Akademi Sukan
Parallel Names
- Pusat Sukan
Latar belakang
Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia mula beroperasi pada 1 Januari 2004. Penubuhan ini adalah berdasarkan kewujudan sumber kepakaran dalam sains sukan yang sedia ada di Universiti Putra Malaysia (UPM). Seiring dengan kemajuan sukan di peringkat tinggi, Akademi Sukan UPM beriltizam mencetuskan suatu anjakan paradigma dalam sukan negara dengan membina niche dalam pengaplikasian teknologi terkini dalam sukan kompetitif. Akademi Sukan merupakan sebuah entiti yang menyumbang kepada pencapaian universiti melalui penyediaan perkhidmatan profesional, perundingan dan penyelidikan sukan untuk menyokong dasar dan pembangunan sukan negara. Misi Akademi Sukan ialah menjadi peneraju kecemerlangan sukan di IPT dan Malaysia amnya sekaligus meningkatkan visibiliti UPM.
Bermula pada 3 Februari 2022, Akademi Sukan dan Pusat Sukan telah digabungkan menjadi satu entiti yang bernaung di bawah Pejabat Naib Canselor UPM dengan membawa nama Akademi Sukan. Terdapat sedikit rombakan dan penambahbaikan yang telah dibuat dalam organisasi bagi memantapkan pengurusan Akademi Sukan. Ini adalah salah satu strategi universiti dalam melaksanakan penilaian ke atas transformasi governans. Namun begitu, penggabungan ini masih tidak tersasar dari objektif dan matlamat asal penubuhan Akademi Sukan dan Pusat Sukan sebelum ini.
Pelbagai aktiviti, program dan hala tuju yang dijalankan sebelum ini masih dikekalkan, malah ada juga pembaharuan yang akan turut diperkenalkan. Sebagai contoh, Akademi Sukan akan memperkasakan fungsi perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran entiti Sukan UPM dalam usaha menghasilkan atlet-atlet terbaik UPM. Selain itu, Akademi Sukan juga turut membantu universiti untuk menjadi sebuah universiti rujukan dan bereputasi antarabangsa dalam bidang kecemerlangan sukan dengan memaksimumkan penggunaan sumber dan kepakaran berkaitan bidang sains sukan di UPM seterusnya mencapai taraf HICOE teras perkhidmatan.
Disamping itu, Akademi Sukan juga berperanan membentuk dan mengendalikan Pusat Kecemerlangan Sukan yang akan menjadi tonggak utama Akademi Sukan pada masa kini. Tugas dan tanggungjawab ini jelas membuktikan bahawa Akademi Sukan telah diberi kepercayaan oleh pihak UPM untuk meneruskan tradisi kecemerlangan sukan yang sememangnya menjadi salah satu tunjang kegemilangan UPM sendiri. Walaupun aktiviti dan fokus Akademi Sukan semakin berkembang, namun aktiviti penjanaan ilmu masih giat dijalankan melalui bidang penyelidikan yang turut menyumbang ke arah peningkatan taraf sebagai universiti penyelidikan.
Akademi Sukan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk memohon geran penyelidikan melalui Akademi Sukan atau dalam apa jua aspek bagi memenuhi tujuan dan matlamat tersebut.
Mantan Pengarah
1. Prof. Dr. Shamsher Mohamad Ramadilli Mohd (2004-2006)
2. Prof. Dr. Aminuddin Yusof (2007-2009)
3. Prof. Dr. Muhammad Nazrul Hakim Abdullah (2009-2013)
4. Prof. Dato' Dr. Shamala K. Subramaniam (2014-2021)
5. Prof. Dr. Tajularipin bin Sulaiman (2022-2024)
Found in 15 Collections and/or Records:
Anugerah Sukan Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai Majlis Anugerah Sukan Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada 5 Mac 2003 bertempat di pusat sukan Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan penerbitan ini meliputi aturcara majlis, senarai ahli Jawatankuasa, senarai tetamu jemputan khas ,Jawatankuasa pemilih majlis anugerah sukan, senarai pemenang dan penerima anugerah olahragawan/olahragawati, senarai penasihat-penasihat kelab sukan UPM, asas pemilihan anugerah sukan 2002/2003 dan gambar setiap pasukan.
