Skip to main content

Fakulti Pengajian Pendidikan

 Organization

Perkembangan

Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) ditubuhkan pada 15 Januari 1975. Pada awal penubuhannya, FPP dikenali sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan fungsi utama Fakulti pada ketika itu. Ia menawarkan kursus-kursus kepada pelajar yang mengikuti program pengajian Diploma Sains dengan Pendidikan dan Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) yang menawarkan kursus-kursus elektif dan umum yang diambil oleh pelajar daripada pelbagai fakulti di Universiti Pertanian Malaysia ketika itu.

Mulai 1976, FPP mula menawarkan program pengajiannya sendiri bermula dengan program Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) dan Bacelor Pendidikan (Sains Rumah Tangga). Pada awal 1980an, FPP menambahkan lagi program pengajian yang meliputi Bacelor Pendidikan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling, Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, dan Pendidikan Jasmani.

Pada awal penubuhannya, FPP hanya mempunyai tiga (3) jabatan, iaitu Jabatan Pendidikan, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Bahasa. Pada 1989, FPP mengalami perubahan struktur apabila dua daripada tiga jabatan tersebut, iaitu Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Bahasa membentuk fakulti baharu. Jabatan Sains Kemasyarakatan bergabung dengan Jabatan Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian untuk menjadi Fakulti Ekologi Manusia. Sementara Jabatan Bahasa bergabung dengan Jabatan Komunikasi, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan untuk menjadi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Pada 1996, berikutan dengan penyertaan Jabatan Pendidikan Pengembangan, FPP mempunyai dua jabatan iaitu Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pengembangan. Pada 1997, Jabatan Pendidikan Pengembangan telah ditukar nama kepada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan.

Pada 2002, FPP sekali lagi mengalami perubahan struktur. Enam jabatan baharu ditubuhkan sebagai rombakan semula Jabatan Pendidikan. Jabatan baharu yang ditubuhkan ialah Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia dan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan kekal seperti sedia ada. Pada 2004, perubahan struktur berlaku di mana Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia telah dirombak menjadi dua jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling dan Jabatan Pengajian Sukan.

Fakulti ini berperanan untuk melahirkan guru yang mengajar di sekolah menengah dan pegawai yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sumber manusia. Kini FPP menawarkan Bacelor Pendidikan dalam biang Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga, Pendidikan Jasmani, Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, serta Bimbingan dan Kaunseling.

Selain Bacelor Pendidikan, FPP menawarkan Bacelor Sains (Pengurusan Sumber Manusia) yang bertujuan menghasilkan pegawai pembangunan sumber manusia untuk berkhidmat di agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Fakulti juga menawarkan program Diploma Belia dalam Kerja Pembangunan untuk melahirkan pekerja belia. Program ini dimulakan pada tahun 1999 dan ia dikendalikan secara jarak jauh yang mengambil masa selama dua tahun. Program ini juga merupakan 'feeder' program untuk pengajian B.S. (PSM). Graduan program diploma ini mempunyai prospek kerjaya yang baik dalam organisasi dan komuniti seperti Pembantu Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Kaunseling, Penolong Pegawai Pembangunan Komuniti dan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Found in 40 Collections and/or Records:

10th International Conference of the Academy of HRD (Asia Chapter)

 Fonds — Container: Gedung 1/84
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-886
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, mengenai persidangan, informasi persidangan am, profil penceramah, program, jadual pembentangan, abstrak ucapan dasar, abstrak kertas sesi selari, urusetia persidangan dan pengakuan.

Dates: Event: 2011-12-03 - 2011-12-06

Bilik Kuliah Fakulti Pendidikan, UPM.

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-34
Dates: Existence: Majority of material found within 1980 - 1990

Buku Panduan 1986/1987 : Jabatan Sains Kemasyarakatan

 Fonds — Container: Gedung 1/29
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-225
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan pengenalan tentang Jabatan Sains Kemasyrakatan, pegawai-pegawai akademik dan bidang pengkhususan, sinopsis kursus ditawarkan, kursus-kursus kemasyarakatan mengikut program serta pengecualian kursus-kursus Sains Kemasyarakatan.

