Skip to main content

Fakulti Pertanian

 Organization

Perkembangan

Fakulti Pertanian yang pertama di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1971. Bermula dengan tujuh jabatan di bawahnya, fakulti ini telah menjadi pengasas kepada penubuhan beberapa fakulti lain dalam proses pembangunan dengan membangunkan jabatan berkenaan hingga menjadi taraf fakulti sendiri. Sehingga akhir 1998, Fakulti Pertanian mempunyai 3 jabatan akademik, iaitu Jabatan Agronomi dan Hortikultur, Jabatan Perlindungan Tumbuhan dan Jabatan Sains Tanah.

Bermula pada 1 Januari 1999, proses penstrukturan semula di Universiti Putra juga melibatkan Fakulti Pertanian. Penstrukturan ini adalah berkonsepkan penyatuan atau integrasi elemen utama dalam sistem pertanian iaitu tanaman, haiwan, tanah, teknologi dan pengurusan. Berasas kepada konsep ini, Fakulti Pertanian kini mempunyai tujuh jabatan, iaitu Sains Tanaman, Sains Haiwan, Perlindungan Tumbuhan, Pengurusan Tanah, Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Teknologi Pertanian, Akuakultur.

Sebagai fakulti pertanian terunggul di negara ini, maka Fakulti Pertanian mempunyai peranan utama untuk menangani secara langsung masalah pertanian semasa negara serta prospek pembangunan industri pertanian dalam jangka masa panjang terutama kepada program latihan sumber manusia dengan tenaga terlatih yang terdiri daripada graduan yang berpandangan jauh ke hadapan dan berupaya bersaing dalam arena industri. Berlandaskan sistem pendidikan negara, Fakulti Pertanian berusaha mengeluarkan pakar pertanian terlatih, berciri keusahawan dan berupaya mengendalikan perundingan di mana saja, di samping menghasilkan teknologi pertanian baru dan tinggi, hasil dari program penyelidikan dan pengkomersilan.

Fakulti Pertanian kini menawarkan program pengajian yang terdiri daripada program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Hortikultur, dan Bacelor Sains (Perniagaantani). Program baru peringkat Bacelor yang ditawarkan adalah Bacelor Sains Pertanian (Akuakultur) dan Bacelor Sains Pertanian (Sains Ternakan). Manakala pada peringkat Master, Fakulti Pertanian menawarkan program Master Sains Pertanian, Master Sains, Master Sains Pengurusan Tanah, Master Sains Pengurusan Perladangan, Master Sains Pengurusan Sumber Lestari dan PhD. Kini, Fakulti Pertanian terletak di Kompleks Agrobio Lebuh Silikon sesuai dengan fungsi dan peranan dalam pembangunan pertanian negara

Found in 56 Collections and/or Records:

Fakulti Pertanian : Prospektus 2003-2004

 Fonds — Container: Gedung 1/23
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-241
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian bagi tahun 2003-2004.

Dates: Publication: 2003 - 2004

Fakulti Pertanian Prospektus 2004-2005

 Fonds — Container: Gedung 1/21
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-171
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian, UPM bagi sesi 2004-2005.

Dates: Majority of material found within 2004 - 2005

Information Needs of The Malaysian Agricultural Community

 Fonds — Container: Gedung 1/87
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-632
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kandungan, senarai kandungan, pengenalan, metodologi kajian, dapatan kajian, rumusan dan kesimpulan, cadangan dan soalan.

Dates: 1980 - 1981

Intra-agency Working Relationship

 Fonds — Container: Gedung 1/101
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-735
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, organisasi, struktur organisasi, beberapa garis panduan untuk organisasi yang berkesan, amalan penyeliaan, beberapa panduan untuk penyeliaan yang berkesan, keperluan untuk penyelarasan, ringkasan dan rujukan.

Dates: 1976-03-06 - 1976-03-11

Kolej Pertanian Malaya : Weather Station Record 1968 - Mei 1973

 Fonds — Container: Gedung 1/80
Identifier: MYUPM-CAM-13-23
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku rekod stesen cuaca, Kolej Pertanian Malaya. Isi kandungan buku rekod ini meliputi log bacaan cuaca harian seperti sukatan hujan, bacaan suhu udara harian, bacaan kelembapan dan penyejatan bagi tempoh bermula bulan Januari 1968 sehingga bulan Mei 1973.

