Skip to main content

Institute for Distance Education & Learning (IDEAL)

 Organization

Parallel Names

  • Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh

Perkembangan

UPM Holding Sdn. Bhd. (UPMHoldings) merupakan syarikat milik penuh Universiti Putra Malaysia yang ditubuhkan pada Mei 2004. Penubuhan UPMHoldings adalah sebagai medium dan perantara untuk mengkomersialkan produk penyelidikan UPM; dan menggunakan teknologi, keupayaan dan kepakaran bagi perkongsian pintar dalam bidang industri. UPMHoldings menubuhkan beberapa anak syarikat untuk penggunaan sepenuhnya penyelidikan dan teknologi kepakaran yang sedia ada. Salah satu anak syarikat UPMHoldings adalah UPM Education and Training Sdn. Bhd.

UPM Education and Training Sdn. Bhd. (850011 – U) ditubuhkan pada 16 Mac 2009. UPM Education and Training (dahulunya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Luar yang merupakan salah satu PTJ di UPM) mengendalikan program akademik UPM secara Pendidikan Jarak Jauh dan program Kerjasama UPM – IPTS dan mengendalikan serta menguruskan program latihan.

Pusat Pendidikan Luar (PPL) telah ditubuhkan hasil daripada penggabungan Institut Pembelajaran dan Pendidikan Jarak Jauh (IDEAL) dan Pusat Program Luar (PPL) pada 1 Januari 2004. Penggabungan dua pusat ini merupakan hasrat pengurusan Universiti yang ingin melihat organisasi baru ini akan lebih mantap di bawah pusat tanggungjawab baru iaitu Pusat Pendidikan Luar. Ini selaras dengan matlamat ke lapan UPM menjadikan Universiti Putra Malaysia sebagai Pusat Pembagunan Profesional dan Pendidikan Lanjutan yang cemerlang. Penggabungan ini telah memberikan sinar baru kepada PPL untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik menerusi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan Program Kerjasama UPM - IPTS.

IDEAL ditubuhkan pada tahun 1995 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia. Penubuhan IDEAL adalah berdasarkan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam menawar dan mengendalikan program-program pengajian Universiti secara Jarak Jauh (program Pendidikan Jarak Jauh – PJJ). Universiti Putra Malaysia telah mengambil peluang ini dengan membuat penyusunan semula Unit Pendidikan Lanjutan (UPL) bagi menubuhkan IDEAL. IDEAL telah dimulakan dengan pengambilan pertama pelajar Program PJJ bagi Bacelor Sains Komputer dan Master Sains (Pembanguna Sumber Manusia) pada Semester Disember 1995/96. Kaedah pembelajaran PJJ adalah melalui pembelajaran secara kendiri dengan bimbingan tutor yang dilantik di Pusat Pembelajaran PPL.

Pusat Program Luar pula ditubuhkan pada Ogos 1997 atas dasar pendemokrasian dan liberalisasi pendidikan negara yang digalakkan oleh kerajaan dan menjadi pemangkin kepada pencapaian matlamat UPM untuk membawa pendidikan tinggi ke pintu rumah. Selaras dengan hasrat tersebut, UPM memulakan jalinan kerjasama dengan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang membolehkan IPTS berkenaan menjalankan program-program pengajian UPM dengan seliaan UPM yang kini di panggil Program Kerjasama. Sejak tahun 1997, kerjasama dengan IPTS meningkat mengikut perkembangan pendidikan negara yang menekankan pertambahan akses dalam negara dan pengurangan bilangan pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian tinggi di luar negara.

Found in 10 Collections and/or Records:

Buku Panduan Bacelor Komunikasi 1998 - 1999

 Fonds — Container: Gedung 1/68
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-721
Abstract

Penerbitan ini merupakan Buku Panduan Bacelor Komunikasi

Dates: Publication: Majority of material found within 1998 - 1999

Buletin Pusat Pendidikan Luar

 Series — Container: Gedung 1/81
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-902
Abstract

Buletin pusat pendidikan luar merupakan sebuah buletin yang diterbitkan oleh Pusat Pendidikan Luar (PPL), Universiti Putra Malaysia, sebagai satu langkah bagi mendokumentasi aktiviti dan inisiatif PPL bagi memartabatkan serta meningkatkan keupayaan pelajar ke tahap yang lebih tinggi.

Dates: Issued: Majority of material found within 2004 - 2006

Majlis Anugerah IDEAL

 Collection — Container: Gedung 1/F02
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-62
Abstract

Foto ini adalah mengenai Majlis Anugerah Institut Pembelajaran dan Pendidikan Jarak Jauh (IDEAL) yang telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM, Dato Dr. Idris Abdol.

Dates: Event: 2001-08-18

Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis. Modul Pembelajaran EDU 3301 Unit 4

 Fonds — Container: Gedung 1/83
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-549
Abstract

Penerbitan ini mengandungi modul kemahiran membaca dan menulis merangkumi konsep Pemahaman, Kemahiran Memaham, Mengajar Kemahiran Memaham dan Masalah Pemahaman.

Dates: Issued: 1996

Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis. Modul Pembelajaran EDU 3301 Unit 8

 Fonds — Container: Gedung 1/83
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-607
Abstract

Penerbitan ini mengandungi modul kemahiran membaca dan menulis merangkumi konsep Pemahaman, Kemahiran Memaham, Mengajar Kemahiran Memaham dan Masalah Pemahaman.

Dates: Issued: 1996

Sosiologi Sekolah dan Pendidikan (Bahagian Satu) EDU 3020 Unit I : Fakulti Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-647
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, biodata penulis, tujuan modul, pengisian unit, buku rujukan, penilaian, pengertian konsep, panduan bagi ujian objektif dan panduan membuat tugasan.

Dates: 1996

Sosiologi Sekolah dan Pendidikan (Bahagian Satu) EDU 3020 Unit II : Fakulti Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-648
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, objektif unit, matlamat, matlamat pendidikan dan rumusan.

Dates: 1996

Sosiologi Sekolah dan Pendidikan (Bahagian Satu) EDU 3020 Unit III : Fakulti Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-649
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, objektif unit, bacaan, jenis budaya dan rumusan.

Dates: 1996

Sosiologi Sekolah dan Pendidikan (Bahagian Satu) EDU 3020 Unit XI-XIII : Fakulti Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-650
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, objektif, objektif unit, mobiliti mendatar dan menegak, mobiliti tajaan dan tandingan, pengertian kesaksamaan dalam pendidikan, tidak kesaksamaan dalam pendidikan, kesan teori, rancangan Malaysia Ke Tujuh, kesan program, faktor-faktor tambahan konsep integrasi, peringkat-peringkat integrasi, model integrasi, ke arah perpaduan, sistem pendidikan dan integrasi negara, peranan sekolah, limitasi dan rumusan.

Dates: 1996

Sosiologi Sekolah dan Pendidikan (Bahagian Satu) EDU 3020 Unit XIV-XVII : Fakulti Pendidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-651
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, perubahan sosial, teori-teori perubahan sosial, pendidikan dan perubahan sosial, objektif, pendidikan Elit dan Massa, sistem pendidikan, perkembangan ekonomi, jenis pendidikan dan perkembangan ekonomi, bacaan, motif memilih perguruan, profil guru Malaysia, peranan guru, tatasusila perguruan, akta pendidikan 1996, rumusan dan lampiran.

Dates: 1996