Kolej Kediaman Dua Belas
Sejarah
Kolej Dua Belas merupakan satu daripada 17 buah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. Walaupun begitu, Kolej Dua Belas merupakan sebahagian daripada Kolej Serumpun kerana kedudukannya yang unik di antara tiga buah kolej yang lain iaitu; Kolej Empat Belas, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas.
Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia dibuka pada Mei 2000, bersama dengan pembukaan Kolej Empat Belas. Pada mulanya, kolej kediaman ini dibuka untuk pelajar wanita sahaja. Kemudian, penempatan dibuka kepada pelajar lelaki. Penempatan dan penyelenggaraan fasiliti bagi Kolej Serumpun di bawah tanggungjawab PJS Development Sdn. Bhd. sepenuhnya.
Pada 1 Februari 2018, Kolej Dua Belas telah digabungkan dengan Kolej Lima Belas dan penetapan nama kolej adalah Kolej Dua Belas. Pada 1 September 2019 bagi Sesi 2019/2020, Kolej Dua Belas telah mengambil alih penempatan sepenuhnya dari pihak PJS Development Sdn. Bhd.
Penyelenggaraan fasiliti di Kolej Dua Belas terletak di bawah tanggungjawab PJS Development dibawah polisi B.O.T. (Build-Operate-Transfer). Polisi ini menyatakan bahawa PJS Development (atau lebih dikenali dengan PJSD) akan memantau dan menyelenggara bangunan dan fasiliti selama 22 tahun (bermula daripada tahun 2000). Selepas tamatnya jangka masa tersebut, PJSD akan menyerahkan semua hak penyelenggaraannya kembali kepada pihak universiti. Polisi B.O.T. merupakan satu pilihan pada ketika itu untuk mengurangkan impak yang dialami oleh negara yang baharu sahaja dilanda kegawatan ekonomi.
Walaupun begitu, aktiviti pengurusan adalah dibawah tanggungjawab Universiti Putra Malaysia.
Lagu Kolej Dua Belas
Kolej Yang Indah Berseri
Teguh Tegak Berdiri
Laungkan Semangat Kita
Kolej Dua Belas Kolej Kita
Kolej Yang Berjiwa Murni
Membangunkan Insan Berdikari
Berdisplin Dan Dedikasi
Gerak Sehala Tekad Jaya
Jangan Pandang Ke Belakang
Teguh Usaha Dan Bermatlamat
Progresif, Dinamik
Kolej Dua Belas Gemilang
Hadapi Rintangan
Eratkan Perpaduan
Perpaduan Perpaduan
Kolej Dua Belas Sejiwa
Akan Ku Curah Budi Dan Jasa
Akan Ku Semai Bakti Setia
Untukmu Kolej Tercinta
Membina Insan Wibawa
Kolej Yang Indah Berseri
Teguh Tegak Berdiri
Laungkan Semangat Kita
Kolej Dua Belas Kolej Kita
Found in 4 Collections and/or Records:
Lagenda Edisi 2007/2008
Majlis Makan Malam Rasmi Kolej 12 (Dua belas). Tema : Malam Budi Mekar Setulus ingatan
Foto ini mengenai Majlis Makan Malam Rasmi Kolej 12 (Dua belas). Tema : Malam Budi Mekar Setulus ingatan. Tetamu kehormat yang hadir adalah Dato Seri Mohamed Nazri b. Abdul Aziz.
Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Dua Belas Kali Ke-4
Majlis Penyerahan Kepimpinan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej 12 UPM
Foto ini mengenai Penyerahan Kepimpinan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej 12 UPM Sesi November 2002/2003.
Additional filters:
- Subject
- Pelajar (aktiviti) 1