Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (KEPEKASA)
Latar belakang
Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak atau nama
ringkasnya KEPEKASA. Kewujudan Kesatuan ini hasil permintaan, persetujuan dan sokongan dari
pegawai pelaksana pada masa itu bagi membawa suara, pembelaan dan hak-hak serta kebajikan pekerja
dipandang serius. KEPEKASA bermula dengan pembentukan jawatankuasa sementara pada tahun 2012
(interim committee) di bawah kepimpinan Tn. Haji Rodzlan Bin Kasan selaku Presiden sementara
semasa proses pendaftaran secara rasmi sedang diuruskan Pn. Rudiyana binti Julaihi selaku Setiausaha
Kehormat sementara sebelum meletak jawatan pada pertengahan Februari 2012 dan di sambung tugas
tersebut oleh Encik Arni Bin Japar sebagai Setiausaha Kehormat sementara. Sejarah terlakar apabila
pada 2 September 2014 Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah secara rasminya
meluluskan permohonan KEPEKASA dan secara automatik didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja
1959. Perakuan pendaftaran tersebut telah dizahirkan dengan penyerahan Perakuan Pendaftaran dalam
bentuk Sijil Perakuan Pendaftaran dengan nombor pendaftarannya SK 160.
Mesyuarat Agung TriTahunan pertama KEPEKASA telah diadakan pada 26 Februari 2015 (Khamis) dengan perlantikan Majlis Jawatankuasa Kerja yang pertama yang terdiri daripada 12 orang iaitu Tn. Haji Rodzlan bin Kasan (Presiden), En. Bolhassan bin Ahim (Timbalan Presiden), Pn. Asiah binti Kawi (Naib Presiden), En. Arni bin Japar (Setiausaha Kehormat), En. Razak bin Mat Sahar (Timbalan Setiausaha), En. Ariffin bin Kiprawi (Bendahari), Pn. Rina Farida binti Osman (Timbalan Bendahari), serta 4 orang Exco adalah Tn. Haji Abdul Rahman bin Kushairi, En. Safri bin Abidin, En. Sahlaman bin Bakri,
Pn. Siti Fatimah binti Razali, Cik Siti Sunarti binti Waini Osman. Kesemua calon tersebut terukir dalam lipatan sejarah KEPEKASA apabila menang tanpa bertanding serta Exco pertama bagi penggal 2015-
2018.