusaha untuk mengambil pegawaipegawai akadernik dan pegawai-pegawai am untuk menjalankan berbagai tugas di Universiti.
Tugas sepanjang tahun 1971 ialah untuk merancangkan perkara-perkara berkaitan dengan penyerapan pegawai-pegawai akademik dan pegawai am Kolej Pertanian Malaya dan Fakulti Pertanian Universiti Malaya ke Perkhidmatan Universiti Pertanian. Dalam tahun itu juga, oleh sebab Pejabat Pendaftar hanyaJah sebuah pejabat sahaja yang tertubuh di Universiti ini, hal-hal anggaran dan kewangan dijalankan oleh jabatan ini dengan pertolongan Bahagian Bendahari Kolej Pertanian Malaya. Dalam tahun 1972, oleh sebab Kolej Pertanian Malaya masih wujud, pentadbirannya berjalan selari dengan pentad biran Universiti. Rancangan pembangunan Universiti telah diperhebatkan, demikian juga pengambiJan pegawai-pegawai akademik dan am. Sekim latihan tenaga pengajar bagi Universiti Pertanian, di samping sekim yang dijalankan oleh Kolej telah dimulakan. Para tenaga pengajar, yang tidak mempunyai kelulusan yang mencukupi bagi perkhidmatan di Universiti telah diberikan biasiswa untuk belajar di luar negeri. Pela jar- pelajar juga diberikan biasiswa untuk mengikuti kursus-kursus yang sesuai supaya dapat berkhidmat dengan Universiti sekembalinya dari seberang laut.
Found in 96 Collections and/or Records:
Administrators' Global Outreach Programme 2017 (AGOP 2017) Tokyo, Japan
Penerbitan ini mengenai Administrators' Global Outreach Programme 2017 (AGOP 2017) Tokyo, Japan yang tealh diadakan pada 11-18 April 2017.
Anggaran perjawatan 1978-1979
Anggaran Perjawatan Tahun 1984
Penerbitan ini mengenai anggaran perjawatan dan senarai perjawatan Universiti Pertanian Malaysia bagi tahun 1984.
Anugerah Fellowship Naib Canselor, Jasa Putra, Setia Putra dan Perkhidmatan Cemerlang 2005
Penerbitan ini merupakan buku program majlis Anugerah Fellowship Naib Cancelor, Jasa Putra, Setia Putra dan Perkhidmatan Cemerlang yang diadakan oleh pihak universiti untuk menghargai sumbangan kreatif dan jasa semua staf.Majlis ini diadakan pada 3 Oktober 2005 bertempat di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Anugerah Fellowship Naib Canselor, Jasa Putra, Setia Putra dan Perkhidmatan Cemerlang 2006
Penerbitan ini merupakan buku program majlis Anugerah Fellowship Naib Canselor, Jasa Putra, Setia Putra & Perkhidmatan Cemerlang. Penghargaan ini adalah untuk menghargai peranan dan sumbangan yang diberikan oleh seluruh kakitangan universiti untuk menjadi universiti yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Majlis ini diadakan pada 29 Ogos 2006 bertempat di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Anugerah Fellowship Naib Canselor, Perkhidmatan Cemerlang, Setia Putra dan Jasa Putra 2004
Penerbitan ini merupakan buku program Anugerah Fellowship Naib Canselor, Perkhidmatan Cemerlang, Setia Putra dan Jasa Putra bagi tahun 2004. Majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan dan dorongan kepada pegawai-pegawai yang telah bersara dan yang masih setia berkhidmat dengan UPM sehingga tahun tersebut. Majlis ini diadakan pada 17 Disember 2004 bertempat di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Bengkel Pentadbir Universiti Putra Malaysia 2001
Bengkel Perintah Am Kerajaan
Penerbitan ini mengenai Bengkel Perintah Am Kerajaan pada tahun 1990 anjuran bersama Persatuan Pegawai Akademik Universiti Pertanian Malaysia.
Isi kandungan buku bengkel ini meliputi 6 bab utama iaitu syarat-syarat am perkhidmatan, cuti sabatikal, peraturan-peraturan perkhidmatan(cuti), tatatertib kakitangan, peraturan-peraturan perkhidmatan(elaun) dan faedah-faedah persaraan.
Buku Panduan Perkhidmatan UPM
Penerbitan ini merupakan buku panduan yang pertama seumpamanya dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar, UPM sebagai panduan dan rujukan bagi memudahkan pegawai UPM mengetahui perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan di UPM. Ia mengandungi lima belas (15) bab yang menghimpunkan segala perkara yang berkaitan dengan Pengurusan Sumber Manusia , Pembangunan Sumber Manusia dan Perundangan.
