Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar
Perkembangan
Fakulti Perhutanan merupakan salah satu daripada Fakulti asas semasa penubuhan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1971. Misi Fakulti adalah menjadi Pusat Pembelajaran dan Pendidikan yang unggul dalam bidang perhutanan tropika, yang menyumbangkan bukan sahaja kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara. Pengambilan kumpulan pelajar pertama Ijazah Bacelor Sains (Perhutanan) pada bulan Jun 1973.
Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), Puchong merupakan Hutan Simpanan Kekal yang dianugerahkan kepada UPM melalui perjanjian jangka panjang. Hutan yang berkeluasan 1182.07 hektar ini dibawah tanggungjawab UPM untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan di dalam bidang perhutanan. Kompleks utama SISFEC ini dimulakan pembinaannya pada Oktober 2009 dan telah siap sepenuhnya pada September 2011 yang melibatkan kos hampir RM18 juta bagi tujuan kegunaan aktiviti pengajaran, penyelidikan dan latihan kepada pelajar dan kakitangan UPM.
Pada 21 Mac 2007, Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah UPM atau Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC), di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong. Dalam titah perasmiannya, baginda berhasrat supaya kerajaan negeri Selangor mengubah tempoh perjanjian persefahaman hutan dengan UPM daripada 80 tahun pada masa sekarang kepada 999 tahun. Turut mengiringi Sultan Selangor ke pusat itu ialah Perdana Menteri Malaysia kelima merangkap Penasihat Landskap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Tun Jeanne Abdullah; Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Pro Canselor-Pro Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan Ariffin dan Tan Sri Dato’ Sri Lim Ah Lek serta Dekan Fakulti Perhutanan, Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim.
Pada 1 Mac 2020, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pengajian Alam Sekitar telah bergabung untuk membentuk Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.
Found in 42 Collections and/or Records:
Anggaran Perjawatan 1986 : Fakulti Perhutanan
Penerbitan ini mengenai anggaran perjawatan di Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1986.
Isi kandungan penerbitan ini meliputi maklumat terperinci tentang perjawatan, justifikasi jawatan dan senarai tugas mengikut perjawatan yang diperlukan.
Ayer Hitam Forest Reserve : Multimedia Super Corridor Community Heritage
Penerbitan ini adalah mengenai warisan masyarakat koridor raya multimedia hutan simpan ayer hitam. Buku ini mengandungi lokasi, kawasan hutan, geografi dan suhu kawasan hutan Ayer Hitam.
Buku Panduan 82/83 : Fakulti Perhutanan
Penerbitan ini merupakan sebuah buku yang mengandungi kalendar akademik 1982/83, penubuhan fakulti, lembaga penasihat fakulti, pegawai-pegawai akademik, pesekutu akademik, syarat-syarat masuk ke fakulti, sistem semester di Universiti Pertanian Malaysia, program-program yang ditawarkan oleh fakulti, Kurikulum Diploma Perhutanan dan Bacelor Sains Perhutanan.
Buku panduan 83/84 : Fakulti Perhutanan
Penerbitan ini merupakan buku panduan Fakulti Perhutanan yang mengandungi maklumat berkaitan kurikulum untuk program yang di tawarkan, syarat-syarat kemasukan dan kelulusan minima yang diperlukan untuk program ijazah/diploma,ringkasan kursus, informasi berkaitan fakulti dan UPM serta lain-lain maklumat yang berkaitan.
Buku Panduan 1981/82 : Fakulti Perhutanan
Buku Panduan 1987/88 : Fakulti Perhutanan
Penerbitan ini adalah mengenai kalendar akademik, syarat kemasukan, pendaftaran dan program-program yang ditawarkan Fakulti Perhutanan 1987/88.
Buku panduan Fakulti Perhutanan : 1992
Penerbitan ini adalah mengenai syarat kemasukan, yuran pendaftaran, sistem semester,sistem peperiksaan dan program-program yang ditawarkan Fakulti Perhutanan.
Buku panduan Fakulti Perhutanan : 1995/96
Penerbitan ini adalah mengenai syarat kemasukan, yuran pendaftaran dan program-program yang ditawarkan Fakulti Perhutanan.
