Skip to main content

Institut Biosains

 Organization

Perkembangan

Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1996 dan merupakan institut penyelidikan yang pertama ditubuhkan di UPM. Tujuan penubuhan IBS adalah sebagai pusat pembangunan kecemerlangan penyelidikan dan latihan siswazah lanjutan dalam bidang sains biologi. Penubuhan IBS bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan sains dan teknologi negara serta pembangunan modal insan bagi menyokong Pelan Induk Perindustrian dan Pertanian Negara. Sejak penubuhannya, bidang penyelidikan di IBS telah berkembang dan semakin pesat membangun menjadi pusat penyelidikan utama di UPM.

Institut Biosains telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa pelancaran Majlis Profesor Negara dan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi pada 1 April 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada 9 Februari 1995, Senat telah menyokong penubuhan Institut Penyelidikan Universiti Pertanian Malaysia yang bertujuan untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan program yang selaras dengan pelan korporat di Universiti Pertanian Malaysia. Cadangan asal Institut ini adalah sebagai pusat penyelidikan berpusat di UPM untuk semua penyelidik dari pelbagai fakulti, juga sebagai pusat perlaksanaan penyelidikan strategik dan multidisiplin di dalam persekitaran penyelidikan yang kondusif serta bertaraf dunia.

Perkara ini telah mendapat pertimbangan Lembaga Pengarah Universiti Pertanian Malaysia pada 1 April 1995 dan bersetuju pada prinsipnya serta meminta supaya satu kertas kerja yang terperinci disediakan. Hasil dari semakan semula, nama Institut Penyelidikan Universiti Pertanian Malaysia telah diganti dengan nama Institut Biosains dan penubuhannya telah mendapat sokongan Senat. Majlis dalam mesyuaratnya yang ke-120 pada 9 September 1995 telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan Institut Biosains (IBS).

Berikutan itu, pada 27 April 1996, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mesyuaratnya yang ke-131 juga telah meluluskan cadangan penubuhan IBS.

Justeru itu, secara rasminya pada 1 Ogos 1996, YBhg. Prof. Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim yang merupakan Naib Canselor ketika itu, telah mengumumkan penubuhan IBS dan melantik Pengarah serta Timbalan Pengarah pertama sebagai peneraju utama membangunkan IBS. Prof. Dr. Abdul Rani Bahaman telah dilantik sebagai Pengarah IBS yang pertama dan Prof. Dr. Ho Yin Wan sebagai Timbalan Pengarah.

Sepanjang 20 tahun ini, Institut Biosains telah menyusun semula unit-unit yang sedia ada dan terkini telah membentuk kepada 4 laboratori bagi melicinkan dan menambah keberkesanan pentadbiran, pengurusan sumber dan kemudahan. Setiap Laboratori pula mempunyai 2 peranan utama iaitu menjalankan penyelidikan serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan. Lima Laboratori tersebut adalah:

Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik (AquaHealth) Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds) Laboratori Vaksin dan Biomolekul (VacBio) Laboratori Penyelidikan Kanser UPM - MAKNA (CANRES)

Found in 13 Collections and/or Records:

Bioscience: Bulletin Institute of Bioscience

 Series — Container: Gedung 1/81
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-898
Abstract

Penerbitan ini merupakan buletin berita bulanan yang diterbitkan oleh Institut Biosains. Penerbitan ini mengandungi aktiviti dan berita-berita tentang aktiviti dan kejayaan yang telah dicapai oleh fakulti dan warganya.

Dates: Issued: Majority of material found within 2003 - 2006

Bioskop Berita Bulanan Institut Biosains (IBS)

 Series — Container: Gedung 1/78
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-847
Abstract

Penerbitan ini merupakan risalah berita yang dikeluarkan secara bulanan oleh Institut Biosains (IBS). Penerbitan ini diwujudkan adalah untuk berkongsi maklumat terkini tentang aktiviti yang dijalankan oleh warga Institut Biosains.

Dates: Publication: 2003

Buku Program Majlis Perasmian Pameran Rekacipta dan Penyelidikan Institut Biosains 2002

 Fonds — Container: Gedung 1/63
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-609
Abstract

Penerbitan ini mengandungi ucapan aluan, aturcara majlis, poster dan jawatankuasa Pameran Rekacipta Penyelidikan Institut Biosains 2002. Majlis pada 13 Ogos 2002.

Dates: Event: 2002-08-13

Institut Biosains

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-16
Scope and Contents

Foto bangunan Institut Biosains sekitar awal tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Institut Biosains Satu Dekad 1996-2006

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-653
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku cenderamata yang dihasilkan oleh Institut Biosains Universiti Putra Malaysia. Penerbitan ini mengandungi sejarah kejayaan pembangunan Institut Biosains dalam tempoh satu dekad 1996-2006.

Dates: Publication: Majority of material found within 1996 - 2006

Institute of Bioscience : Centre of Excellence in R&D and Innovation

 Fonds — Container: Gedung 1/76
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-782
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku panduan Institute of Bioscience : Centre of Excellence in R&D and Innovation.

Isi kandungan buku panduan ini meliputi pengenalan dan sejarah tentang institut BioSains (IBS), objektif penubuhan, visi, misi, maklumat tentang perkhidmatan 5 makmal mengikut program penyelidikan di IBS serta maklumat kemudahan dan perkhidmatan di 4 unit IBS.

Dates: Publication: 2006

Laporan Tahunan 2005 Pusat Kecemerlangan R&D dan Inovasi : Institut Biosains

 Fonds — Container: Gedung 1/14
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-68
Abstract

Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2005 Pusat Kecemerlangan Research and Development dan Inovasi : Institut Biosains. Penerbitan ini ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dates: Publication: 2005

Laporan Tahunan Institut Biosains 2002

 Fonds — Container: Gedung 1/15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-87
Abstract

Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2002 Institut Biosains.

Dates: Publication: 2002 - 2002

Laporan Tahunan Institut Biosains 2003

 Fonds — Container: Gedung 1/14
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-80
Abstract

Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Institut Biosains 2006. Penerbitan ini ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dates: Publication: 2003

Laporan Tahunan Institut Biosains 2006

 Fonds — Container: Gedung 1/13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-56
Abstract

Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Institut Biosains 2006.

Dates: 2006

Panduan pelawat : Taman konservatori pertanian

 Fonds — Container: Gedung 1/22
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-201
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku panduan untuk pelawat yang mengunjungi taman konservatori pertanian. Ia mengandungi maklumat berkaitan etika pelawat, panduan tumbuh-tumbuhan terpilih, peta panduan serta lain-lain maklumat yang berkaitan.

Dates: 2012

Perjanjian Program 2002-2003

 Fonds — Container: Gedung 1/85
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-906
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maksud bekalan, agensi, program, kod, aktiviti, punca kuasa, objektif, pelanggan, analisis keperluan/dasar yang terdiri dari masalah-masalah pelanggan, alternatif dasar, strategi, fungsi, sumber-sumber, spesifikasi output, petunjuk impak dan rancangan penilaian program.

Dates: 2002 - 2003

Sambutan 10 Tahun Institut Biosains Meniti Kegemilangan (1996-2006)

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-552
Abstract

Penerbitan ini mengenai Sambutan 10 Tahun Institut Biosains, Meniti Kegemilangan (1996-2006) yang telah diadakan di Auditorium IBS, Institut Biosains, UPM pada 5 April 2007. Isi kandungan buku program ini meliputi aturcara perasmian, aktiviti sepanjang hari sambutan dan lagu rasmi Institut Biosains.

Dates: Event: 2007-04-05

Additional filters:

Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 1