Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Found in 5 Collections and/or Records:
3-E Premiere Concert
Penerbitan ini merupakan brosur sempena majlis persembahan orkestra konsep 3E-Music (Explore, Express dan Experiment) anjuran Akademi Seni Kebangsaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah UPM, pada 13 Disember 2003.
Keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor ke Majlis rasmi , Universiti.Pertanian Malaysia (UPM) 1996
Foto sekitar majlis di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada era 1990-an, memperlihatkan suasana rasmi penuh adat istiadat dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah yang berkenan mencemar duli, diiringi Syed Jalaluddin Syed Salim selaku Naib Canselor universiti ketika itu. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Land-Rover Putih
Foto Land-Rover hadiah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor kepada Universiti Putra Malaysia pada 18 November 1998.
Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).
Foto sekitar majlis perasmian Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Majlis telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 25 April 1996. Hadir sama dalam majlis ialah Yang Terutama Tun Dato' Seri (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir, Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM), serta Prof. Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor UPM ketika itu.
UPM menuju ke era milenium seterusnya (Forward into the next millennium)
Penerbitan ini mengenai ucapan Naib Canselor UPM Y.Bhg.Dato' Dr. Syed Jalaludin Syed Salim
