Skip to main content

Fakulti Pengajian Pendidikan

 Organization

Perkembangan

Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) ditubuhkan pada 15 Januari 1975. Pada awal penubuhannya, FPP dikenali sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan fungsi utama Fakulti pada ketika itu. Ia menawarkan kursus-kursus kepada pelajar yang mengikuti program pengajian Diploma Sains dengan Pendidikan dan Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) yang menawarkan kursus-kursus elektif dan umum yang diambil oleh pelajar daripada pelbagai fakulti di Universiti Pertanian Malaysia ketika itu.

Mulai 1976, FPP mula menawarkan program pengajiannya sendiri bermula dengan program Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) dan Bacelor Pendidikan (Sains Rumah Tangga). Pada awal 1980an, FPP menambahkan lagi program pengajian yang meliputi Bacelor Pendidikan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling, Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, dan Pendidikan Jasmani.

Pada awal penubuhannya, FPP hanya mempunyai tiga (3) jabatan, iaitu Jabatan Pendidikan, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Bahasa. Pada 1989, FPP mengalami perubahan struktur apabila dua daripada tiga jabatan tersebut, iaitu Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Bahasa membentuk fakulti baharu. Jabatan Sains Kemasyarakatan bergabung dengan Jabatan Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian untuk menjadi Fakulti Ekologi Manusia. Sementara Jabatan Bahasa bergabung dengan Jabatan Komunikasi, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan untuk menjadi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Pada 1996, berikutan dengan penyertaan Jabatan Pendidikan Pengembangan, FPP mempunyai dua jabatan iaitu Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pengembangan. Pada 1997, Jabatan Pendidikan Pengembangan telah ditukar nama kepada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan.

Pada 2002, FPP sekali lagi mengalami perubahan struktur. Enam jabatan baharu ditubuhkan sebagai rombakan semula Jabatan Pendidikan. Jabatan baharu yang ditubuhkan ialah Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia dan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan kekal seperti sedia ada. Pada 2004, perubahan struktur berlaku di mana Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia telah dirombak menjadi dua jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling dan Jabatan Pengajian Sukan.

Fakulti ini berperanan untuk melahirkan guru yang mengajar di sekolah menengah dan pegawai yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sumber manusia. Kini FPP menawarkan Bacelor Pendidikan dalam biang Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga, Pendidikan Jasmani, Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, serta Bimbingan dan Kaunseling.

Selain Bacelor Pendidikan, FPP menawarkan Bacelor Sains (Pengurusan Sumber Manusia) yang bertujuan menghasilkan pegawai pembangunan sumber manusia untuk berkhidmat di agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Fakulti juga menawarkan program Diploma Belia dalam Kerja Pembangunan untuk melahirkan pekerja belia. Program ini dimulakan pada tahun 1999 dan ia dikendalikan secara jarak jauh yang mengambil masa selama dua tahun. Program ini juga merupakan 'feeder' program untuk pengajian B.S. (PSM). Graduan program diploma ini mempunyai prospek kerjaya yang baik dalam organisasi dan komuniti seperti Pembantu Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Kaunseling, Penolong Pegawai Pembangunan Komuniti dan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Found in 45 Collections and/or Records:

Majlis Pelancaran Putra Future Classroom

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-564
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Pelancaran Putra Future Classroom yang diadakan pada 5 Mac 2019 di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi aturcara majlis, senarai ahli jawatankuasa dan senarai inovasi pembelajaran dan pengajaran Universiti Putra Malaysia. Tetamu kehormat adalah YB Dr. Maszlee Malik

Dates: Event: 2019-03-05

Panduan penyediaan tesis : Fakulti Pengajian Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/22
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-101
Abstract

Penerbitan ini merupakan panduan kepada para pelajar berkaitan penyediaan tesis.

