Skip to main content

Kolej Kediaman Sultan Alaeddin Suleiman Shah

 Organization

Sejarah

Pada 15 Februari 1982, satu lagi detik bersejarah bagi Universiti Pertanian Malaysia (nama lama bagi Universiti Putra Malaysia) telah berlaku apabila mercu tanda pembukaan Kolej Kediaman Ke-7 Ketujuh (KK7) telah didirikan dengan tertanamnya tiang seri Kolej Kediaman Ke-7 (KK7). Tujuan asal penubuhan kolej ini adalah untuk penempatan Anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM. Urusan pentadbiran kolej ini telah dimulakan secara rasmi pada 8 Mac 1982 tepat pada jam 8.00 pagi. Pada 2 Julai 1983, kolej ini menerima pendaftaran kemasukan pelajar baharu yang berjumlah 650 orang. Kolej Kediaman Ke-7 (KK7) telah dirasmikan pada 4 Oktober 1983 oleh Y. Bhg. Dato’ Mohd. Noor Bin Ismail selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Universiti Pertanian Malaysia pada masa itu.

Terdapat enam buah bangunan yang merangkumi sebuah bangunan pentadbiran dan lima blok penempatan di Kolej Kediaman Ke-7 (KK7). Blok-blok kediaman Kolej Kediaman Ke-7 telah dinamakan dengan nama haiwan-haiwan yang terdapat di hutan rimba. Blok-blok tersebut adalah Blok *Rusa yang melambangkan keindahan, Blok *Kijang melambangkan kepantasan, Blok *Seladang melambangkan kegagahan, Blok *Napuh melambangkan kelembutan, dan Blok *Pelanduk melambangkan kepintaran.

*sumber dari Wikipedia.

PERTUKARAN NAMA KOLEJ

Pada tanggal 25 April 1996 bersamaan 7 Zulhijjah 1416 hijrah, secara rasminya nama Kolej Kediaman Ke-7 (KK7) telah bertukar menjadi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Majlis perasmian ini telah dilaksanakan oleh cucunda baginda iaitu DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Nama Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dipilih berdasarkan jasa dan sumbangan baginda kepada Universiti Pertanian Malaysia dalam melahirkan insan-insan yang berwibawa dalam membangunkan negara. Tambahan pula, baginda merupakan perasmi Sekolah Pertanian Malaya, iaitu nama asal Universiti Pertanian Malaysia. Gabungan sejarah lalu dan kecemerlangan warga kolej telah menjadikan KOSASS sebagai salah sebuah kolej terbaik di Universiti Putra Malaysia.

PENGGABUNGAN KOLEJ

Universiti Putra Malaysia telah menstrukturkan semula organisasi Kolej Kediaman Universiti dan telah menggabungkan Kolej Kedua dan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah menjadi satu entiti bermula pada 15 Jun 2019. Ia merupakan hasil Pelan Transformasi Governan Entiti di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

LAGU KOLEJ: PERMATAKU KOSASS

KOSASS Engkau Permata

Menyinar Disetiap Warga

Engkau Kolejku

Dan Juga Rumahku

Oh KOSASS Kau Kebanggaanku

Ku Curah Kasih Padamu

Berbakti Disepanjang Waktu

Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata

Akan Ku Realiti Segala Cita

*

Pintar, Harmoni, Cemerlang

Warga KOSASS Warga Gemilang

Tiada Satu Yang Khianat Dan Curang

Tiada Satu Yang Kecundang

Tiap Satu Pemimpin Terbilang

Satria PALAPES Dijulang

Bertekad Memimpin Kemercu Dunia

Itulah Cita Mulia

(Komposer: Dr.Norazah Bt Omar)

Found in 10 Collections and/or Records:

Hari Keluarga Ke-3 Kolej Kediaman Ketujuh Universiti Pertanian Malaysia dan Malam Sejambak Budi

 Fonds — Container: Gedung 1/67
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-493
Abstract Penerbitan ini mengenai Hari Keluarga Ke-3 Kolej Kediaman Ketujuh, Universiti Pertanian Malaysia dan Malam Sejambak Budi yang diadakan pada 12 dan 13 Mac 1988. Tema sambutan Hari Keluarga Ke-3 ialah 'Wira Sejahtera Negara Sentosa'. Manakala tema Malam Sejambak Budi kali ke-4 ialah 'Ukiran Bakti Sanjungan Budi'. Isi kandungan buku cenderamata ini meliputi: 1) penerangan ilustrasi kulit buku 2) kata-kata aluan 3) senarai nama sidang pengarang 4) senarai penasihat sambutan Hari...
Dates: Event: 1988-03-12 - 1988-03-13

Intan Nilam 7 : Kolej Kediaman Ketujuh Sesi 91/92

 Fonds — Container: Gedung 1/84
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-606
Abstract

Penerbitan ini mengenai majalah Intan Nilam Edisi ke-7 Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah sesi 91/92.

