Skip to main content

Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail

 Organization

Sejarah

Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) merupakan antara kolej yang terawal dibina di kampus UPM Serdang. KTDI yang dahulunya terkenal dengan jolokan "Third" yang bermaksud 'ketiga' merupakan kolej ketiga dibangunkan selepas Kolej Pertama dan Kedua.

Proses pembinaannya bermula daripada Februari 1973 dan siap sepenuhnya pada Julai 1975. Sebagai salah satu projek di bawah Rancanga Malaysia Kedua, pihak kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2.3 juta untuk pembinaan kolej ini.

Nama baru kolej ini diambil sempena nama tokoh terhormat Negara iaitu Tun Dr. Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua, sebagai penghormatan terhadap jasa dan ketokohannya sebagai salah seorang pemimpin Negara yang berwibawa. Nama Kolej Tun Dr. Ismail telah digunakan secara rasminya pada 1 Januari 1995.

Di UPM, kolej kediaman yang bergabung adalah Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Kelima (menjadi Kolej Tun Dr. Ismail), pada 1 Jun 2021.

Lagu Kolej Kediaman Tun Dr Ismail

Kolej Tun Dr Ismail

Juara dambaan warga

Menjadi sebutan semua

KTDI kita juara

Kolej Tun Dr Ismail

Tekad mengorak langkah

Minda teguh siap siaga

Pemimpin hebat dan cakna

Jatuh kami

Gentar tiada

KTDI bangkit bersama

Cita-cita

Seiring usaha

Pemangkin semangat juara

KTDI berjaya

Found in 10 Collections and/or Records:

3rd Wave : Kolej Tun Dr. Ismail

 Fonds — Container: Gedung 1/78
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-876
Abstract

Penerbitan ini merupakan buletin yang dihasilkan oleh Kolej Tun Dr. Ismail , Universiti Putra Malaysia.Buletin ini merupakan salah satu medium bagi semua pelajar di kampus untuk berkongsi maklumat dan aktiviti sepanjang berada di kampus dan kolej. Selain itu, buletin ini adalah pekongsian kejayaan yang diterima oleh warga kolej, program dan aktiviti yang telah berjaya dianjurkan oleh kolej.

Dates: Issued: 2007

Cabaran Gunung Tahan

 Collection — Container: Gedung 1/F02
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-45
Abstract

Foto ini mengenai sekumpulan pelajar UPM telah menawan Puncak Gunung Tahan yang dianjurkan oleh Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia. Turut kelihatan Dr. Nor Asma Binti Ab Razak (memakai tudung hijau sambil memegang kain rentang).

Dates: Event: 2000-10-01 - 2000-10-08

Issue 1. 1st Quarter

 Sub-Series — Container: Gedung 1/78
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-876-01
Abstract Penerbitan ini mengandungi: 1. Master's speech 2. President's speech 3. Editorial board 4. Editor's say 5. Personality of the month 6. College administration 7. Our beloved college 8. New facilities 9. Sports update 10. Student representative council of kolej tun dr. ismail 11. College activities - MSPI - KePeSTar - EKSIL - BKK - BEIT - Serunding - KPR - I-PUB - Sharak - Larose - MMU - Kukem 12. Karnival cergas ceria bersamamu wanita 2007 13....
Dates: Issued: 2007

Kolej Tun Dr. Ismail

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-04
Abstract

Foto papan tanda Kolej Tun Dr. Ismail sekitar tahun 1980an.

