Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia
Parallel Names
- Pusat Asasi Sains Pertanian
Perkembangan
Pusat Asasi Sains Pertanian ditubuhkan pada 1 Jun 2005. Penubuhan ini bertujuan memenuhi matlamat ke-3 Pelan Strategi Universiti Putra Malaysia untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian tinggi dan perkhidmatan pertanian dan biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan supaya UPM menjadi pusat kecermelangan pendidikan pertanian negara. Program Asasi Sains Pertanian mula ditawarkan pada Sesi Pengajian 2005/2006. Program ini ditawarkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Found in 4 Collections and/or Records:
Buku Panduan Pusat Asasi Sains Pertanian
Penerbitan ini adalah sebagai panduan dan rujukan kepada pelajar yang mengikuti Program Asasi Sains Pertanian.
Buku Panduan Pusat Asasi Sains Pertanian : 2006-2007
Penerbitan ini mengandungi sekapur sireh, kata aluan pengarah, carta organisasi, pentadbiran, pegawai akademik, pegawai sokongan, program akademik Pusat Asasi Sains Pertanian, sistem akademik, program Agro-Bio di peringkat ijazah, sinopsis kursus, kalendar akademik sesi 2006/2007 dan jawatankuasa penasihat program Asasi Sains Pertanian.
Program Matrikulasi Pusat Sains Asasi sesi 93/94
Penerbitan ini merupakan buku panduan program matrikulasi pusat sains asasi UPM, yang mengandungi maklumat umum UPM, program pengajian, syarat-syarat kemasukan program matrikulasi, sistem penilaian & peperiksaan serta lain-lain maklumat yang berkaitan.
Pusat Asasi Sains Pertanian 2021
Penerbitan ini mengandungi program akademik, objektif program, struktur program, struktur kurikulum, pendaftaran, penasihat akademik dan skema pengajian.