Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
Latar belakang
Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) telah wujud lebih daripada 30 tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia bermula dengan Bahagian Pembangunan, Jabatan Canselori pada tahun 1976 dan pada tahun 1996 Bahagian Pembangunan, Jabatan Canselori dan Bahagian Harta Benda, Jabatan Bendahari telah bergabung menjadi satu jabatan di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan diketuai oleh Timbalan Pendaftar.
Pada awal tahun 2006, jawatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) telah dimansuhkan dan ditukarkan jawatannya kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Dengan pertukaran jawatan tersebut, Bahagian Pembangunan telah diletakkan di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian. Setelah berlakunya pengstrukturan semula, seorang pengarah dilantik bagi menganggotai organisasi ini dan bertanggunjawab terus kepada Naib Canselor bermula pada 1 Mei 2006. Selaras dengan pengstrukturan tersebut, Pihak Pengurusan Universiti telah menaiktarafkan Bahagian Pembangunan kepada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset bagi memperkasakan lagi objektif organisasi.
Sejak penubuhan awal bahagian ini, terdapat 2 fungsi utama iaitu pentadbiran dan teknikal. Setelah pengstrukturan semula dilakukan, PPPA telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pengurusan Projek dan Bahagian Penyelenggaraan untuk memudahkan organisasi berjalan dengan lebih efisyen dan teratur.
Mulai Julai 2014, penstrukturan semula PPPA telah dilaksanakan kepada Sistem Zoning di mana PPPA terbahagi kepada lima (5) buah Zon, Seksyen Pentadbiran dan Kewangan dan Seksyen Kontrak dan Ukur Bahan di bawah pentadbiran Naib Canselor UPM. 5 buah zon terdiri daripada Zon Akademik, Zon Teknologi, Zon Kediaman, Zon Perubatan dan Zon Pertanian. Kesemua zon dipertanggungjawab untuk menyelia aduan kerosakan serta meluluskan kerja-kerja teknikal mengikut senarai PTJ yang telah diwartakan kepada zon masing-masing.
Pada 1 Oktober 2015, berlaku penstrukturan semula pengurusan bagi Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset di mana pengurusannya diletakkan dibawah seliaan Pengarah Pembangunan baru.
TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
Dr. Mohd Noor Bin Haji Ismail 1981 - 1983
YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin Bin Syed Salim 1983 - 1985
YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Khalild Bin Mohd Nor 1993 - 1995
YBhg. Prof. Ir. Mohd Zohadie Bin Bardaie 1993 - 1999
YBhg. Prof. Dr. Muhamad Awang 1999 - 2000
YBhg. Prof. Dr. Abdul Rahman Bin Md Aroff 2000 - 2001
YBhg. Prof. Dr. Makhdzir bin Mardan 2001 - 2004
YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha Bin R. Abdullah 2004 - 2005
Pengarah Pembangunan PPA:
Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Razali Bin Abd. Kadir (1 Jun 2006 - 30 Mei 2007)
Prof. Dr. Shattri Bin Mansor (1 Jun 2007 - 30 Mei 2011)
Prof. Madya Dr. Shamsul Bahari Bin Mohd Noor (1 Jun 2011 - 10 Jun 2014)
Puan Chek Zan binti Kasah (1 Oktober 2015 - 30 Januari 2017)
Prof. Madya Ar. Meor Mohammad Fared bin Meor Razali (1 Februari 2017 - 14 Disember 2017)
Prof. Ir. Dr. Faizal bin Mustapha (15 Disember 2017 - 31 Disember 2022)
Ir. Maznah binti Sahran (2023 - sekarang)
Found in 23 Collections and/or Records:
Buletin PPA
Penerbitan ini merupakan isu yang pertama buletin Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPA). Isi kandungan buletin ini adalah berkenaan kejayaan dan aktiviti PPA dan warganya.
Cadangan Pembinaan Bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto progress cadangan bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 14 Mac 1981.
Cadangan Pembinaan Bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto proses pembinaan bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dari 25 Jun 1980 sehingga 14 Mac 1981.
Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto pembinaan kompleks pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 25 September 1980.
Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Progress Photo. No. 2. South West Elevation.
Foto progress pembinaan kompleks pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 15 April 1980.