Dinamik Kepimpinan : Mengukuhkan Stail Kepimpinan Anda dengan Menggunakan Grid Pengurusan
Penerbitan ini mengenai Bengkel Dinamik Kepimpinan : Mengukuhkan Stail Kepimpinan Anda dengan Menggunakan Grid Pengurusan (Leadership Dynamics : Reinforcing Your Leadership Style Using Managerial Grid) yang diadakan pada 8 - 11 Disember 1997 di Upeh Island Resort, Pulau Upeh, Melaka. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan tentang bengkel, objektif bengkel, aturcara program kursus dan maklumat terperinci tentang bengkel.
Forum Peranan Pentadbir di dalam menjayakan Universiti Penyelidikan
Garis Panduan Dan Kriteria Kenaikan Pangkat Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia : Edisi 2
Penerbitan ini mengandungi garis panduan dan kriteria kenaikan pangkat pegawai akademik di Universiti Putra Malaysia.
Garis Panduan Dan Kriteria Kenaikan Pangkat Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia: Edisi 3
Penerbitan ini mengandungi garis panduan dan kriteria kenaikan pangkat pegawai akademik di Universiti Putra Malaysia.
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat/Lantikan ke Gred Yang Lebih Tinggi : Edisi 1
Penerbitan ini merupakan garis panduan dan kriteria kenaikan pangkat/ lantikan ke gred yang lebih tinggi. Ia meliputi syarat-syarat skim dan laporan nilaian prestasi tahunan.
Hari Kualiti & Inovasi Perkhidmatan 2014
Penerbitan ini mengandungi sekapur sireh, atur cara majlis, latar belakang, objektif dan pelaksanaan, anugerah hari kualiti dan Inovasi. Majlis telah diadakan pada 6 November 2014 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.
Hari Kualiti & Inovasi Perkhidmatan 2015
Penerbitan ini mengandungi sekapur sireh, atur cara majlis, latar belakang, objektif dan pelaksanaan, anugerah hari kualiti dan Inovasi. Majlis telah diadakan pada 5 November 2015 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia
Hari Kualiti & Inovasi Perkhidmatan 2016
Penerbitan ini mengandungi sekapur sireh, seulas pinang, atur cara, latar belakang, anugerah, objektif dan pelaksanaan. Majlis telah diadakan pada 28 Oktober 2016 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.
HKIP 2023/2024 : Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan
Inf@Man : Buletin Pejabat Pendaftar
Penerbitan ini merupakan majalah terbitan Pejabat Pendaftar yang mengandungi berita tentang aktiviti bahagian perundangan-undangan Universiti, berita umum, berita seksyen dan yang berkaitan.
Jawatan-Jawatan 1979 : Universiti Pertanian Malaysia
Jawatan-Jawatan Tahun 1981 : Asrama-Asrama Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai senarai jawatan-jawatan di asrama-asrama Universiti Pertanian Malaysia mengikut kod gaji dan butiran, jawatan-jawatan bagi tahun 1980 dan tambahan jawatan bagi tahun 1981, format-format, carta organisasi dan justifikasi jawatan tambahan/baru bagi tahun 1981.
Jawatan-Jawatan Tahun 1985 : Bahagian Perjawatan : Universiti Pertanian Malaysia
Jawatan-Jawatan Tahun 1986 : Bahagian Perjawatan
Penerbitan ini mengenai jawatan-jawatan bagi tahun 1986 kumpulan A, B, C, dan D, tambahan jawatan tahun 1986, senarai jawatan mengikut kumpulan antara tahun 1972-1986, tambahan jawatan yang diluluskan dan senarai jawatan mengikut fakulti/pusat/jabatan antara tahun 1979-1986.
Jawatan-Jawatan Tahun 1989 : Bahagian Perjawatan
Penerbitan ini mengenai jawatan-jawatan bagi tahun 1989 kumpulan A,B,C dan D, jawatan-jawatan UPM yang dimansuhkan mengikut Fakulti/Pusat/Jabatan mulai 1.1.1987, senarai jawatan mengikut kumpulan dari tahun 1973-1989 dan senarai jawatan mengikut Fakulti/Pusat/Jabatan dari tahun 1981-1989.
Jawatan-Jawatan Tahun 1990 : Bahagian Perjawatan : Universiti Pertanian Malaysia
Additional filters:
- Subject
- Seminar/Persidangan/Bengkel/ Program 1