Dates: 1990

Penawaran Kurikulum Bacelor Pendidikan untuk Tempoh Pengajian Empat Tahun

 Fonds — Container: Gedung 1/82
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-795
Abstract Penerbitan ini mengenai kertas Kelulusan Senat Bil. 403/5 : Penawaran Kurikulum Bacelor Pendidikan untuk Tempoh Pengajian Empat Tahun yang disediakan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia pada 4 Februari 2001. Isi kandungan kertas senat ini meliputi tujuan, latar belakang, komponen kurikulum Bacelor Pendidikan, Keperluan Bahasa Inggeris, syor kepada Senat, lampiran senarai kursus mengikut program, lampiran senarai kursus mengikut pakej tumpuan kedua,...
Dates: Publication: 2001-02-04

Program Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F05
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-100
Scope and Contents

Gambar ini mengenai program Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 26 Januari 1993

Dates: 1993-01-26

Program Induksi Pegawai '85

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-448
Abstract Penerbitan ini mengenai Program Induksi Pegawai '85 yang diadakan pada 22-27 April 1985 di Bilik Persidangan, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Pertanian Malaysia. Program ini anjuran bersama Fakulti Pengajian Pendidikan dan Pejabat Pendaftar Universiti Pertanian Malaysia Serdang. Isi kandungan buku program ini meliputi kata-kata aluan, senarai nama pegawai-pegawai utama Universiti Pertanian Malaysia, sejarah dan perkembangan Universiti Pertanian Malaysia, senarai...
Dates: Event: 1985-04-22 - 1985-04-27

Program Penyelidikan - Rancangan Malaysia Keenam : Fakulti Pengajian Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/49
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-337
Abstract

Penerbitan ini merupakan kertas cadangan program penyelidikan pembangunan Kolej Pertanian Malaya pada Rancangan Malaysia Keenam dalam tiga bidang teras yang menjadi tumpuan Fakulti. Bidang teras penyelidikan untuk Fakulti Pengajiaan Pendidikan ialah : situasi pembelajaran, sekolah dan komuniti serta pembangunan sosial desa.

Dates: 1989-12-28

Rancangan Malaysia Ke-5 (1986-1990) : Fakulti Pengajian Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/56
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-409
Abstract

Penerbitan ini merupakan laporan rancangan Malaysia ke lima (1986-1990) Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia.

Dates: 1986 - 1990

Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) : Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia.

 Fonds — Container: Gedung 1/103
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-772
Abstract

Penerbitan ini merupakan rancangan Malaysia kelima bagi Fakulti Pengajian Pendidikan. Ia mengandungi ringkasan latar belakang fakulti, perancangan fakulti dalam RME (1981-1985), pencapaian fakulti dalam RME (1981-1985), masalah-masalah fakulti pengajian pendidikan dalam RME, dasar,matlamat dan strategi rancangan malaysia kelima (1986-1990) FPP, program perbelanjaan pembangunan RML (1986-1990) dan perbelanjaan pembangunan dan pengurusan.

Dates: Publication: 1984-10-31

Rancangan Malaysia Ke-6 (1991-1995)

 Fonds — Container: Gedung 1/85
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-574
Abstract

Penerbitan ini mengandungi ringkasan laporan, dasar matlamat dan strategi dan program perbelanjaan pembangunan (1991-1995).

Dates: 1991 - 1995

Report of External Examiner for the Bachelor of Education Program (Agricultural Science) Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/50
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-356
Abstract

Penerbitan ini merupakan laporan pemeriksa luar untuk Program Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) oleh Profesor Charlie M.Curtis pemeriksa Luar Jabatan Pendidikan Vokasional Louisiana State University Baton Rouge, Louisiana 70803 disediakan untuk Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia Serdang,May 1981.

Dates: 1981-05-23

Report of External Examiner for the Bachelor of Education Program (Agricultural Science) Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/50
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-355
Abstract

Penerbitan ini merupakan laporan pemeriksa luar untuk Program Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) oleh Profesor Martin V. Jarmin Saintis Pelawat SEARCA & Profesor Pelawat pendidikan Pertanian, Universiti Filipina di Los Banos, Filipina disediakan untuk Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia Serdang , April, 1980

Dates: 1980-04-30

Ringkasan Projek Cadangan Bangunan Fakulti Pengajian Pendidikan Februari 1980

 Fonds — Container: Gedung 1/73
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-500
Abstract

Penerbitan ini mengenai Ringkasan Projek Cadangan Bangunan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia pada Feb 1980.