Panduan Telefon 2000-2001
Penerbitan ini merupakan panduan penggunaan telefon dail automatik serta mengandungi maklumat berkaitan nombor-nombor telefon jabatan-jabatan di UPM bagi tahun 2000-2001.
Papan Tanda Universiti Pertanian Malaysia
Foto papan tanda Universiti Pertanian Malaysia di tepi lebuhraya utara selatan sekitar tahun 1980.
Papan Tanda Universiti Pertanian Malaysia
Papan Tanda Universiti Putra Malaysia
Foto papan tanda Universiti Putra Malaysia di persimpangan lampu isyarat Institut Biosains dan Fakulti Rekabentuk dan Senibina tahun 1998.
Pembinaan Awal Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar pembinaan kompleks pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 25 Julai 1980.
Pembinaan Awal Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar pembinaan kompleks pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 27 Oktober 1980.
Pembinaan Awal Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar pembinaan kompleks pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 27 Oktober 1980.
Pembinaan Awal Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Progress.
Foto sekitar pembinaan kompleks pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 25 Jun 1980.
Pembinaan Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (Fasa Progress)
Foto sekitar pembinaan kompleks pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 25 Julai 1980.
Pembinaan Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia progress (South-West Elevation)
Foto sekitar pembinaan kompleks pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) tahap kemajuan pembinaan (bahagian ketinggian barat daya) pada 15 Mei 1980.
Penyediaan Rancangan Malaysia Keempat (1981-85)
Penerbitan ini merupakan penyediaan rancangan Malaysia Keempat 1981-85 yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kajian semula kemajuan :1976-80, kajian semula pelaksanaan dasar ekonomi baru : 1970-80 serta strategi-strategi dan dasar-dasar Rancangan Malaysia Keempat.
Rancangan Malaysia Ke 6 (1991-1995) : Bhg. Harta Benda
Penerbitan ini mengenai laporan Rancangan Malaysia ke-6 (1991-1995) bagi Bahagian Harta Benda, Universiti Pertanian Malaysia.
Isi kandungan buku laporan ini meliputi latarbelakang Bahagian Harta Benda, skop dan bidang tugas Bahagian Harta Benda, objektif perlaksanaan RMK 6, cadangan kerja dibawah RMK6 dan enam lampiran dokumen berkaitan RMK 6.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-85) Jilid Dua
Penerbitan ini merupakan cadangan-cadangan perbelanjaan pembangunan 1981-85 bagi projek Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, projek Fakulti Pengajian Pendidikan , projek Fakulti Kejuruteraan Pertanian, projek Fakulti Perikanan dan Sains Samudra dan projek Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Pertanian Malaysia pada 18hhb Jun 1980. (Jilid Dua)
Rancangan Malaysia Keempat (1981-85) Jilid Enam
Penerbitan ini merupakan cadangan-cadangan perbelanjaan pembangunan 1981-85 bagi projek kampus cawangan Universiti Pertanian Malaysia dan pembangunan ladang di Bintulu, Sarawak pada 18hhb Jun 1980. (Jilid Enam)
Rancangan Malaysia Keempat (1981-85) Jilid Lima
Penerbitan ini merupakan cadangan-cadangan perbelanjaan pembangunan 1981-85 bagi projek Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan Projek Fakulti Pembangunan Manusia & Kajian Pengguna , Universiti Pertanian Malaysia pada 18hhb Jun 1980. (Jilid Lima)
Rancangan Malaysia Keempat (1981-85) Jilid Tiga
Penerbitan ini merupakan cadangan-cadangan perbelanjaan pembangunan 1981-85 bagi projek bahagian ladang, Universiti Pertanian Malaysia pada 18hhb Jun 1980. (Jilid Tiga)
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) : Perancangan Kampus/Kerja Ukur Rupabumi Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai kertas projek untuk Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) berkenaan perancangan kampus/Kerja Ukur Rupabumi Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan kertas projek ini meliputi latarbelakang, tujuan, keperluan, maklumat implikasi kewangan dan perlaksanaan projek.
Taklimat : Pelan Induk Penggunaan dan Status Tanah, Projek Pembangunan RMK-9 : Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengandungi pelan induk, penggunaan dan status tanah, dan juga projek pembangunan RMK-9.
Additional filters:
- Subject
- Bangunan/Monumen/Papan tanda 13