Bahagian Kaunseling UPM
Latar belakang
Sejarah awal perkhidmatan kaunseling di UPM telah bermula sejak tahun 1970 -an yang hanya memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada mahasiswa sahaja. Justeru perkhidmatan kaunseling diberikan kepada mahasiswa oleh Pegawai Tadbir (Skim N) yang berkelulusan kaunseling. Transformasi Skim telah bermula di UPM Pada 17 September 2003, di mana Empat (4) orang Kaunselor (Skim S) telah dilantik untuk memberi perkhidmatan kaunseling secara profesional kepada pelajar.
Pada 3 November 2003, Jawatankuasa keutuhan Pengurusan UPM dalam mesyuarat siri 3/2003 telah bersetuju untuk meluluskan sebuah unit kaunseling staf diwujudkan di Pejabat Pendaftar UPM. Lantaran itu, Seorang kaunselor sedia ada dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah ditugaskan ke unit baharu ini.
Bermula dari detik itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terbahagi kepada dua Seksyen Kaunseling yang beroperasi secara berasingan di mana berfokuskan kepada klien pelajar dan staf. Seksyen Kaunseling Pelajar seramai 12 orang Pegawai Psikologi di bawah PTJ Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf seramai 3 orang Pegawai Psikologi di bawah PTJ Pejabat Pendaftar.
Selaras dengan keperluan klien daripada pelajar dan staf serta program-program yang dirancang untuk warga UPM termasuk Program CSR yang banyak melibatkan kerjasama kesemua pegawai psikologi dari dua seksyen ini. Maka sudah sampai masanya untuk kedua-dua seksyen ini bergabung kepakaran di bawah satu entiti untuk fungsi yang lebih impak secara total ke arah pembangunan staf yang produktif, pemantapan sahsiah dan kecemerlangan akademik pelajar. Akhirnya pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti kali ke 571, pada 6 April 2016 telah memutuskan penubuhan entiti baharu yang diberi nama Bahagian Kaunseling UPM. Bahagian ini telah menggabungkan kedua-dua seksyen dari dua PTJ menjadi satu PTJ di bawah HEPA. Seramai 20 staf di bawah Bahagian ini termasuk Ketua Bahagian dan Pegawai Psikologi.
Found in 5 Collections and/or Records:
170 Kata-kata Mendorong Menjadi Pelajar Hebat : Rahsia Tindakan untuk Sihat Emosi Buat Pelajar
Penerbitan ini mengenai buku 170 Kata-kata Mendorong Menjadi Pelajar Hebat : Rahsia Tindakan untuk Sihat Emosi Buat Pelajar yang diterbitkan oleh Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia pada tahun 2021. Isi kandungan meliputi 34 tajuk hasil penulisan asli Kaunselor-kaunselor UPM Kampus Serdang dan Kampus Bintulu, Sarawak.
1001 Pesanan EmoSihat
Penerbitan ini mengenai buku terbitan khas 1001 Pesanan EmoSihat yang diterbitkan oleh Unit Intervensi Pekerja, Seksyen Kaunseling Pekerja, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) pada tahun 2019. Isi kandungan buku ini meliputi 21 kisah-kisah kehidupan yang dikongsikan melalui penulisan dan senarai nama penulis.
Brosur Bahagian Kaunseling UPM : UPM Counselling Division
Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan pada 15 Januari 2025.
Isi kandungan brosur ini meliputi panduan seperti senarai kod QR yang boleh diimbas berkaitan aplikasi, alat sokongan, modul dan penerbitan yang digunakan, maklumat ringkas tentang perkhidmatan yang disediakan, mengenai kami, waktu operasi, lokasi serta maklumat untuk dihubungi.
Hala Tuju Kerjaya Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai buku panduan Hala Tuju Kerjaya di UPM yang diterbitkan oleh Bahagian Kaunseling UPM dengan kerjasama Pejabat Pendaftar UPM pada tahun 2022.
Isi kandungan buku panduan ini meliputi kisah inspirasi 13 jawatan popular di UPM yang disertakan dengan maklumat penting tentang jawatan, kaedah persaringan jawatan yang ditawarkan di UPM, latihan yang disediakan oleh UPM, infografik laluan kerjaya, senarai nama penulis dan nota.
Seminar Kaunseling dan Kemanusiaan : Fokus : Potensi Diri
Penerbitan ini mengandungi prakata, kata-kata aluan, ucapan, kertas-kertas kerja, resolusi sidang Pleno, jawatankuasa seminar kaunseling dan kemanusiaan, aturcara seminar, peserta-peserta seminar dan penghargaan.