Dates: Publication: Majority of material found within 1968-01 - 1973-05

Kuliah Awam : SEARCA Professorial Merit Award "Cocoa in Southeast Asia and its Threatening Diseases"

 Fonds — Container: Gedung 1/80
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-539
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Kuliah Awam : SEARCA Proffesorial Merit Award "Cocoa in Southeast Asia and its Threatening Diseases" oleh Profesor George Varghese pada 13 Julai 1985 bertempat di Dewan Persidangan Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan Universiti Pertanian Malaysia.Isi kandungan buku majlis ini meliputi aturcara majlis, pengenalan tentang hadiah merit award, kriteria pemilihan, maklumat tempoh dan syarat-syarat pengurniaan, tanggungjawab pemegang Merit Award,...
Dates: Publication: 1985-07-13

Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Pertanian

 Fonds — Container: Gedung 1/92
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-614
Abstract

Penerbitan ini mengenai Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan buku laporan ini meliputi ringkasan, kedudukan semasa (1981-1985), dasar, matlamat dan strategi, program perbelanjaan pembangunan 1986 - 1990, keupayaan perlaksanaan serta laporan berkaitan Fakulti/Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia.

Dates: Publication: 1986

Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Pertanian

 Fonds — Container: Gedung 1/92
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-615
Abstract

Penerbitan ini mengenai Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan buku laporan ini meliputi senarai jadual, senarai lampiran, ringkasan, pendahuluan, kedudukan semasa (1981-1985), dasar, matlamat dan strategi, program perbelanjaan pembangunan 1986 - 1990, jadual-jadual, lampiran-lampiran serta laporan berkaitan Fakulti/Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia.

Dates: Publication: 1986

Lecture Notes PRT 2008 Agriculture and Man

 Item — Container: Gedung 1/117
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1039
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku nota kursus Agriculture and Man (PRT2008) yang diterbitkan oleh Fakulti Pertanian pada September 2011. Isi kandungan buku nota kursus ini meliputi 9 bab utama nota kuliah berkaitan pertanian beserta foto-foto berkaitan aktiviti yang dijalankan. Kursus Agriculture and Man adalah salah satu kursus wajib yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian dan buku nota kursus ini adalah edisi kemaskini dan dicetuskan bermula Disember 2010.

Dates: Publication: 2011-09

Lifelong Love for Seeds : (1955-2015) Through the Seed Route

 Fonds — Container: Gedung 1/76
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-783
Abstract Penerbitan ini mengenai buku cenderamata syarahan awam "Lifelong Love for Seeds : (1955-2015) Through the Seed Route" oleh Profesor Emeritus Chin Hoong Fong (Prof Chin) pada 26 Mac 2015 bertempat di Dewan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.Isi kandungan buku cenderamata ini meliputi biodata Pfor Chin, pengenalan, artikel tentang biji benih, cabaran masa depan, hasil penulisan tentang biji benih dan fungsi biji benih.Syarahan awam tersebut diadakan sempena...
Dates: Publication: 2015-03-26

Majlis Makan Malam Perdana Pertanian

 Item — Container: Gedung 1/119
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1064
Abstract Penerbitan ini mengenai buku program Majlis Makan Malam Perdana Pertanian, Fakulti Pertanian UPM yang diadakan pada 9 Mac 2003 di Hotel Renaissance Palm Garden, Putrajaya. Program ini diadakan bagi meraikan pelajar tahun akhir Fakulti Pertanian sesi 2002/2003 dengan tema "Graduan Penggerak Transformasi Pertanian".Isi kandungan buku program ini meliputi misi UPM, objektif majlis, kata-kata aluan, senarai ahli jawatankuasa program, aturcara majlis, lirik lagu UPM dan lirik lagu...
Dates: Event: 2003-03-09

Maklumat Aktiviti Luar Negara & Kolaborasi Antarabangsa Universiti Putra Malaysia : 2004

 Fonds — Container: Gedung 1/85
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-905
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kolaborasi penyelidikan antarabangsa, seminar/konferensi/bengkel, lawatan dan promosi, latihan dan sabatikal, penerimaan fellowship/biasiswa/anugerah antarabangsa/ MOU antarabangsa, program pertukaran pelajar, kerjasama pendidikan UPM bersama institusi antarabangsa dan senarai pelawat antarabangsa sepanjang tahun 2004.

Dates: 2004

Manual for Mineralogical Analysis 1983

 Fonds — Container: Gedung 1/54
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-402
Abstract

Penerbitan ini merupakan Buletin Teknikal yang mengandungi pengenalan, prarawatan sampel, pembelauan xray, analisis haba, spektroskopi inframerah, teknik lain dan pengekstrakan kimia. Manual ini telah disediakan oleh Eddy Tessens, Jabatan Sains Tanah.

Dates: 1983

Pendita 3 : Universiti Pertanian Malaysia : Cenderamata : Penuntut Diploma Pertanian Tahun Akhir Sesi 1980/81 : Unipertama

 Fonds — Container: Gedung 1/99
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-714
Abstract

Penerbitan ini adalah buku cenderamata yang mengandungi kata-kata aluan, dari meja pengarang, badan redaksi majalah, ajk Diploma Pertanian 78/81, sudut karya, sekitar kegiatan Pendita 3, Yesterme, Yesteryou, Yesterday, iklan, penghargaan dan autograph.