Dates: Publication: 1986

Buku panduan : Fakulti Pengajian Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/27
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-255
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan syarat kemasukan , sistem semester, pendaftaran dan pengecualian kursus, sistem penasihat akademik, sinopsis kursus dan kurikulum yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan UPM bagi tahun 2000.

Dates: 2000

Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-284
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan fungsi fakulti serta program pengajian yang ditawarkan, syarat kemasukan, sistem semester, pendaftaran dan pengecualian kursus, sistem penasihatan akademik, kurikulum, sistem penilaian, sinopsis kursus dan senarai pegawai akademik.

Dates: Publication: 2000

Buku panduan Fakulti Pengajian Pendidikan : 80-81

 Fonds — Container: Gedung 1/33
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-199
Abstract

Penerbitan ini adalah mengenai latar belakang fakulti, kursus-kursus akademik dan pegawai Fakulti Pengajian Pendidikan.

Dates: Publication: 1980 - 1981

Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan 1988 : Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/34
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-224
Abstract

Penerbitan ini mengandungi organisasi fakulti, sistem semester, syarat kemasukan, pendaftaran dan pengecualian [endaftaran, kemudahan fakulti, kurikulum, sistem penilaian, kursus dan pegawai akademik.

Dates: 1988

Buku panduan : Fakulti Pengajian Pendidikan 1999

 Fonds — Container: Gedung 1/34
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-309
Abstract

Penerbitan ini mengandungi syarat kemasukan, sistem semester, pendaftaran dan pengecualian kursus, sistem penasihatan akademik, kursus, sistem penilaian, kurikulum, sinopsis kursus dan pegawai akademik Fakulti Pengajian Pendidikan.

Dates: 1999

Buku panduan Fakulti Pengajian Pendidikan : 1982/83

 Fonds — Container: Gedung 1/33
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-200
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku panduan Fakulti Pengajian Pendidikan 1982/83.

Dates: Publication: 1982 - 1983

Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan 1993/94

 Fonds — Container: Gedung 1/27
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-152
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan syarat kemasukan , sistem semester, pendaftaran dan pengecualian kursus, sistem penasihat akademik, sinopsis kursus dan kurikulum yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan UPM bagi tahun 1993/94.

Dates: Publication: Majority of material found within 1993 - 1994

Buku panduan Fakulti Perkhidmatan Pendidikan 1975

 Fonds — Container: Gedung 1/33
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-197
Abstract

Penerbitan ini mengenai Buku panduan Fakulti Perkhidmatan Pendidikan pada 15hb Januari 1975

Dates: Publication: 1975-01-15

Buku panduan Fakulti Perkhidmatan Pendidikan : 1979-1980

 Fonds — Container: Gedung 1/33
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-198
Abstract

Penerbitan ini adalah mengenai latar belakang jabatan, kursus-kursus jabatan, kandungan kursus dan pegawai akademik Fakulti Perkhidmatan Pendidikan.

Dates: 1979 - 1980

Cadangan Kurikulum Program Bacelor Sains (Pembangunan Desa)

 Fonds — Container: Gedung 1/96
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-678
Abstract

Penerbitan ini mengenai kertas kerja Cadangan Kurikulum Program Bacelor Sains (Pembangunan Desa) yang disediakan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia dan merupakan laporan tambahan kepada Rancangan Malaysia Kelima Fakulti Pengajian Pendidikan.

Isi kandungan kertas kerja ini meliputi pecahan kurikulum mengikut bidang dan maklumat terperinci tentang kursus-kursus yang ditawarkan.

Dates: 1986 - 1990

Cadangan Perbelanjaan (ABM) Tahun 2002-2003

 Fonds — Container: Gedung 1/12
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-156
Abstract

Penerbitan ini mengenai cadangan perbelanjaan (ABM) Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM tahun 2002-2003

Dates: 2002

Direktori Pegawai : Fakulti Pengajian Pendidikan 2006/07

 Fonds — Container: Gedung 1/27
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-256
Abstract

Penerbitan ini merupakan direktori pegawai di Fakulti Pengajian Pendidikan bagi tahun 2006/07.

