Skip to main content

Kolej Kediaman Pendeta Za'ba

 Organization

Sejarah

KOLEJ PENDETA ZA’BA

Pada tahun 1986, Kolej Pendeta Za'ba dikenali sebagai Kolej Kediaman Kesembilan atau Kolej Bongsu. Pada ketika itu, YBrs. Tn. Hj. Ali B. Sheikh Hj. Yaacob telah dilantik sebagai pengetua kolej yang pertama. Misi kolej pada waktu sedemikian adalah Kreatif, Produktif dan Berdikari serta berkonsepkan "lni Kolejku, lni Rumahku". Dengan berkonsepkan nama lima buah blok kediaman iaitu Arif, Cendekia­wan, Pintar, Bijaksana dan Bestari, Tn. Haji Ali telah mengambil insiatif untuk menukar nama Kolej Kesembilan kepada Kolej Pendeta Za'ba.

Majlis peras­mian telah berlangsung pada 17 Disember 1988 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia. Lanjutan daripada itu, Majlis Malam Pendeta telah dianjurkan pada 3 Januari 1993 bagi mengumumkan nama baru kepada kesemua kemudahan yang terdapat di KPZ pada se­belum ini seperti Aspirasi Za'ba, Khazanah Za'ba, Hamparan Puteri Za'ba. Gelanggang Za'ba dan Baitul Iman.

KOLEJ TUN PERAK

Bergerak kepada sejarah penubuhan Kolej Tun Perak pula, dahulu ia dikenali dengan nama Kolej Kediaman Kelapan. Tetapi, pada 8 Mac 1986 namanya telah bertukar kepada nama baharu iaitu ‘Kolej Tun Perak (KTP)’ dan telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia ketika itu, Profesor Tan Sri Dato ‘Nayan Ariffin. Secara keseluruhannya, Kolej Tun Perak mempunyai enam blok dan lima daripadanya digunakan bagi kemudahan penginapan kepada pelajar manakala satu daripadanya digunakan bagi tujuan pentadbiran. Ia dilengkapi dengan pejabat, kemudahan dewan serta surau bagi kegunaan harian pelajar.

Kesemua blok-blok di KTP telah dinamakan bersempena dengan nama pahlawan-pahlawan yang sohor dalam sejarah Melayu ketika dahulu. Antara nama pahlawan yang diguna pakai ialah Jebat, Lekiu, Lekir, Tuah dan juga Kasturi. KTP adalah kolej pertama yang memecah tradisi penamaan kolej kediaman di UPM dengan meletakkan nilai kemanusiaan di tempat yang tepat. Daripada kelima-lima blok tersebut, blok Jebat adalah dikhaskan dan dikhusukan bagi pelajar yang terlibat dengan Kor Kesukarelawanan Siswa Siswi (SUKSIS).

PENGGABUNGAN KPZ-KTP

Pada tahun 2019, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mewujudkan satu pelan penggabungan yang melibatkan jabatan-jabatan yang terdapat di sini iaitu Pelan Transformasi Governans. Tujuan pelan ini dirangka adalah untuk memaksimumkan penggunaan tenaga kerja dalam meningkatkan kadar keefisienan penyampaian perkhidmatan. Untuk menyahut seruan UPM dalam pelan ini, Kolej Pendeta Za’ba telah digabungkan dengan Kolej Tun Perak bermula pada Jun 2019 dan penstrukturan semula pengetua dan pentadbiran kolej telah dibuat.

Rentetan itu, nama Kolej Pendeta Za’ba telah dikekalkan dan digunakan sebagai nama kolej sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, nama Tun Perak tetap digunakan di dalam UPM dalam penggunaan lain seperti di kompleks perumahan antarabangsa iaitu Kompleks Tun Perak. Selepas penggabungan, Kolej Pendeta Za’ba telah melalui pembaharuan dari segi logo dan lagu kolej. Kedua-dua logo dan lagu kolej adalah hasil dari gabungan logo dan lagu kolej sebelum ini.

