Skip to main content

Kolej Kediaman Sepuluh

 Organization

Perkembangan

Mula bertapak pada tanggal 1 April 1999, Kolej Sepuluh mula mengorak langkah ke hadapan sebagai sebuah kolej yang baru membangun di Universiti Putra Malaysia. Di bawah peneraju utama iaitu Dr. Marry Huang sebagai pengetua pertama, pelbagai inisiatif telah diambil bagi memastikan Kolej Sepuluh terus maju ke hadapan dari segi akademik mahupun ko-kurikulum setanding dengan kolej-kolej lain yang sedia ada.

Kolej Sepuluh juga memulakan perkhidmatannya dengan menempatkan mahasiswa dan mahasiswi tetapi keadaannya bertukar pada tahun 2002 dengan hanya membenarkan mahasiswa menetap di kolej ini. Kolej ini juga menempatkan mahasiswa yang majoritinya daripada Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Reka Bentuk dan Senibina.

Di UPM, kolej kediaman yang bergabung adalah Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas (menjadi Kolej Sepuluh) pada 1 Jun 2021.

Lagu Kolej : Persis Perwira

Unggulnya kita bukan biasa

Unggulnya kita berjiwa perkasa

Gah persis perwira

Semangat Kita hadirnya dari

Kilauan Hasrat semerah mentari

Kilauan yang Sakti

Agama dan ilmu

Budaya seiringan maju

Lahirlah Putra

Sejati jiwa raga

Berjuang

Kudrat dikerah

Tak mengenal kalah

kitalah juara

Gemilang

antara terbilang

seagung bintang

kita buktikan

Unggullah

Ciptaan: Wan M. Salehuddin Wan Hassan

Lirik: Ajie

Found in 5 Collections and/or Records:

Kolej Sepuluh

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-19
Scope and Contents

Foto Kolej sepuluh sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Majlis Makan Malam Kolej Sepuluh

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-354
Abstract Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Majlis Makan Malam Kolej Sepuluh yang diadakan pada 26 Januari 2004 bertempat di Dewan Kolej Sepuluh. Majlis Makan Malam Kolej Sepuluh merupakan majlis tahunan yang diadakan dan ia merupakan majlis yang ke empat semenjak pembukaan kolej tersebut pada tahun 1999. Antara kandungan dalam penerbitan ini adalah seperti objektif majlis ini diadakan, struktur pentadbiran Kolej Sepuluh, struktur organisasi Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sepuluh bagi...
Dates: Event: 2004

Majlis Malam Inspirasi Gemilang Kolej Sepuluh

 Fonds — Container: Gedung 1/ 45
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-485
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku program bagi majlis Malam Aspirasi Gemilang Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada 23 Feb 2003 bertempat di Dewan Sri Gemilang. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Habibur Rahman bin Ibrahim ,Pengarah Urusan System Consultant Services Sdn.Bhd, bertemakan selangkah menuju era kegemilangan.

Dates: Event: 2003-02-23

Majlis Perasmian Penganugerahan Sukan Kolej Kesepuluh (10)

 Collection — Container: Gedung 1/F02
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-60
Abstract

Foto ini mengenai Majlis Perasmian Penganugerahan Sukan Kolej Kesepuluh (10) yang dirasmikan oleh Datuk Patrick Lim Soo Kit pada tahun 2000.

Dates: Event: 2000

Penyerahan Bangunan Kolej Kediaman Kesepuluh (10) dan Kolej Kediaman Kesebelas (11)

 Collection — Container: Gedung 1/F02
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-64
Abstract

Foto ini mengenai majlis Penyerahan Bangunan Kolej Kediaman Kesepuluh (10) dan Kolej Kediaman Kesebelas (11). Turut hadir di majlis ini adalah YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ir. Muhammad Zohadie bin Bardaie, Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Prof. Dr. Rahim Sail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UPM.

Dates: Event: 1999

Additional filters:

Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 1
Sukan 1