Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Parallel Names
- Pusat Komputer
- Unit Komputer
Perkembangan
Unit Komputer, Bahagian Akademik, Universiti Pertanian Malaysia mula ditubuhkan pada 1 Februari 1975. Pada tahun 1982 - 1998, ia dinaiktaraf menjadi Pusat Komputer dan diterajui oleh empat (4) orang mantan Pengarah iaitu En. Yusuf bin Ibrahim, Dr. Abdul Rahman bin Bidin, Ir. Isa bin Mansor, Dr. Abu Talib dan Dr. Abdul Azim bin Abdul Ghani. Selepas terbentuknya Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, fungsi entiti dikecilkan menjadi Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) pada 1998 dan diketuai oleh Encik Rosmi Othman. Pada Januari 2006, Pusat Interim Komputer (PIK) diwujudkan hasil dari penggabungan Institut Multimedia dan Perisian (IMP) dengan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM). Pusat Interim Komputer diterajui oleh Dr. Suhaimi bin Napis yang telah dilantik sebagai Pengarah.
Pusat Interim Komputer (PIK) ditransformasi kepada Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) selaras dengan ledakan perkembangan dan pembangunan ICT era baharu pada Julai 2006. Pada 3 Januari 2012, iDEC telah melaksanakan penstrukturan semula yang merangkumi pemusatan semua staf IT dan perkhidmatan ICT di UPM. Seterusnya, Dr. Khairulmizam Shamsudin, pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan UPM telah dilantik menerajui Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi mulai 1 Julai 2012 sehingga 31 Ogos 2014. Kini, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah diterajui oleh Prof. Madya Ts. Dr. Fatimah Sidi yang merupakan mantan staf Pusat Komputer dan beliau merupakan Pensyarah di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Beliau telah mengambil alih pengurusan iDEC bermula pada 1 September 2014 sehingga kini.
Found in 8 Collections and/or Records:
Bahagian Teknologi Maklumat
Penerbitan ini mengandungi maklumat penubuhan dan penstrukturan semula Bahagian Teknologi Maklumat, UPM.
Buku Panduan Pusat Komputer : Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkenaan pusat komputer, kemudahan pusat komputer, perkhidmatan, panduan pengguna dan peraturan am.
Dasar ICT Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai dasar ICT Universiti Putra Malaysia .Kandungan penerbitan ini meliputi dasar pengurusan ICT, dasar e-Pembelajaran, dasar pengurusan ilmu,dasar pembangunan kemahiran pengguna akhir, dasar sistem maklumat, dasar automasi pejabat (OA), dasar infrastruktur dan jawatankuasa penggubalan dasar ICT UPM
Inkubator UPM-MTDC Server Farm Complex
Laporan Rancangan Malaysia keenam Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai Laporan Rancangan Malaysia ke-6 Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia yang merangkumi maklumat mengenai : 1. Dasar, matlamat dan strategi ; 2. Projek-projek yang dikenalpasti; 3. Implikasi kewangan; 3. Anggaran perbelanjaan pembangunan 1991-95 bagi projek baru; dan 4. Keperluan tenaga manusia semasa program/projek dilaksanakan dan selepas projek siap.
Laporan Rancangan Malaysia kelima Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai Laporan Rancangan Malaysia ke-5 Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia yang merangkumi maklumat mengenai : 1. Kemajuan tahun 82/85; 2. Rancangan Malaysia kelima; 3. Projek-projek Baru; dan 4. Lampiran.
Majlis Perutusan Tahun Baru 2003 Pelancaran Dasar ICT UPM
Foto ini mengenai Majlis Perutusan Tahun Baru 2003 Pelancaran Dasar ICT UPM yang telah diadakan pada 2 Januari 2003 dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ir. Muhammad Zohadie bin Bardaie yang merupakan Naib Canselor UPM ketika itu.
Seminar Perhubungan Awam Daripada Perspektif Islam: Amalan dan Strategi Perhubungan Awam Menurut Islam
Penerbitan ini mengandungi pendahuluan, amalan dan strategi P.A masakini, falsafah Islam dan P.A, nilai-nilai Islam untuk Perhubungan Awam, Uswah Hasanah dan Lisanul Hal, kebenaran, kesabaran, merendah diri, keadilan, ketepatan masa, perassan tanggungjawab, disiplin, keunggullan peribadi, patuh, berpuashati dan bersyukur dan amalan dan strategi PA untuk organisasi Islam.
Additional filters:
- Subject
- Bangunan/Monumen/Papan tanda 1