Skip to main content

Kolej Kediaman Empat Belas

 Organization

Sejarah

Kolej Empat Belas merupakan satu daripada 17 buah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. Kolej Empat Belas merupakan sebahagian daripada Kolej Serumpun di antara tiga buah kolej yang lain iaitu ; Kolej Dua Belas, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas.

Kolej Serumpun ditubuhkan atas usaha sama di antara PJS Development Sdn.Bhd (atau lebih dikenali dengan PJSD) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Keseluruhan penyelenggaraan dan infrastruktur Kolej Serumpun beroperasi secara Built Operate Transfer (B.O.T) di bawah tanggungjawab PJSD. Polisi ini menyatakan bahawa PJSD akan membuka penempatan di Universiti Putra Malaysia dan akan memantau dan menyelenggara bangunan dan fasiliti selama 25 tahun, iaitu bermulanya perjanjian pada tahun 2000.

Proses pembinaan kolej bermula pada Disember 1998 dan siap pada bulan November 1999. Perjanjian yang termeterai selama 25 tahun secara umumnya mengikat sistem pengurusan dan hak milik Kolej Kediaman di antara PJSD dan UPM. Selepas tamatnya jangka masa tersebut, PJSD akan menyerahkan semua hak penyelenggaraannya kembali kepada pihak UPM dan universiti berhak ke atas kolej-kolej ini sepenuhnya. Polisi B.O.T. merupakan satu pilihan pada ketika itu untuk mengurangkan impak yang dialami oleh negara yang baharu sahaja dilanda kegawatan ekonomi.

Kolej Empat Belas dan Kolej Dua Belas telah mula didiami pada bulan Mei 2000 iaitu pada semester pertama sesi 2000/2001. Pengambilan pertama pelajar yang menginap di Kolej Empat Belas adalah dengan jumlah lebih kurang 1000 orang. Pada Jun 2006, penstrukturan semula pengurusan Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas telah dilaksanakan. Hasil daripada penstrukturan ini, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas telah diwujudkan. Penstrukturan ini dibuat berikutan hasrat universiti untuk menjadikan pengurusan Kolej Serumpun dapat mengurus pelajar dengan lebih efektif. Digelar sebagai 'Kolej Serumpun' adalah kerana blok kediaman ada adalah sama dan dibahagi antara empat buah kolej yang hanya dipisahkan oleh wing dan mengikut warna kolej seperti yang telah ditetapkan.

Universiti Putra Malaysia telah menstrukturkan semula organisasi Kolej Kediaman Universiti dan telah menggabungkan Kolej Empat Belas dan Kolej Enam Belas di bawah satu pentadbiran dan menggunapakai nama Kolej Empat Belas bermula pada 15 Jun 2019. Ia merupakan hasil Pelan Transformasi Governan Entiti di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Setelah bergabung, daripada 17 buah kolej menjadi 9 buah kolej kediaman sahaja.

Kolej Empat Belas telah diuruskan dan ditadbir oleh sepuluh orang Pengetua iaitu Professor Madya Dr. Jamal bin Talib (2000-2003), Dr. Jambari bin Hj. Ali (2003-2005), Dr. Azizi bin Ali@Ibrahim (2005-2007), En. Aris Fadzillah bin Abdullah (2007-2008) dan En. Ishak bin Abd Hamid (2008-2009). Prof. Madya Dr. Omrah bin Hassan @ Hussin (SMP) (2009-2018), Prof. Madya Dr. Faieza binti Abdul Aziz (2018), Prof. Dr. Latifah binti Saiful Yazan (2018), Prof. Madya Dr. Khairulmazmi bin Ahmad (2019), dan Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni (2020).

Lagu Kolej

Di sini sebuah kehidupan

Putra putri berjuang

Menjana insan dan perpaduan

Lahirnya kolej terbilang

Kolej Empat Belas

Lahirnya berwawasan

Pemangkin kecemerlangan insan

Harum namamu bersama harapan

Pembentuk siswa cemerlang

Hidup bersatu bersama harapan

Intelek Cemerlang Teguh

Kolej Empat Belas kolej yang terbilang

Namamu menjadi sanjungan

Found in 3 Collections and/or Records:

Malam Anugerah dan Pra Graduan Kolej Empatbelas Sesi 2002-2003

 Fonds — Container: Gedung 1/64
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-676
Abstract Penerbitan in mengenai majlis Malam Anugerah dan Pra Graduan Kolej Empatbelas Sesi 2002-2003 Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada 24 Februari 2003 bertempat di Cindai Ballroom, Hotel Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya. Majlis ini bertemakan "Graduan Beriltizam Pencetus Kecemerlangan".Isi kandungan buku program ini meliputi objektif malam anugerah, misi UPM, matlamat UPM 2001-2010, kata-kata aluan, pengenalan, senarai nama pentadbiran kolej 2002/2003, senarai...
Dates: Event: 2003-02-24

Malam Anugerah & Pra Graduan 2004

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-359
Abstract Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Majlis Malam Anugerah dan Pra Graduan 2004 yang berlangsung pada 24 Januari 2004 di Ballroom Hotel Equatorial, Bangi. Majlis yang mengangkat tema "Asimilasi Mapan Menjana Graduan Cemerlang" turut mengundang Prof. Madya Dr. Rohani Ibrahim, Pengarah Pusat Perkhidmatan Kerjaya dan Alumni Universiti Putra Malaysia selaku tetamu kehormat dalam majlis ini. Antara maklumta yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti objektif Malam Anugerah dan...
Dates: Event: 2004

Parallax

 Fonds — Container: Gedung 1/84
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-893
Abstract

Penerbitan ini merupakan majalah tahunan kolej yang diterbitkan oleh Unit Majalah dan Sekretariat ICT, Kolej 14.

Dates: Publication: 2005 - 2006
Found in: MAIN ARCHIVES / Parallax