Anugerah Sukan UPM ke-29
Penerbitan ini mengenai Majlis Anugerah Sukan UPM ke-29 yang diadakan pada 30 Mei 2012 di Dewan Banquet UPM. Isi kandungan meliputi aturcara majlis, senarai ahli jawatankuasa Induk, senarai ahli jawatnakuasa Panel Pemilihan, senarai ahli Jawatankuasa Pelaksana, senarai olahragawan dan olahragawati UPM.
Buletin Pusat Sukan, Buletin Akademi Sukan dan Info Sukan
Penerbitan ini merupakan buletin yang dikeluarkan oleh Pusat/Akademi sukan. Pusat Sukan dan Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah bergabung dengan membawa nama Akademi Sukan berkuat kuasa 3 Februari 2022.
Info Sukan UPM
Kejohanan memanah kebangsaan ke-31/Terbuka UPM 2007
Penerbitan ini merupakan buku program sempena Kejohanan Memanah Kebangsaan Ke-30/Terbuka UPM 2007 pada 28 November -2 Disember 2007 bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia dirasmikan oleh Y.B Datuk Dr. Adham Baba, DMSM Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi anjuran Pusat Sukan dengan kerjasama Kementerian Pangajian Tinggi & Persatuan Memanah Kebangsaan.
Kertas Rancangan Malaysia Keenam (1991-95) Bagi Kompleks Sukan : Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengandungi ringkasan, dasar dan matlamat, strategi, keperluan tenaga manusia dan anggaran perbelanjaan pembangunan (1991-1995).
Majlis Anugerah Sukan Staf 2004 : Akademi Sukan
Penerbitan ini mengandungi kata-kata aluan, atur cara majlis, ahli jawatankuasa majlis, senarai penerima anugerah dan lagu Putra Gemilang. Majlis diadakan pada 17 Disember 2004.
Majlis Anugerah Sukan Universiti Putra Malaysia Ke-27
Majlis Anugerah Sukan UPM ke-26, 2009
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Atlet UPM Sukan SEA Ke-24 Korat, Thailand
Penerbitan ini mengenai Majlis Apresiasi Kecemerlangan Atlet UPM Sukan SEA Ke-24 Korat, Thailand yang diadakan pada 21 Februari 2008 di Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbiran UPM. Isi kandungan penerbitan ini meliputi aturcara majlis, senarai nama atlet yang mewakili negara di Sukan SEA ke-24 (Korat 2007), senarai nama atlet yang layak ke Sukan Olimpik ke-26 (Beijing 2008) dan senarai ahli jawatankuasa majlis.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Atlet UPM Sukan SEA XXII 2003 Vietnam
Penerbitan ini mengandungi kata-kata aluan, latar belakang Akademi Sukan UPM, atur cara majlis, biodata atlet dan lagu Putra Gemilang. Majlis pada 20 Februari 2004 di Dewan Taklimat, Bangunan Pendaftar.
Majlis Perasmian Kompleks Sukan ,Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis Perasmian Kompleks Sukan ,Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 23 Feb 2021. Perasmian oleh Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Pembangunan Stadium dan Kompleks Sukan UPM
Foto ini mengenai pembangunan stadium dan kompleks sukan UPM dari tahun 1991 - 1995.
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) : Kompleks Sukan Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini merupakan kertas rancangan malaysia keenam (1991-95)bagi kompleks sukan Universiti Pertanian Malaysia yang dibuat pada 16 Disember 1989. Ia mengandungi ringkasan tentang unit sukan, dasar dan matlamat, strategi perancangan, keperluan tenaga manusia-organisasi unit sukan, HEP. Anggaran perbelanjaan pembangunan (1991-1995)pembinaan bangunan dan keperluan ruang tambahan kemudahan sukan.
Strive Towards Sports Excellence
Penerbitan ini mengenai kecemerlangan Sukan Strive Towerds dan sejarah pusat sukan UPM.Buku ini mengandungi pusat kecemerlangan sukan (ragbi), pusat kecemerlangan sukan (memanah),pusat pembangunan sukan dan barisan staf pusat sukan (kakitangan) di Universiti Putra Malaysia.