Dates: 1980 - 1981

PKDP Report No. 3/86

 Fonds — Container: Gedung 1/89
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-640
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, model dan data analisis, anggaran parameter dan keputusan, rumusan dan kesimpulan.

Dates: 1986-02-01

Preliminary Examination August 14, 1974

 Fonds — Container: Gedung 1/76
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-515
Abstract

Penerbitan ini mengenai kertas peperiksaan awal Preliminary Examination August 14, 1974.

Isi kandungan meliputi koleksi soalan dan jawapan untuk peperiksaan oleh Prof. Nayan bin Ariffin.

Dates: Publication: 1974-08-14

Principles of Extension Teaching

 Fonds — Container: Gedung 1/101
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-743
Abstract

Penerbitan ini mengandungi Prinsip Pengajaran Lanjutan yang merangkumi hubungan dengan orang ramai, persediaan untuk mengajar, pendekatan kepada orang ramai, prosedur mengajar, dan rumusan.

Dates: 1968-06-29

Proceedings of Food & Agriculture Malaysia 2000

 Fonds — Container: Gedung 1/88
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-598
Abstract Penerbitan ini mengenai buku prosiding persidangan Makanan dan Pertanian yang berlangsung di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang pada 25-29 Julai 1977. Isi kandungan buku prosiding ini meliputi kata pengantar, senarai ahli jawatankuasa persidangan dan 44 kertas kerja dikumpulkan kepada tujuh bahagian yang merangkumi dasar pertanian, pengeluaran tanaman dan haiwan, penggunaan makanan dan pembangunan pertanian di Malaysia. Majoriti kertas kerja berkaitan pengeluaran makanan pada ketika itu...
Dates: Publication: 1978

Proceedings of Legumes in the Tropics

 Fonds — Container: Gedung 1/88
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-597
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku prosiding simposium tentang kekacang di Tropika yang diterbitkan oleh Fakulti Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1980.

Isi kandungan buku prosiding ini meliputi kertas persidangan tentang bidang teknologi kekacang tropika yang dihadiri peserta dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Australia dan Papua New Guinea.

Dates: Publication: 1980

Proceedings of The Third Regional Seed Technology Workshop For Asean and The Pacific

 Fonds — Container: Gedung 1/101
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-726
Abstract Penerbitan ini mengandungi penyertaan, arahan, jawatankuasa pemandu, ucapan, syarahan, perkembangan benih, kematangan dan kematangan, fisiologi percambahan, kebolehubahan benih dan persampelan, analisis struktur benih dan ketulenan, ujian percambahan, ujian tetrazolium untuk daya maju benih, ujian kelembapan benih dan kelembapan, pemprosesan benih, pengeringan bijirin dan kekacang di kawasan tropika, prinsip penyimpanan benih, pembungkusan benih dan kemudahan penyimpanan, serangga perosak...
Dates: 1982-11-01 - 1982-11-19

Prospektus 2003-2004 : Fakulti Pertanian

 Fonds — Container: Gedung 1/26
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-265
Abstract

Penerbitan ini mengenai prospektus Fakulti Pertanian.

Dates: Publication: 2004

Prospektus 2006-2007 : Fakulti Pertanian

 Fonds — Container: Gedung 1/21
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-212
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian UPM bagi tahun 2006-2007

Dates: Majority of material found within 2006 - 2007

Prospektus Akademik 2000

 Fonds — Container: Gedung 1/21
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-213
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian bagi tahun 2000.

Dates: 2000

Rancangan Malaysia Ke 6 (1991-1995) : Fakulti Pertanian

 Fonds — Container: Gedung 1/56
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-415
Abstract

Penerbitan ini mengandungi ringkasan, dasar, matlamat dan strategi, program-program/projek baru dan penutup.

Dates: 1991 - 1995

Regional Seminar on Extension and Rural Development Strategies Report

 Fonds — Container: Gedung 1/87
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-625
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kata-kata aluan dari Naib Canselor, Pengarah Institut Pentadbiran Awam Negara dan YAB Timbalan Perdana Menteri, laporan prosiding, pendekatan dan strategi lanjutan di negara membangun, pendekatan latihan untuk kerja-kerja pengembangan dan pembangunan luar bandar, majlis penutup, senarai kehadiran dan ahli jawatankuasa.

Dates: 1983-05-16 - 1983-05-20

Additional filters:

Type
Collection 42
Archival Object 14
 
Subject
Tumbuhan (Pertanian) 1