Dates: Existence: 1980

Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia : Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi 05/06

 Fonds — Container: Gedung 1/64
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-684
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia : Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi sesi 2005/2006 yang diadakan pada 2 April 2006 bertempat di Dataran Melur, Kolej Tun Dr. Ismail. Program ini bertemakan "Kesinambungan Tradisi Memperkasa Realiti".Isi kandungan buku program ini meliputi objektif majlis diadakan, kata aluan, maklumat tentang tema program, sejarah kolej, fasiliti kolej, logo kolej, struktur organisasi pengurusan...
Dates: Event: 2006-04-02

Sumbangsih 17 : Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia sesi 2006/2007

 Fonds — Container: Gedung 1/67
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-701
Abstract Penerbitan ini mengenai majalah Sumbangsih 17 : Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia sesi 2006/2007. Majalah ini adalah edisi ke-17.Isi kandungan majalah ini meliputi:1) kata-kata aluan 2) Imbasan Memori : gambar muka depan Majalah Sumbangsih sejak edisi pertama hingga edisi ke-17 3) Disebalik tabir : struktur organisasi sekretariat penerbitan 4) Momento KTDI : pengenalan, logo, motto dan lagu kolej 5) struktur organisasi pentadbiran dan barisan felo...
Dates: Publication: 2006 - 2007

Sumbangsih 20 Kolej Tun Dr. Ismail sesi 2009/2010

 Fonds — Container: Gedung 1/67
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-704
Abstract Penerbitan ini mengenai majalah Sumbangsih 20 : Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia sesi 2009/2010. Majalah ini adalah edisi ke-20.Isi kandungan majalah ini meliputi:1) kata-kata aluan 2) Momento : pengenalan, pentadbiran KTDI, logo, warna rasmi, lagu kolej dan motto 3) struktur organisasi pentadbiran dan barisan felo kolej 4) senarai Majlis Tertinggi Mahasiswa 5) Profil Sekretariat Pelajar 6) Sesi temubual tokoh pilihan dan alumni KTDI 7) laporan...
Dates: Publication: 2009 - 2010

Sumbangsih Jilid 11 : Kolej Kediaman Ketiga

 Fonds — Container: Gedung 1/89
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-637
Abstract

Penerbitan ini mengandungi Prologue, dedikasi, laporan kelab hortikultur bagi sesi 1991/92, kata-kata aluan, jamuan malam rasmi semester disember,laporan sekreteriat sukan sesi 1991/92, prospektus kolej, carta organisasi kolej, anugerah, biodata, sidang redaks, rakaman aktiviti utama dan aktiviti sekreteriat dan kalendar sesi 1991/92.

Dates: 1991 - 1992

Sumbangsih XIII (18) Kolej Tun Dr. Ismail 2002/2003

 Fonds — Container: Gedung 1/67
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-706
Abstract Penerbitan ini mengenai majalah Sumbangsih XIII 2002/2003 Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia. Majalah ini adalah edisi ke-13.Isi kandungan majalah ini meliputi:1) kata-kata aluan 2) Disebalik tabir : struktur organisasi dan profil sekretariat penerbitan 3) Momento KTDI : pengenalan, logo, motto dan lagu kolej 4) struktur organisasi pentadbiran dan barisan felo kolej 5) senarai ahli jawatankuasa tertinggi KTDI sesi 2002/2003 6) Sudah Bercahaya Lagi Bersuluh...
Dates: Publication: 2002 - 2003

Sumbangsih XV (15) Kolej Tun Dr. Ismail 2004/2005

 Fonds — Container: Gedung 1/67
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-703
Abstract Penerbitan ini mengenai majalah Sumbangsih XV Kolej Tun Dr. Ismail 2004/2005. Majalah ini adalah edisi ke-15.Isi kandungan majalah ini meliputi:1) kata-kata aluan 2) Imbasan Memori : gambar ketua-ketua Editor Majalah Sumbangsih sejak Jilid pertama hingga Jilid ke-15 3) Disebalik tabir : struktur organisasi dan profil sekretariat penerbitan 4) Momento KTDI : pengenalan, logo, motto dan lagu kolej 5) struktur organisasi pentadbiran dan barisan felo kolej 6) senarai ahli...
Dates: Publication: 2004 - 2005

Additional filters:

Type
Collection 9
Archival Object 1
 
Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 1
Pelajar (aktiviti) 1