Buku panduan Fakulti Perhutanan : sesi 94/95
Penerbitan ini adalah mengenai buku panduan Fakulti Perhutanan bagi sesi 94/95.
Buku Panduan Fakulti Perhutanan : Sesi 98/99
Buku panduan Fakulti Perhutanan : Sesi 98/99
Penerbitan ini merupakan buku panduan Fakulti Perhutanan yang mengandungi maklumat am dan informasi berkaitan latar belakang fakulti dan UPM, ringkasan kurikulum untuk program yang di tawarkan, syarat-syarat kemasukan dan kelulusan minima yang diperlukan untuk program ijazah/diploma,sinopsis kursus-kursus yang ditawarkan serta lain-lain maklumat yang berkaitan.
Buku Panduan : Fakulti Perhutanan : Sesi 1993/94
Penerbitan ini mengandungi pendahuluan, syarat-syarat kemasukan ke universiti, yuran, bantuan kewangan, biasiswa, sistem semester di Universiti Pertanian Malaysia, pendaftaran, sistem peperiksaan, sistem penasihatan akademik dan program yang ditawarkan oleh fakulti.
Buku Panduan Fakulti Perhutanan : Sesi 1992/1993
Penerbitan ini mengandungi pendahuluan, syarat-syarat masuk ke universiti, yuran, bantuan kewangan, biasiswa, sistem semester, pendaftaran, sistem peperiksaan, sistem penasihatan akademik dan program-program yang ditawarkan oleh fakulti.
Buku Panduan : Fakulti Perhutanan Sesi 2000/2001
Penerbitan ini mengandungi maklumat am, sistem akademik, kurikulum program dan sinopsis kursus bagi sesi 2000/2001.
Buku Panduan Fakulti Perhutanan : Sesi 2000/2001
Penerbitan ini mengandungi maklumat am, sistem akademik, kurikulum program dan sinopsis kursus Fakulti Perhutanan bagi sesi 2000/2001
Cadangan Kurikulum Baru B.S. Perhutanan
Cadangan Kurikulum Baru B.S. Perhutanan : Mac 1987
Cadangan Kurikulum Baru Diploma Perhutanan
Cadangan Kurikulum Baru Diploma Perhutanan
Faculty of Forestry Handbook 1980/81 : Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengandungi kalendar akademik, penubuhan fakulti, lembaga penasihat fakulti, staff akademik, jawatankuasa fakulti, rakan akademik, syarat kemasukan, sistem semester, program yang ditawarkan oleh fakulti, diploma dalam kurikulum perhutanan dan sarjana muda sains dalam kurikulum perhutanan.
Faculty of Forestry Handbook 1980/81 : Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini merupakan buku panduan Fakulti Perhutanan yang mengandungi maklumat berkaitan kalender akademik, pengenalan fakulti, lembaga penasihat fakulti, staf akademik, jawatankuasa fakulti, syarat kemasukan dan hal berkaitan program yang ditawarkan.
Fakulti Perhutanan : Laporan Rancangan Malaysia Keenam : Program Penyelidikan Disember 1989
Penerbitan ini mengandungi pengenalan fakulti, lampiran, pengurusan hutan bukit,pengurusan optimum ladang hutan, pengurusan optimum sumber hutan dan rekreasi luar, perhutanan bandar dan pembangunan pelancungan.
Hutan Simpan Ayer Hitam : Warisan Komuniti Koridor Raya Multimedia
Kem Pendidikan Alam Semulajadi 2009 (KEMPAS)
Penerbitan ini merupakan buku program Kem Pendidikan Alam Semulajadi anjuran bersama Fakulti Perhutanan dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di Tapak Perkhemahan Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong Selangor pada 1-6 Jun 2009.
Laporan Dwi Tahunan 2004 dan 2005 Fakulti Perhutanan
Penerbitan ini mengenai Laporan Dwi Tahunan 2004 dan 2005 Fakulti Perhutanan.
Additional filters:
- Subject
- Staf (aktiviti) 1