Isi kandungan buku laporan projek ini meliputi nama dan jenis projek, fungsi projek, fungsi jabatan-jabatan, justifikasi, tempat tapak, keperluan ruang, program akademik, keanggotaan fakulti dan bahan-bahan/sifat-sifat istimewa yang diperlukan.

Dates: Publication: 1980-02

Sambutan Hari Q dan Hari Terbuka Fakulti Pengajian Pendidikan

 Collection — Container: Gedung 1/F02
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-88
Abstract

Foto ini mengenai Sambutan Hari Q dan Hari Terbuka Fakulti Pengajian Pendidikan yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ir. Muhammad Zohadie bin Bardaie. Turut hadir Dekan keenam fakulti Prof. Dr. Kamariah Bt Hj Abu Bakar.

Dates: Event: 2002

Semakan Kurikulum Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

 Fonds — Container: Gedung 1/82
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-797
Abstract

Penerbitan ini mengenai kertas cadangan semakan kurikulum Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) yang disediakan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia pada April 2008.

Isi kandungan kertas cadangan ini meliputi senarai kandungan, ringkasan eksekutif, maklumat terperinci tentang cadangan semakan program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dan lampiran A-G.

Dates: Publication: 2008-04

Semakan Kurikulum Program Bacelor Pendidikan : Pendidikan Jasmani

 Fonds — Container: Gedung 1/89
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-919
Abstract Penerbitan ini mengandungi ringkasan eksekutif, universiti, tujuan, program akademik yang dipohon, fakulti yang memohon, peringkat pengajian, tahun dimulakan, jangkamasa pengajian dan kaedah, justifikasi mengadakan program, justifikasi semakan program, objektif program, hasil pembelajaran, kajian pasaran, senarai kursus baharu dan kursus bertukar kod, struktur kurikulum, taburan kursus dan skema pengajian, etika dan kemanusiaan, unjuran pelajar, syarat-syarat kemasukan, implikasi...
Dates: 2008-04-01

Semakan Kurikulum Program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)

 Fonds — Container: Gedung 1/82
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-796
Abstract

Penerbitan ini mengenai kertas cadangan semakan kurikulum Program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral) yang disediakan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia pada April 2008.

Isi kandungan kertas cadangan ini meliputi senarai kandungan, ringkasan eksekutif, maklumat terperinci tentang cadangan semakan program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral) dan lampiran A-G.

Dates: Publication: 2008-04

Semakan Kurikulum Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

 Fonds — Container: Gedung 1/96
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-806
Abstract

Penerbitan ini mengenai kertas cadangan semakan kurikulum Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) yang disediakan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia pada April 2008.

Isi kandungan kertas cadangan ini meliputi senarai kandungan, ringkasan eksekutif, maklumat terperinci tentang cadangan semakan program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) dan lampiran A-G.

Dates: Publication: 2008-04

Semakan Kurikulum Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)

 Fonds — Container: Gedung 1/96
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-805
Abstract

Penerbitan ini mengenai kertas cadangan semakan kurikulum Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) yang disediakan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia pada April 2008.

Isi kandungan kertas cadangan ini meliputi senarai kandungan, ringkasan eksekutif, maklumat terperinci tentang cadangan semakan program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) dan lampiran A-G.

Dates: Publication: 2008-04

Seminar Pendidikan dan Keusahawanan

 Collection — Container: Gedung 1/F06
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-266
Scope and Contents

Foto sekitar seminar pendidikan keusahawanan , dirasmikan oleh YB Dato Idris Bin Jusoh , Timbalan Menteri Pembangunan usahawan . Majlis dianjurkan oleh Pusat pengajian Dasar Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan , Universiti Putra Malaysia (UPM)

Dates: Event: 1998-12-17

Additional filters:

Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 2
Seminar/Persidangan/Bengkel/ Program 1