Dates: Publication: Majority of material found within 2006 - 2007

Distinguished UPM Alumni Lecture Series : Living The Serdang Story "Era of Connectivity: English Connects"

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-558
Abstract

Penerbitan ini mengenai program syarahan Distinguished UPM Alumni Lecture Series : Living The Serdang Story "Era of Connectivity: English Connects" oleh YBhg. Dato' Leela Mohd Ali yang diadakan pada 25 Mac 2011 di Dewan Kuliah DKFPP 2, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Isi kandungan meliputi aturcara majlis syarahan, biodata penyampai syarahan, fakta ringkas tentang Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dan senarai ahli jawatankuasa program.

Dates: Event: 2011-03-25

Fakulti Pengajian Pendidikan

 Collection — Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-24
Dates: Existence: 1990

Kajian Penggunaan Teknik Belajar oleh Pelajar-Pelajar Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak

 Fonds — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-456
Abstract Penerbitan ini mengenai Kajian Penggunaan Teknik Belajar oleh Pelajar-Pelajar Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak yang bertujuan untuk mengetahui kaedah belajar yang lazim diamalkan oleh pelajar-pelajar Program Pendahuluan, Program Diploma Perhutanan dan Program Diploma Pertanian.Isi kandungan penerbitan buku ini meliputi: Tujuan dan penyusunan kajian; Semakan kajian semasa; Hipotesis dan metodologi; Penggunaan masa oleh pelajar; Pencatatan nota oleh pelajar; Masalah...
Dates: 1987

Laporan Bengkel Sistem Maklumat Pengurusan di Insitutusi Pengajian Tinggi : Untuk pentadbir-pentadbir kanan

 Fonds — Container: Gedung 1/32
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-164
Abstract

Bahan ini mengenai Laporan Bengkel Sistem Maklumat Pengurusan di Insitutusi Pengajian Tinggi : Untuk pentadbir-pentadbir kanan pada 19-21.10.1981

Dates: Issued: 1981

Laporan Tahunan 2005 Fakulti Pengajian Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-86
Abstract

Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Fakulti Pengajian Pendidikan tahun 2005.

Dates: Publication: 2005

Laporan Tahunan 2006 Fakulti Pengajian Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/16
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-98
Abstract

Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2006 Fakulti Pengajian Pendidikan.

Dates: Publication: 2006

Majlis Jamuan Makan Malam di bawah Naungan Y.B. Dato Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/63
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-479
Abstract

Penerbitan ini mengenai majlis jamuan makan malam yang mengandungi kata-kata aluan, aturcara, program, menu dan ahli jawatankuasa. Anjuran Pelajar-Pelajar Program Bacelor Pendididkan (TESL) Semester V 1984-85 di Harlequin, Hotel Merlin, Kuala Lumpur pada 8.15 malam, 6hb. Oktober 1984.

Dates: 1984 - 1985

Majlis Makan Malam Pesuma 2002/2003 : Semusim Bersama Seabad Terasa

 Collection — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-421
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Majlis Makan Malam Pesuma 2002/2003 : Semusim Bersama Seabad Terasa diadakan pada 12 Mac 2003 di Hotel Renaisance, Plam Garden. Majlis ini anjuran Persatuan Pembangunan Sumber Manusia (PESUMA) dan JPPPL Fakulti Pengajian Pendidikan.

Dates: Event: 2003-03-12

Majlis Pelancaran Putra Future Classroom

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-564
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Pelancaran Putra Future Classroom yang diadakan pada 5 Mac 2019 di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi aturcara majlis, senarai ahli jawatankuasa dan senarai inovasi pembelajaran dan pengajaran Universiti Putra Malaysia. Tetamu kehormat adalah YB Dr. Maszlee Malik

Dates: Event: 2019-03-05

Panduan penyediaan tesis : Fakulti Pengajian Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/22
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-101
Abstract

Penerbitan ini merupakan panduan kepada para pelajar berkaitan penyediaan tesis.

Dates: 1990

Additional filters:

Subject
Bangunan 2