Skip to main content

Fakulti Pertanian

 Organization

Perkembangan

Fakulti Pertanian yang pertama di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1971. Bermula dengan tujuh jabatan di bawahnya, fakulti ini telah menjadi pengasas kepada penubuhan beberapa fakulti lain dalam proses pembangunan dengan membangunkan jabatan berkenaan hingga menjadi taraf fakulti sendiri. Sehingga akhir 1998, Fakulti Pertanian mempunyai 3 jabatan akademik, iaitu Jabatan Agronomi dan Hortikultur, Jabatan Perlindungan Tumbuhan dan Jabatan Sains Tanah.

Bermula pada 1 Januari 1999, proses penstrukturan semula di Universiti Putra juga melibatkan Fakulti Pertanian. Penstrukturan ini adalah berkonsepkan penyatuan atau integrasi elemen utama dalam sistem pertanian iaitu tanaman, haiwan, tanah, teknologi dan pengurusan. Berasas kepada konsep ini, Fakulti Pertanian kini mempunyai tujuh jabatan, iaitu Sains Tanaman, Sains Haiwan, Perlindungan Tumbuhan, Pengurusan Tanah, Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Teknologi Pertanian, Akuakultur.

Sebagai fakulti pertanian terunggul di negara ini, maka Fakulti Pertanian mempunyai peranan utama untuk menangani secara langsung masalah pertanian semasa negara serta prospek pembangunan industri pertanian dalam jangka masa panjang terutama kepada program latihan sumber manusia dengan tenaga terlatih yang terdiri daripada graduan yang berpandangan jauh ke hadapan dan berupaya bersaing dalam arena industri. Berlandaskan sistem pendidikan negara, Fakulti Pertanian berusaha mengeluarkan pakar pertanian terlatih, berciri keusahawan dan berupaya mengendalikan perundingan di mana saja, di samping menghasilkan teknologi pertanian baru dan tinggi, hasil dari program penyelidikan dan pengkomersilan.

Fakulti Pertanian kini menawarkan program pengajian yang terdiri daripada program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Hortikultur, dan Bacelor Sains (Perniagaantani). Program baru peringkat Bacelor yang ditawarkan adalah Bacelor Sains Pertanian (Akuakultur) dan Bacelor Sains Pertanian (Sains Ternakan). Manakala pada peringkat Master, Fakulti Pertanian menawarkan program Master Sains Pertanian, Master Sains, Master Sains Pengurusan Tanah, Master Sains Pengurusan Perladangan, Master Sains Pengurusan Sumber Lestari dan PhD. Kini, Fakulti Pertanian terletak di Kompleks Agrobio Lebuh Silikon sesuai dengan fungsi dan peranan dalam pembangunan pertanian negara

Found in 56 Collections and/or Records:

Report of External Examiner for the Bachelor of Education Program (Agricultural Science)

 Fonds — Container: Gedung 1/89
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-641
Abstract

Penerbitan ini mengandungi laporan, lampiran 1 curriculum vitae dan lampiran 2 program lawatan.

Dates: 1981-05-23

Rumah kaca

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-12
Scope and Contents

Foto rumah kaca tanaman hydroponik rock melon, timun, labu dan tomato Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia sekitar awal tahun 1990an.

Dates: Existence: 1990

Staff Seminar Meeting : Topic : Germination and Storage of Some Tropical Seeds

 Fonds — Container: Gedung 1/101
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-740
Abstract

Penerbitan ini mengandungi topik percambahan dan penyimpanan beberapa biji benih tropika serta carta.

Dates: 1970-10-08

Universiti Pertanian Malaysia Faculty of Agriculture : Postgraduate Opportunities In Tropical Agriculture and Horticulture

 Fonds — Container: Gedung 1/73
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-495
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku panduan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia berkenaan peluang Lepasan Ijazah dalam Bidang Pertanian Tropika dan Hortikultur.

Isi kandungan buku panduan ini meliputi pengenalan kampus universiti, pengenalan fakulti pertanian, maklumat jabatan dan program yang ditawarkan, maklumat staf akademik, kemudahan penyelidikan dan maklumat umum seperti syarat kemasukan, struktur program, yuran pengajian dan hal berkaitan program yang ditawarkan.

Dates: Publication: 1971

Universiti Pertanian Malaysia : Weather Station Record Jun 1973-1977

 Fonds — Container: Gedung 1/80
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-548
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku rekod pusat kaji cuaca Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan buku rekod ini meliputi log bacaan cuaca harian seperti graf bacaan sukatan hujan, bacaan suhu udara harian, bacaan kelembapan dan penyejatan bagi tempoh bermula bulan Jun 1973 sehingga 1977.

Dates: Publication: Majority of material found within 1973-06 - 1977

UPM Research Report 2001: Faculty of Agriculture

 Fonds — Container: Gedung 1/75
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-771
Abstract

Penerbitan ini merupakan abstrak laporan penyelidikan UPM bagi tahun 2001 ,Fakulti Pertanian.

Dates: Publication: 2001

Additional filters:

Type
Collection 42
Archival Object 14
 
Subject
Tumbuhan (Pertanian) 1