Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
Parallel Names
- Rejimen Askar Wataniah (RAW) (1970)
Perkembangan
Aktiviti ketenteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) bermula di Universiti Malaya dengan penubuhan Rejimen Askar Wataniah (RAW). Sejarah awal Pasukan Rejimen Askar Wataniah di Universiti Putra Malaysia(UPM) bermula pada tahun 1970 dengan penubuhan Markas Kompeni B batalion Infranti ITM (RAW) di Kolej Pertanian Malaysia, manakala Kompeni A di kampus ITM cawangan Shah Alam. Batalion Infranti ITM (RAW) dipimpin oleh Lt Kol Dr Rashdan Haji Baba, Pengetua Kolej Pertanian Malaysia pada masa itu. Selepas Kolej Pertanian Malaysia ditukar nama menjadi Universiti Pertanian Malaysia pada 4 Oktober 1971, latihan ketenteraan ini terus ditawarkan kepada para mahasiswa dan pegawai UPM.
Sejarah penubuhan PALAPES telah dimulakan oleh Brigade Jeneral Dato' Abul 'As Ismail, Pengarah Askar Wataniah ke-tujuh. Setelah jawatankuasa tulus angkatan tentera (JKKTAT) meluluskan kertas kerja yang bertajuk 'Raising of Reserve Officer Training Unit in Tertiary Education Institutions' pada 18 Disember 1978, satu mesyuarat penubuhan PALAPES diadakan bersama Naib Canselor atau wakil semua Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera Darat Lt. Jeneral Tan Sri Datuk Mohd Ghazali bin Mohd Seth. Penubuhan tersebut telah mewujudkan satu era yang bersejarah dalam bidang ketenteraan. Tarikh 8 Februari 1980 adalah tarikh rasmi penubuhan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Putra Malaysia.
"TIAP SATU PEMIMPIN TERBILANG, SATRIA PALAPES DIJULANG..."
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pengajian Tinggi) untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Found in 46 Collections and/or Records:
Gempur Edisi Ke 2 1992/93 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengandungi : 1. Kata aluan, 2. Sidang Redaksi Gempur, 3. Artikel, 4. Gambar
Gempur Edisi Ke 3 1993/94 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengandungi : 1. Kata aluan, 2. Sidang Redaksi Gempurt, 3. PALAPES, 4. Personaliti 5. Dari Markas PALAPES UPM 6. Laporan Aktiviti 7. Penulisan Kerohanian 8. Penulisan Ilmiah 9. Penulisan Kreatif 10. Candid 11. ROTU's Life 12. Sudut Pengambilan ke-13
Gempur Edisi Ke 18 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengandungi kata aluan, pengenalan kepada UPM dan PALAPES UPM, warga PALAPES, profil warga PALAPES, sejenak bersama, bersama tokoh, patah tumbuh hilang berganti, selamat melapor, istiadat pentauliahan diraja ke-29, senarai Pegawai Muda yang ditauliahkan 2010, sidang redaksi majalah Gempur Edisi ke-18, organisasi Majlis Santapan, darah satria, aktiviti PALAPES sepanjang tahun, berita, madah perwira, sudut ilmiah dan informatif dan sekalung penghargaan.
Gempur Edisi Ke 19 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengandungi kata aluan, pengenalan kepada UPM dan PALAPES UPM, warga PALAPES, profil warga PALAPES, ruangan bersama tokoh, patah tumbuh hilang berganti, istiadat pentauliahan diraja ke-30, darah satria, aktiviti PALAPES sepanjang tahun, berita setiap peringkat, madah perwira, sudut ilmiah, informatif dan sekalung penghargaan.
Gempur Edisi Ke 20 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengandungi kata aluan, pengenalan kepada UPM dan PALAPES UPM, warga PALAPES, profil warga PALAPES, istiadat pentauliahan diraja ke-31, darah satria, aktiviti sepanjang tahun, berita dan sekalung penghargaan.
Gempur : Edisi XII 2004
Penerbitan ini mengandungi secebis bicara, bermulanya disini, memori bersama, la memoria, bersama selamanya, semusim berlalu, nukilan kreatif, macam-macam ragam, behind the scene dan sekalung budi.
Hari Patriotik
Istiadat Penganugerahan Watikah Tauliah Pegawai-Pegawai Kadet PALAPES Institut Pengajian Tinggi
Istiadat penganugerahan watikah tauliah pegawai-pegawai muda PALAPES Universiti Pertanian Malaysia (UPM) tahun 1994.
Foto sekitar majlis istiadat penganugerahan watikah tauliah pegawai-pegawai muda PALAPES tahun 1994, di Masjid Sultan Ismail Kota Bharu , Kelantan. Majlis turut dihadiri ,Leftenan Kolonel (Kehormat) Prof. Dato' Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim Komandan PALAPES Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Jamuan Makan Tengahari PALAPES UPM
Kemudahan Universiti : Medan Selera
Kertas Cadangan Supaya Kerajaan Membiayai Penubuhan Dan Perjawatan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kerajaan Dan Swasta Oleh : Bahagian Pasukan Simpanan
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kertas cadangan supaya kerajaan membiayai penubuhan dan perjawatan pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) di institusi pengajian tinggi (IPT) kerajaan dan swasta.
Latihan Wira Jaya Ke-18 Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia (PALAPES UPM) .
Foto 1-18 : Foto sekitar taklimat latihan wira jaya.
Foto 19-35 : Foto latihan mengempur kem musuh.
Latihan turut dihadiri ,Leftenan Kolonel (Kehormat) Prof. Dato' Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim
Komandan PALAPES UPM dan Timbalan Komandan Lt. Kolonel Prof. Madya Dr. Haji Idris Abdol.
Majlis Makan Malam Kem Tahunan PALAPES UPM
Majlis Makan Malam Regimental 2007 : PALAPES Universiti Putra Malaysia
Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai kadet dan perbarisan kawad formasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM)
Majlis Penutup Kem Tahunan
Majlis Perbarisan buka sesi latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar majlis perbarisan buka sesi latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Majlis ini dihadiri oleh Major General Dato' Mohd Ramli bin Ismail, Panglima 21 Group Gerak Khas Keempat di iringi Timbalan Komanadan Palapes UPM, Lt. Kol. Othman Bin Jailani.Foto dianggarkan sekitar tahun 1994-1996.
Majlis Perbarisan Penutup Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia Sesi 2001/2002.
Majlis Perpisahan Komandan Prof. Tan Sri Dato' Setia Dr. Nayan bin Ariffin bersama Askar Wataniah sekitar tahun 1994.
Foto sekitar majlis perpisahan Komandan Prof. Tan Sri Dato' Setia Dr. Nayan bin Ariffin bersama Askar Wataniah sekitar tahun 1994.
Majlis Santapan Malam Regimental : Sempena Pentauliahan Diraja PALAPES UPM 2008
Majlis Santapan Malam Regimental sempena Pentauliahan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Utara Malaysia (UUM) 2003.
Majlis Upacara penutup Kem Tahunan (Reserve Officer Training Unit) ROTU
Foto sekitar majlis upacara penutup Kem Tahunan (Reserve Officer Training Unit) ROTU atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit). Majlis diadakan pada 9 Disember 1984. Turut hadir pada waktu itu Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Nayan Ariffin Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia.
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto sekitar aktiviti kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar awal tahun 1980.
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan : Taklimat Latihan Kem Tahunan PALAPES UPM 1998
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan taklimat bagi kem tahunan PALAPES tahun 1998.