Skip to main content

Kolej Tun Perak

 Organization

Perkembangan

Kolej Tun Perak pada mulanya dinamakan dengan nama Kolej Kediaman Kelapan. Pada 8 Mac 1986, kolej ini diberikan nama baru iaitu Kolej Tun Perak (KTP) yang dirasmikan oleh Professor Tan Sri Dato’ Nayan Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia. Kolej ini terletak di suatu kawasan tanah tinggi dan letaknya beberapa kilometer dari kawasan pengajian.Kolej Tun Perak mempunyai enam blok iaitu lima blok penginapan para pelajarnya dan satu blok lagi yang mempunyai pejabat pentadbiran, dewan dan surau.

Idea asal menggunakan nama-nama pahlawan Melayu yang terkenal ini adalah untuk menggambarkan sedikit sebanyak pemikiran dan tingkah laku penghuni kolej seperti berani, gagah, penuh ketabahan dan berketrampilan tinggi. Sejarah Melayu telah membuktikan Tun Perak merupakan seorang pentadbir dan pemikir yang agung dan berwawasan. Beliau mempunyai kewibawaan di dalam merancang dan mentadbir negeri Melaka semasa pemerintahan tiga orang sultan. Kewibawaan dan kebolehan yang cemerlang ini telah dicontohi oleh warga KTP.

Semua blok KTP telah dinamakan dengan nama pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal dalam sejarah Melayu dalam sejarah Melayu iaitu Jebat, Lekiu, Lekir, Tuah dan Kasturi. KTP merupakan kolej pertama yang memecahkan tradisi penamaan kolej-kolej kediaman di UPM dengan meletakkan nilai-nilai kemanusiaan di tempat sewajarnya.

Empat daripada lima blok kediaman pelajar merupakan blok untuk penginapan siswi iaitu Lekir, Lekiu, Tuah dan Kasturi. Manakala satu blok kediaman pelajar iaitu Jebat didiami para siswa.

Pada tahun 2019, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mewujudkan satu pelan penggabungan yang melibatkan jabatan-jabatan yang terdapat di sini iaitu Pelan Transformasi Governans. Tujuan pelan ini dirangka adalah untuk memaksimumkan penggunaan tenaga kerja dalam meningkatkan kadar keefisienan penyampaian perkhidmatan. Untuk menyahut seruan UPM dalam pelan ini, Kolej Pendeta Za’ba telah digabungkan dengan Kolej Tun Perak bermula pada Jun 2019 dan penstrukturan semula pengetua dan pentadbiran kolej telah dibuat.

Rentetan itu, nama Kolej Pendeta Za’ba telah dikekalkan dan digunakan sebagai nama kolej sehingga hari ini.

Found in 1 Collection or Record:

Team Building Peak Performance

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-658
Abstract

Penerbitan ini merupakan salinan nota kursus dan gambar-gambar aktiviti retreate pembangunan staf kolej tun perak di kem karisma Nature Camp D'talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang diadakan pada 24-26 Mac 2001.

Dates: Event: Majority of material found within 2021-03-24 - 2021-03-26