Bangunan Canselori Putra. Universiti Putra Malaysia
Found in 16 Collections and/or Records:
Bangunan Pentadbiran
Foto Bangunan Pentadbiran sekitar awal tahun 1990an.Tiang bendera terletak di tengah-tengah pintu masuk bangunan pada waktu ini.Bangunan ini telah diberi nama baru iaitu “Bangunan Canselori Putra” pada 7 September 2016.
Bangunan Pentadbiran
Foto Bangunan Pentadbiran sekitar pertengahan tahun 2000.Tiang-tiang bendera terletak di kiri kanan pintu masuk bangunan pada waktu ini hingga sekarang.Bangunan ini telah diberi nama baru iaitu “Bangunan Canselori Putra” pada 7 September 2016.
Majlis Hi-Tea Atlet Universiti Putra Malaysia Sempena Kejohanan Sukan SEA 2002 Bersama Naib Canselor,
Majlis Kerjasama PROTON Bersama Institusi Pengajian Tinggi, 11 Julai 1987
Majlis Menandatangai Perjanjian Akademik Malaysia – Australia
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Vietnam National University, Hanoi
Foto sekitar majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Pertanian Malaysia dan Vietnam National University, Hanoi yang berlangsung pada 26 Februari sekitar pertengahan 1990-an. Majlis ini turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KFCH Training Institute dan Universiti Putra Malaysia serta pelancaran Cyber Learning Programme dan majlis penyampaian diploma serta sijil pada 30 Jun 1999.
Foto sekitar majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KFCH Training Institute dan Universiti Putra Malaysia serta pelancaran Cyber Learning Programme dan majlis penyampaian diploma serta sijil pada 30 Jun 1999. Majlis ini disempurnakan oleh Dato’ Hj. Mohd Sarit Hj. Yusoh selaku Executive Chairman KFC Holdings (Malaysia) Berhad, manakala Prof. Madya Dr. Zohardie Bardaie hadir sebagai wakil UPM.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan National Foundation for Management Education, Republic of France, 25 Jun 1998
Foto sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan National Foundation for Management Education, Republic of France yang berlangsung pada 25 Jun 1998. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim selaku Naib Canselor UPM ketika itu telah menandatangani dokumen perjanjian bersama wakil National Foundation for Management Education, Republic of France.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman UPM dan Info House IT Sdn. Bhd. (1998)
Foto sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman UPM dan Info House IT Sdn. Bhd. bersama Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim sebagai wakil UPM (1998).
Majlis Menandatangani MoA UPM , MahirNet/MIM oleh Tan Sri Syed Jalaluddin Syed Salim, 4 Jun 1999.
Foto sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Putra Malaysia dan MahirNet/MIM–MahirNet sempena pelancaran MahirNet Education Online pada 4 Jun 1999. Tan Sri Syed Jalaluddin Syed Salim yang ketika itu merupakan Naib Canselor UPM mewakili pihak universiti menandatangani dokumen perjanjian bersama wakil MahirNet/MIM–MahirNet.
Majlis Pelancaran Pelan Strategik UPM 2001–2010
Foto sekitar Majlis Pelancaran Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia (UPM) 2001–2010 yang berlangsung pada 20 Jun 2002. Kelihatan dalam gambar ialah Prof. Dato’ Dr. Ir. Mohd. Zohadie Bardaie yang ketika itu merupakan Naib Canselor UPM bersama Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Kidam serta Prof. Dato’ Dr. Idris Abdul yang turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut.
Majlis Penyerahan Cek Renong Berhad kepada Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 15 Mei 1993
Foto kenangan majlis penyerahan Cek daripada Renong Berhad kepada Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 15 Mei 1993. Kelihatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia ketika itu, disambut oleh Profesor Tan Sri Dr. Nayan Ariffin Nayan, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia sempena majlis berkenaan.
Majlis Perasmian CITI dan Menandatangani Perjanjian Persefahaman, 1997
Foto sekitar Majlis Perasmian CITI dan Menandatangani Perjanjian Persefahaman pada 23 November 1997. Kelihatan Prof. Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), menyampaikan ucapan dalam majlis yang turut dirasmikan serta disaksikan oleh YB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia.
Majlis Third Country Training Programme (TCTP) on Marine Ecosystem Pollution, 2001
Foto sekitar majlis Third Country Training Programme (TCTP) on Marine Ecosystem Pollution yang diadakan pada 18 Julai 2001 di Universiti Putra Malaysia (UPM) . Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zohadie Bardaie, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia ketika itu. Turut diadakan sesi penyampaian replika cek dan cenderamata sempena pelaksanaan program latihan tersebut.
Program Corporate Wargame (Team Building) Pegawai Pengurusan UPM, 1998
Foto sekitar Program Corporate Wargame (Team Building) anjuran Unit Perancangan Korporat Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 8 hingga 10 September 1998 di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Program yang bertujuan mencetuskan semangat budaya kerja berpasukan ini disertai seramai 60 orang pegawai pengurusan UPM yang terdiri daripada timbalan-timbalan dekan, ketua-ketua jabatan serta timbalan pengarah.
Ruang tamu ,ruang menunggu dan galeri di Bangunan Pentadbiran
Foto 1-11 : Ruang tamu dan ruang menunggu di Level G Bangunan Pentadbiran sekitar tahun 1990-2000. Bangunan ini telah diberi nama baru iaitu “Bangunan Canselori Putra” pada 7 September 2016.
Foto 12-26 : Ruang galeri di sebelah kanan pintu masuk Bangunan Pentadbiran sekitar awal tahun 1990.
