Fakulti Ekologi Manusia
Perkembangan
Fakulti Ekologi Manusia ditubuhkan dengan rasminya pada 1 April 1992 melalui pencatuman Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian dengan Jabatan Sains Kemasyarakatan, Fakulti Pengajian Pendidikan. Sewaktu ditubuhkan FEM mempunyai empat jabatan diwujudkan bersama-samanya, iaitu Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Jabatan Pengajian Pembangunan Keluarga, Jabatan Pengajian Pembangunan Sosial dan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna.
Sejarah Jabatan Pembangunan Manusia bermula dengan penubuhan Unit Ekonomi Rumahtangga sebagai salah satu unit dibawah Jabatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pertanian. Pada tahun 1973, unit ini telah dinaikkan taraf menjadi sebuah jabatan di bawah Fakulti Pertanian dan dikenali sebagai Jabatan Teknologi Rumahtangga dan Makanan. Pada tahun 1978, berlaku satu lagi perubahan dimana, bahagian Teknologi Makanan dipisahkan dari Jabatan Teknologi Rumahtangga. Keadaan ini turut mengubah nama jabatan kepada Jabatan Teknologi Rumahtangga yang kekal di bawah payung Fakulti Pertanian. Jabatan ini terus berkembang dari segi perspektif dan pendekatan sehingga membawa kepada sekali lagi pertukaran nama jabatan. Pada tahun 1980. Jabatan Teknologi Rumahtangga mula dikenali sebagai Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia dan kekal sebagai salah satu jabatan di Fakulti Pertanian.
Sementara itu, sejarah Jabatan Sains Kemasyarakatan bermula sebagai sebuah Unit Sains Kemasyarakatan di bawah Jabatan Pembangunan Pertanian, Fakulti Pertanian. Fungsi awalnya ialah menawarkan disiplin Sains Sosial seperti Antropologi, Sosiologi, Psikologi, Sains Politik serta falsafah kepada pelajar universiti. Kemudian pada tahun 1975, Unit Pendidikan telah digabungkan menjadi Jabatan Pendidikan Sains Kemasyarakatandi bawah Fakulti Perkhidmatan Pendidikan yang ditubuhkan pada tahun yang sama. Pada 1 Januari 1982, Jabatan Sains Kemasyarakatan telah ditubuhkan melalui penyusunan semula Jabatan Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan.
Pada tahun 1994, berlaku satu penstrukturan semula beberapa fakulti UPM. Perubahan ini telah menyebabkan Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dimasukkan di bawah pentadbiran Fakulti Bioperubatan yang baru ditubuhkan. Dalam masa yang sama Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan berpecah di mana Jabatan Pengembangan dimasukkan di bawah pentadbiran Fakulti Pengajian Pendidikan, manakala Jabatan Komunikasi di bawah Fakulti Ekologi Manusia. Dengan penstrukturan yang berlaku ini, Fakulti Ekologi Manusia kehilangan satu jabatan dan mendapat satu jabatan baru. Dalam era peningkatan pengetahuan dalam pengajian tempatan, satu lagi jabatan diwujudkan iaitu Jabatan Muzik.
Pada awal tahun 1999, fakulti kehilangan satu lagi jabatan apabila Jabatan Komunikasi telah diletakkan dibawah pentadbiran Fakulti Pengajian Bahasa Moden. Pada tahun 2003, FEM mempunyai lima jabatan dan satu unit iaitu Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Jabatan Muzik, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, dan Unit Program Luar.
Pada 2024, FEM mempunyai lima jabatan iaitu Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Jabatan Muzik dan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan. Fakulti juga mempunyai kumpulan penyelidikan iaitu Penggunaan Lestari (SCoRE) dan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE).
Abstract:
Mantan Dekan
Dekan Pertama :
Profesor Madya Dr. Halimah Hj. Ahmad
(1 April 1992 - 5 Oktober 1999)
Dekan Kedua:
Profesor Dato' Dr. Abdullah Al-Hadi Hj. Muhamed
(6 Oktober 1999 - 31 Januari 2003)
Dekan Ketiga:
Profesor Dr. Rozumah Baharudin
(1 Februari 2003 - 31 Januari 2006)
Dekan Keempat:
Profesor Dr. Laily Hj. Paim
(1 Februari 2006 - 30 April 2011)
Dekan Kelima:
Profesor Dr. Zaid Ahmad
(1 Mei 2011 - 30 April 2016)
Dekan Keenam:
Profesor Dr. Laily Hj. Paim
(1 Mei 2016 - 11 Mac 2018)
Dekan Ketujuh:
Profesor Dr. Ahmad Hariza Hashim
(15 Mac 2018 - 14 Mac 2021)
Found in 10 Collections and/or Records:
Buku Panduan 2001/2002 : Fakulti Ekologi Manusia
Penerbitan ini merupakan buku panduan kepada para pelajar baharu yang melanjutkan program ijazah dan diploma bagi Fakulti Ekologi Manusia di UPM. Ia mengandungi maklumat berkaitan syarat-syarat kemasukan dan kelulusan minima yang diperlukan,maklumat am pelajar, kurikulum pengajian , sinopsis kursus-kursus fakulti, informasi berkaitan UPM serta lain-lain maklumat yang berkaitan.
Buku Panduan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Pertanian Malaysia : Sesi 1994/95
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Fakulti Ekologi Manusia, misi dan objektif fakluti, struktur organisasi, program akademik, syarat kemasukan, yuran, sistem akademik, sistem penasihatan akademik, sistem peperiksaan, skema pemarkahan, prosdur penilaian, pendaftaran, kurikulum program, sinopsis kursus serta lampiran berkaitan.
Buku panduan Program Ijazah dan Diploma 1994/95 : Fakulti Ekologi Manusia
Penerbitan ini adalah mengenai program-program yang ditawarkan, syarat kemasukan, pendaftaran dan kurikulum program Fakulti Ekologi Manusia.
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia
Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia
Hari Terbuka Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia : Ke Arah Pengguna Bermaklumat
Human Ecology International Conference (HEIC 2017)
Penerbitan ini mengenai Human Ecology International Conference (HEIC 2017) yang telah diadakan bersempena Sambutan Ulangtahun ke-25 Fakulti Ekologi Manusia pada 18-20 April 2017 di Dordett, Putrajaya.
Laporan Rancangan Malaysia ke Enam
Penerbitan ini mengandungi ringkasan, pendahuluan, dasar, matlamat dan strategi, program perbelanjaan pembangunan 1991-1995 dan lampiran.
Prospectus Faculty of Human Ecology : Sessi 2007-2008
Penerbitan ini merupakan panduan kepada para pelajar, pemohon dan sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Fakulti Ekologi Manusia serta program yang ditawarkan oleh fakulti ini bagi tahun pengajian 2007-2008.
Tadika Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Additional filters:
- Subject
- Bangunan 3