Isi kandungan majalah ini meliputi: 1) Sidang Redaksi 2) Sekretariat MTK 3) Palapes UPM 4) Laporan blok dan kelab 5) Nostalgia 6) Diari 7) Karya Ilmiah 8) Sudut Kreatif

Majalah ini adalah majalah tahunan kolej yang merupakan salah satu dokumen penting yang merakamkan segala aktiviti, peristiwa dan perkembangan yang berlaku disekitar kolej secara ringkas.

Dates: Publication: 1991 - 1992

Intan Nilam Edisi ke-7 Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

 Fonds — Container: Gedung 1/67
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-707
Abstract Penerbitan ini mengenai majalah Intan Nilam Edisi ke-7 Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah sesi 2002/2003. Isi kandungan majalah ini meliputi: 1) kata-kata aluan, 2) KOSASS Seindah Namamu : sejarah kolej, salasilah Kesultanan Melayu Selangor, logo, visi, persekitaran KOSASS 3) struktur organisasi pentadbiran kolej 4) laporan sekretariat 5) laporan pencapaian KOSASS sesi 2002/2003 6) laporan biro, blok dan kelab 7) info PALAPES UPM 8) takwim KOSASS dan laporan sub-program 9)...
Dates: Publication: 2002 - 2003

Intan Nilam Edisi ke-16: Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah

 Fonds — Container: Gedung 1/89
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-916
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kata-kata aluan, kenali KOSASS, pentadbiran kolej, laporan sekretariat, laporan blok, takwim KOSASS, lensa kamera, pelajar tahun akhir dan penghargaan.

Dates: 1983 - 2008

Kolej Kosas

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-09
Scope and Contents

Foto Kolej Kediaman Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSAS) dari Sudut Tugu KOSASS sekitar tahun 1990an.

Dates: Existence: 1990

Malam Sejambak Budi 26 : A Season To Remember

 Fonds — Container: Gedung 1/63
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-608
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kata alu aluan, objektif, sejarah kolej, pentadbiran kolej, majlis tertinggi pelajar 2009/10, ahli jawatankuasa Malam Sejambak Budi, tentatif program, penerima anugerah, lagu Putra Gemilang dan Permataku KOSASS. Majlis pada 6 March 2010 di Marriott Hotel, Putrajaya.

Dates: Event: 2010-03-06

Malam Sejambak Budi Ke-20

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-360
Abstract Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Majlis Malam Sejambak Budi Ke 20 Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah Yang diadakan pada 27 Januari 2004 bertempat di Cyberview Lodge, Cyberjaya. Majlis yang mengangkat tema "Perjuangan Belum Selesai : Perjanjian Belum Terlerai" ini telah dihadiri oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato' Dr. IR. Mohd Zohadie Bardaie selaku tetamu kehormat. Antara maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti objektif majlis ini diadakan, penerangan...
Dates: Event: 2004

Malam Sejambak Budi Ke-24

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-361
Abstract Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Majlis Malam Sejambak Budi Ke-24 Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah Yang diadakan pada 23 Februari 2008 bertempat di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya dengan mengangkat tema "One Night, One Dream, With A Thousand Memories". Antara maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti objektif majlis ini diadakan, penerangan berkenaan tema majlis, sejarah kolej, pertukaran nama kolej, penerangan tentang logo KOSAS, organisasi...
Dates: Event: 2008

Malam Sejambak Budi ke-25

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-567
Abstract Penerbitan ini mengenai majlis Malam Sejambak Budi Ke-25 Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah yang diadakan pada 20 Februari 2009 di Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia dengan bertemakan "Knowledge Nurtured, Future Assured". Isi kandungan penerbitan ini meliputi objektif majlis ini diadakan, penerangan berkenaan tema majlis, sejarah kolej, pertukaran nama kolej, penerangan tentang logo KOSASS, organisasi pengurusan kolej, organisasi Majlis Tertinggi Kolej sesi 2008/2009, organisasi...
Dates: Event: 2009-02-20

Sambutan Jubli Perak KOSASS 1983-2008

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-654
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku cenderamata sempena Sambutan Jubli Perak 1983-2008 Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Universiti Putra Malaysia pada 26 Julai 2008. Isi kandungan buku ini meliputi aturcara majlis perasmian,foto kolej, mercu tanda kosass, logo Kosass, Logo Sambutan Jubli Perak Kosass, sejarah Kosass, penukaran nama kolej, senarai ayahanda pengetua kosass dan Jawatankuasa pelaksana Jubli Perak.

Dates: Publication: Majority of material found within 1983 - 2008