Pusat Islam
Perkembangan
Sejarah penubuhan masjid UPM bermula dengan Masjid Kariah Serdang yang telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1964 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Sultan Selangor Darul Ehsan. Masjid baharu UPM pula telah dibina pada tahun 1987 dengan Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan pembangunan sebanyak RM 25 ribu dan penduduk sekitar telah mengumpulkan wang sebanyak RM 13 ribu. Masjid ini siap sepenuhnya pada bulan Julai 1989 dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor pada 31 Oktober 1989. Pentadbiran Masjid UPM telah diletakkan di bawah pentadbiran Pusat Islam UPM pada 1 Oktober 1988. Kuasa untuk mentadbir Masjid ini telah mendapat kebenaran khas daripada Majlis Agama Islam Negeri Selangor(JAIS).
Keunikan bentuk kubah Masjid UPM merupakan satu simbol tarikan dan keindahan Masjid UPM. Bentuk kubahnya yang lain dari yang lain adakalanya menyebabkan masyarakat menganggapnya seolah-olah berbentuk piring UFO. Menurut Ybhg. Profesor Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Bin Ahmad sebenarnya bentuk kubah Masjid UPM adalah diinspirasikan daripada bentuk topi perang yang dipakai oleh Salahuddin Al-Ayoubi semasa mengepalai perang jihad membebaskan Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib. Menurutnya lagi, ia adalah simbolik semangat jihad dan semangat ini perlulah dihayati oleh setiap warga UPM.
Sejak dari perasmian, masjid UPM adalah bewarna biru tetapi pada tahun 2011, masjid UPM telah diwarnakan merah bersesuaian dengan warna korporat UPM.
Penubuhan Sahabat Masjid UPM adalah di bawah kelolaan Pusat Islam Universiti yang bertindak sebagai platform untuk memberi peluang kepada pelajar, staf Universiti Putra Malaysia dan komuniti masyarakat sekitar untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran aktiviti pengimarahan dan kerohanian Masjid UPM.
Found in 13 Collections and/or Records:
Buku Panduan 2005/06 : Pusat Islam
Penerbitan ini merupakan buku panduan yang mengandungi visi dam misi UPM serta bahagian hal ehwal mahasiswa, aktiviti-aktivi pusat islam, aktiviti yang telah berlangsung sepanjang tahun 2004,aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang tahun 2005, perancangan taqwim aktiviti pusat islam sepanjang tahun 2005, takwim aktiviti putra perkasa 2005/06 dan peruntukan merit.
Buku Panduan Doa : Disertakan Bersama Panduan Doa Di Majlis-Majlis Rasmi Universiti Pusat Islam UPM
Penerbitan ini adalah mengenai garis panduan tatacara membaca doa dan contoh-contoh teks doa majlis rasmi Universiti Putra Malaysia.
Buku Panduan Pusat Islam Universiti Pertanian Malaysia 1995/6
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi,falsafah, objektif sejarah penubuhan, struktur pentadbiran, pegawai-pegawai Pusat Islam, kegiatan, kemudahan yang disediakan dan alamat Pusat Islam bagi tahun 1995-1996.
Laporan Aktiviti Tahunan 2023 : Cahaya (ILHAM) Pusat Islam Universiti
Penerbitan ini mengenai buku Laporan Aktiviti Tahunan 2023 Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia bertajuk Cahaya (ILHAM) edisi kedua.
Isi kandungan buku laporan ini meliputi foto ahli Sidang Redaksi, kata-kata aluan, peranan Pusat Islam Universiti, peranan Masjid UPM, visi dan misi, pelan strategik, perkhidmatan, struktur organisasi, aktiviti dan projek naik taraf infrastruktur Masjid UPM 2023.
Laporan Rancangan Malaysia Keenam (RME) (1991-1995)
Penerbitan ini merupakan Rancangan Malaysia Ke-6 (RME) 1991-1195 bagi Pusat Islam pada Disember 1989. Dalam RME ini, Pusat Islam menyusun semula fungsi organisasi, menambah khidmat kepada masyarakat universiti dan luar kampus, mengatur dan mengadakan latihan dan kursus kepada masyarakat universiti dan luar kampus serta menambah ruang perkhidmatan.
Masjid dan Pusat Islam Universiti Putra Malaysia
Foto 01-02 : Masjid Universiti sekitar tahun 1998
Foto 03 : Pejabat pentadbiran Pusat Islam sekitar tahun 1990-2000.
Nota Poket Ramadan : Puasa & Tarawih 1443 Hijrah / Tahun 2022
Penerbitan ini mengenai buku Nota Poket Ramadan : Puasa dan Tarawih yang diterbitkan oleh Pusat Islam Universiti, UPM pada tahun 2022 bersamaan 1443 Hijrah.
Isi kandungan buku nota poket ini meliputi hadis riwayat serta maksud lengkap berkaitan puasa Ramadan dan amalan solat sunat Tarawih.
Panduan Solat Tarawih
Penerbitan ini mengenai buku Panduan Solat Tarawih yang diterbitkan oleh Pusat Islam Universiti Putra Malaysia pada tahun 2004/2005.
Perasmian Masjid Universiti Pertanian Malaysia
Suara Pusat Islam Universiti
Penerbitan ini merupakan majalah terbitan Pusat Islam , Universiti Putra Malaysia.Penerbitan ini berkaitan agama Islam dalam pelbagai bidang seperti Aqidah, Tafsir, Fiqh, Tasawur, al-Quran, Tajwid dan sebagainya. Penulisan majalah ini adalah dalam Bahasa Melayu dan ada juga dalam tulisan jawi.
Surah Yasin, Tahlil dan doa-doa sempena sambutan 75 tahun Universiti Putra Malaysia dan Program Perkasa Putra Semester Pertama 2006/2007
Penerbitan ini mengandungi hukum tajwid, tanda waqf, tanda bacaan, adab-adab membaca yasin, doa-doa hari kebesaran Islam, doa-doa mat'hur, wirid-wirid: pelbagai jenis selawat, doa harian Masjid UPM dan doa selepas solat Tarawih.
Surah Yasin Tahlil dan Doa sempena Minggu Perkasa Putra 2010/2011
Penerbitan ini mengenai Surah Yasin Tahlil dan Doa sempena Minggu Perkasa Putra 2010/2011.
Takwim Istilah (Hijrah-Masihi) 1401-1500
Penerbitan ini mengenai Buku Takwim Istilah (Hijrah-Masihi) 1401-1500 yang digunakan oleh Pusat Islam, UPM sebagai rujukan dan panduan. Buku takwim ini diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Ugama), Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Isi kandungan buku takwim ini meliputi kata aluan, pendahuluan dan maklumat mengenai penyusun.
Additional filters:
- Subject
- Bangunan/Monumen/Papan tanda 1