Skip to main content

Pusat Polis Bantuan and Keselamatan Universiti

 Organization

Parallel Names

  • Bahagian Keselamatan UPM
  • Polis Bantuan UPM

Latar belakang

Pusat Polis Bantuan and Keselamatan Universiti (APSeC), UPM dulunya dikenali sebagai Bahagian Keselamatan UPM telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sebelum penubuhannya, APSeC telah menempuh 4 era sejarah yang penting iaitu yang pertama semasa era Kolej Pertanian Malaya (1947), kedua selepas penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (1971), ketiga selepas pertukaran nama ke Universiti Putra Malaysia (1997) dan yang keempat selepas tertubuhnya pasukan Polis Bantuan UPM (2013).

Semasa Kolej Pertanian Malaya (1947)

Pada ketika itu, Pengawal Keselamatan dikenali sebagai “jaga”. Mereka dilantik daripada kalangan pekerja kolej yang terdiri daripada pekerja sambilan, pencuci, pemandu dan juga buruh am. Bilangan jaga pada ketika itu ialah seramai 10 anggota dan diselia oleh seorang mandur. Unit Keselamatan tidaklah mempunyai struktur yang tersusun dan pentadbiranya diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Ladang. Tugas-tugas yang dijalankan pada ketika itu lebih tertumpu kepada pengawalan hasil ladang dan mengawal di pondok kawalan.

Semasa Universiti Pertanian Malaysia (1971)

Ketika penubuhan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1971, jawatan "jaga" yang dahulunya diwujudkan semasa Kolej Pertanian Malaya, telah diserapkan ke dalam perkhidmatan universiti. Urusan pentadbiran Unit Keselamatan masih lagi diletakkan di bawah Bahagian Ladang. Pada tahun 1974, Unit Keselamatan telah diperkemaskan dan diketuai oleh seorang Pegawai Keselamatan. Jawatan jaga yang diwujudkan telah digantikan dengan jawatan Pengawal Kampus. Pada tahun 1975, jawatan Pengawal Kampus telah dimansuhkan dan jawatan Pengawal Keselamatan telah diwujudkan. Bilangan anggota pada ketika itu telah meningkat seramai 40 anggota. Serentak dengan itu juga, lima orang anggota keselamatan telah dinaikkan pangkat kepada Pengawal Keselamatan Tingkatan Kanan. Pada tahun 1978, Universiti Pertanian Malaysia telah menubuhkan Bahagian Keselamatan selaras dengan perkembangan universiti. Pentadbiran Bahagian Keselamatan telah berpindah kepada Bahagian Pembangunan. Sejajar dengan perkembangan ini, seorang Pengarah Keselamatan telah dilantik dan kekuatan Bahagian Keselamatan telah meningkat kepada seorang Pengarah, seorang Pegawai Keselamatan, tiga orang Penolong Pegawai Keselamatan dan 185 Anggota Keselamatan.

Semasa Universiti Putra Malaysia (1997)

Bahagian Keselamatan, Universiti Putra Malaysia telah berkembang sejajar dengan perkembangan universiti yang telah menawarkan pelbagai program pengajian baharu seperti bidang sains komputer, perubatan, senibina dan lain-lain. Pentadbiran bahagian ini telah dimantapkan lagi dengan penambahan jawatan Pegawai Keselamatan dan Penolong Pegawai Tadbir. Dalam usaha bahagian ini merealisasikan matlamat 4 dalam Pelan Strategi universiti dengan usaha yang gigih, Bahagian Keselamatan Universiti Putra Malaysia telah berjaya memperolehi persijilan MS ISO 9001: 2000 pada 19 September 2003. Bahagian Keselamatan juga merupakan satu-satunya entiti perkhidmatan yang pertama memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000.

Polis Bantuan UPM (2013)

Pada tahun 2013 Universiti Putra Malaysia telah melakar sejarah baharu dengan menubuhkan pasukan Polis Bantuan selaras dengan usaha bagi meningkatkan mutu keselamatan dalam kampus ke arah menjadikan kampus UPM sebagai ‘kampus selamat’. Selain itu, dengan tertubuhnya pasukan Polis Bantuan UPM ini menjadikan semua pegawai dan anggota Bahagian Keselamatan (BKU) dibekalkan dengan kuasa polis seperti yang tertakluk di dalam seksyen 47, Akta Polis 1967 untuk melaksanakan tugas-tugas kepolisan di dalam kawasan kampus.

Pada tanggal 24 Jun 2013, bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Penubuhan Pasukan Polis Bantuan UPM di mana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar telah menyerahkan watikah tersebut kepada pihak UPM yang diwakili oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan.

Pada 30 Ogos 2023 selepas sedekad penubuhan pasukan Polis Bantuan UPM, nama Bahagian Keselamatan telah ditukar kepada Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti / Auxiliary Police and Security Center (APSeC) selepas mengambil kira pembesaran organisasi dan peranan jabatan dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan kampus UPM terus terpelihara.

Found in 6 Collections and/or Records:

Buku Panduan Keselamatan 2010 : Bahagian Keselamatan Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/52
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-447
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kata aluan, pengenalan, sejarah, visi dan wawasan, dasar kualiti, carta organisasi Bahagian Keselamatan, pengurusan Bahagian Keselamatan, Seksyen Komputer dan Teknologi Maklumat, Seksyen Kawalan Keselamatan Zon A, Zon B dan C, Seksyen Bantuan, Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian Keselamatan, direktori dan Jawatankuasa Penerbitan.

Dates: 2010

Buletin BKU@PUTRA

 Series — Container: Gedung 1/71
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-667
Dates: Publication: 2006 - 2007

Permohonan Jawatan Tambahan Tahun 1982, Pejabat Pendaftar : Unit Keselamatan

 Fonds — Container: Gedung 1/62
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-460
Abstract

Penerbitan ini mengenai anggaran perbelajaan mengurus, penjelasan aktiviti, bilangan jawatan yang diperlukan mengikut kumpulan (ABM 6), permohonan jawatan Kerani, permohonan jawatan Ketua Pengawal Keselamatan, permohonan jawatan Pengawal Keselamatan Kanan, permohonan jawatan Pengawal Keselamatan, permohonan jawatan Pelayan Pejabat, senarai perjawatan (ABM 8), catitan tambahan, carta organisasi Bahagian Keselamatan.

Dates: 1982

Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995 : Bahagian Keselamatan UPM

 Fonds — Container: Gedung 1/56
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-413
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kertas kerja cadangan program pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas Bahagian Keselamatan, projek membina kompleks keselamatan, kenderaan, penambahan alat-alat perhubungan, keperluan alat-alat pejabat bagi menggantikan, menambah dan mengujudkan.

Dates: 1991 - 1995

Wira Putra Keselamatan : 2007

 Fonds — Container: Gedung 1/33
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-290
Abstract

Penerbitan ini adalah mengenai sejarah, wawasan, misi , visi, carta organisasi, seksyen pembangunan dan perkhidmatan, seksyen kawalan zon a/b/c, unit teknologi maklumat, unit pentadbiran, unit khas, lokasi, direktori dan jawatan kuasa penerbitan Bahagian Keselamatan Universiti Putra Malaysia tahun 2007.

Dates: Publication: 2007

Wira Putra Keselamatan 2009 : Tegas dan Mesra

 Fonds — Container: Gedung 1/84
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-887
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Bahagian Keselamatan Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2009