Found in 7 Collections and/or Records:

Kolej Kedua

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-17
Scope and Contents

Kolej Kedua (Kolej Pendeta Za'ba) yang terletak di persimpangan kolej Canselori dan Pusat Kesihatan UPM. Berhadapan padang 2.Foto sekitar awal tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Madah Pendeta Edisi Khas KPZ : 15 Tahun (1986-2001)

 Fonds — Container: Gedung 1/67
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-698
Abstract Penerbitan ini mengenai Madah Pendeta Edisi Khas KPZ : 15 Tahun (1986-2001) yang diterbitkan sempena sambutan ulangtahun ke 15 Kolej Pendeta Za'ba pada tahun 2001 dan bertemakan "Pewaris Za'ba Cekal Mengharung Zaman".Isi kandungan buku program ini meliputi: 1) kata-kata aluan, 2) logo & misi kolej, 3) pengenalan tentang Kolej Pendeta Za'ba, 4) sejarah tokoh Za'ba 5) sejarah kolej, 6) kemudahan di kolej, 7) barisan pentadbiran dan pengurusan kolej 8) majlis tertinggi...
Dates: Publication: 2001 - 2002

Madah Pendeta sesi 2000-2001 Edisi ke IV (4)

 Fonds — Container: Gedung 1/67
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-708
Abstract Penerbitan ini mengenai majalah Madah Pendeta sesi 2000-2001 Edisi ke IV yang diterbitkan oleh warga Kolej Pendeta Za'ba dan bertemakan "Tinta Pendeta Pewaris Citra".Isi kandungan majalah ini meliputi:1) kata-kata aluan, 2) logo & misi kolej, 3) pengenalan tentang Kolej Pendeta Za'ba, 4) sejarah tokoh Za'ba 5) sejarah kolej, 6) kemudahan di kolej, 7) majlis kerja Sidang Redaksi 8) barisan pentadbiran dan pengurusan kolej 9) majlis tertinggi mahasiswa 10) Takwim...
Dates: Publication: 2000 - 2001

Malam Anugerah Kecemerlangan Pendeta Kali Ke-12 : MAKP XII

 Fonds — Container: Gedung 1/ 45
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-480
Abstract

Penerbitan ini merupakan aturcara program Malam Anugerah Kecemerlangan Pendeta Kali ke-12 sesi 2003/2004, yang bertemakan "Kecemerlangan Asas Kesejatian Pendeta". Program ini diadakan di Hotel Palm Garden , Putrajaya pada 30 Januari 2004.

Dates: Event: 2004-01-30

Malam Anugerah Kecemerlangan Pendeta Ke Sebelas (MAKP-XI)

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-561
Abstract Penerbitan ini mengenai Malam Anugerah Kecemerlangan Pendeta Ke-Sebelas (MAKP-XII) : "Generasi Berdaya Saing Warisan Pendeta" anjuran bersama Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Pendeta Za'ba sesi 2002/2003 dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Pendeta Za'ba, UPM yang diadakan pada 16 Februari 2003 di Hotel Marriott, Putrajaya.Isi kandungan buku program ini meliputi objektif majlis, misi kolej dan universiti, aturcara majlis, senarai penerima anugerah, senarai ahli jawatankuasa...
Dates: Event: 2003-02-16

Malam Harapan Putra Negara (MAPURA) Kolej Tun Perak Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-351
Abstract Penerbitan ini adalah mengenai Majlis Malam Harapan Putra Negara (MAPURA) yang berlangsung pada 29 Januari 2004 bertempat di Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya yang mengangkat tema " Mahasiswa Perkasa Negara Dijulang".Antara maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti penerangan berkaitan logo Kolej Tun Perak, objektif majlis diadakan, aturcara majlis, senarai staf pentadbiran KTP, senarai Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa KTP Sesi 2003/2004, senarai Jawatankuasa...
Dates: Event: 2004

Perasmian Kolej Pendita Za'ba

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-441
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Perasmian KoLej Pendita Za'ba yang diadakan pada 17 Disember 1988. Isi kandungan buku majlis ini meliputi aturcara majlis, biodata Pendita Za'ba, rencana dari Buku Cenderamata Majlis Pelancaran Yayasan Pendita Za'ba, madah pujangga oleh Pendita Za'ba, senarai ahli jawatankuasa induk majlis dan penerangan tentang lambang Kolej Pendita Za'ba.

Dates: Event: 1988-12-17

Additional filters:

Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 1