Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
Parallel Names
- Institut Pembangunan Komuniti dan Pengajian Belia (PEKA)
- Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA)
Perkembangan
Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002 sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.
Sorotan sejarah penubuhan institut bermula pada 27 Mac 2001, Mesyuarat Prajawatankuasa Pendidikan Tinggi telah meneliti kertas cadangan penubuhan Institut Pembangunan Komuniti dan Pengajian Belia (PEKA).
12 Mei 2001, Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi telah bersetuju dengan cadangan Institut Pengajian Keamanan digabungkan dengan PEKA.
16 Mei 2001, Surat persetujuan Universiti atas penggabungan Institut Pengajian Keamanan dengan Institut Pembangunan Komuniti dan Pengajian Belia (PEKA) dan cadangan nama baru institut sebagai Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA).
23 November 2001, Persetujuan Jabatan Pendidikan Tinggi meluluskan penubuhan Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA). PEKKA mula beroperasi dengan rasminya pada 1 Januari 2002.
1 Julai 2006, cadangan penstrukturan semula Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA) kepada Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS). Manakala nama sementara yang digunakan sebelum kelulusan adalah Institut Interim Sains Sosial.
Pada 29 Januari 2007, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Bil 1/2007) telah bersetuju meluluskan permohonan UPM bagi urusan penstrukturan semula institut iaitu Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) berkuatkuasa mulai Januari 2007.
Found in 9 Collections and/or Records:
Anggaran Belanjawan 2002-2003 : Institut Pembangunan Komuniti & Pengajian Belia
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan anggaran belanjawan Institut Pembangunan Komuniti & Pengajian Belia bagi tahun 2002-2003.
Buletin IPSAS (Institut Pengajian Sains Sosial)
Penerbitan ini merupakan sebuah buletin yang diterbitkan oleh Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS). Tujuan penerbitannya adalah untuk menyampaikan informasi kepada masyarakat umum tentang aktiviti dan kejayaan terkini berkaitan pencapaian ipsas dan warganya.
Laporan Interim : Fasa 1 Kajian Indeks Kegembiraan UPM
Penerbitan ini mengenai laporan Kajian Indeks Kegembiraan UPM yang mengandungi pengenalan, metodologi, dapatan kajian, kesimpulan serta rumusan kajian.
Laporan Kajian Indeks Kegembiraan UPM
Penerbitan ini mengenai buku laporan Kajian Indeks Kegembiraan UPM yang disediakan oleh Kumpulan Penyelidik IPSAS pada bulan November 2014.
Isi kandungan buku laporan ini meliputi senarai rajah, senarai jadual, ringkasan eksekutif dan 5 bahagian utama iaitu pengenalan, sorotan literatur, metodologi, hasil kajian dan perbincangan, kesimpulan dan rumusan dan senarai rujukan.
Laporan Tahunan 2006 Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2006 Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS).
Laporan Tahunan 2002/2003 Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2002/2003 Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan.
Malaysians' Respond to Emotion-Elicting News
Penerbitan ini penerbitan kajian mengenai Tanggapan Rakyat Malaysia Terhadap Berita Membangkitkan Emosi yang telah dijalankan oleh pensyarah IPSAS iaitu Dr. Moniza Waheed dan Dr. Jen-Sern Tham.
Program Pengajian Master : Institut Pengajian Sains Sosial
Penerbitan ini mengandungi maklumat lengkap berkaitan bidang pengajian yang ditawarkan di Institut Pengajian Sains Sosial UPM.
Program Pengajian PhD : Institut Pengajian Sains Sosial
Penerbitan ini mengandungi maklumat lengkap berkaitan bidang pengajian yang ditawarkan di Institut Pengajian Sains Sosial UPM.