UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB)
Sejarah kampus
Sejarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak bermula di kampus sementaranya di Natural Resources Training Centre, Semenggok, Kuching pada 10 Ogos 1974. Kampus ini telah berpindah ke kampus tetapnya di Bintulu, Sarawak pada bulan Jun 1987.
Pada 27 Ogos 1987, Universiti Pertanian Malaysia Sarawak telah ditubuhkan secara rasmi sebagai kampus cawangan melalui Perintah Universiti Pertanian Malaysia (No.2) 1987 di bawah tiga Pusat Pengajian: Pusat Pengajian Sains Gunaan, Pusat Sains Asasi dan Pusat Pengajian Sains Sosial dan Pengurusan. Pusat tersebut menawarkan tiga program di peringkat Diploma iaitu Diploma Pertanian, Diploma Perhutanan dan Diploma Perniagaantani di samping satu program pendahuluan. Namun, pada 10 Januari 1992, kampus cawangan ini ditutup bagi memberi laluan kepada penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Pada Februari 2001 pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui surat Ketua Setiausaha KPM telah menyampaikan persetujuan Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia supaya UPM menggerakkan semula kampus cawangan UPM di Bintulu mula sesi akademik 2001/2002 dengan memberi tumpuan kepada bidang pengkhususan Pertanian dan Perhutanan. Perkembangan dan pembelajaran di UPMKB amat memberansangkan dan penstrukturan di kampus telah mewujudkan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (FSPM). Fakulti ini terdiri daripada lima buah jabatan akademik iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan dan, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan. Fakulti ini menawarkan program PhD, Master, Bacelor dan Diploma.
Pada 10 Mac 2014, Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) yang merupakan lawatan julung kali baginda ke kampus itu. Pada majlis itu, baginda diberi penerangan tentang pembangunan UPMKB oleh Naib Canselor UPM, Profesor Dato' Dr. Mohd Fauzi Ramlan dan seterusnya menandatangani plak sebagai simbolik perasmian UPMKB.
UPMKB telah mengalami pelbagai transformasi, sejajar dengan keperluan pendidikan negara, negeri Sarawak dan rantau Borneo. Bermula dengan hanya menawarkan 2 program Diploma, UPMKB kini berkembang dengan menawarkan 9 program Diploma, 5 program Bacelor, dan 51 bidang kepakaran bagi program Master dan PhD secara penyelidikan. Bagi memperkukuhkan peranan UPMKB sebagai hub penyelidikan dan pendidikan, 3 buah entiti baharu telah ditubuhkan pada tahun 2020. Institut Ekosistem Borneo Sains (IEB) telah ditubuhkan untuk menerokai penyelidikan bermanfaat terutamanya dalam bidang pertanian dan perhutanan. Disamping 2 buah fakulti baharu iaitu Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) dan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) telah ditubuhkan pada tahun 2020 bagi menyokong usaha perekayasaan UPMKB.
Pentadbir UPMKB
PENTADBIR UPMKB 1 :
DATUK. DR. IBRAHIM MOHAMED YUSOF
Pengarah Kampus
(1974 - 1994)
PENTADBIR UPMKB 2 :
PROF. DR. WAN SULAIMAN WAN HARUN
Provos
(2001 - 2002)
PENTADBIR UPMKB 3 :
PROF. DR. MD. YUSOF HUSSIN
Provos
(2001 - 2004)
PENTADBIR UPMKB 4 :
PROF. DR. DAHLAN ISMAIL
Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
(2004 - 2005)
PENTADBIR UPMKB 5 :
PROF. DATO' DR. NIK MUHAMAD NIK AB. MAJID
Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
(2005 - 2007)
PENTADBIR UPMKB 6 :
PROF. DR. JAPAR SIDIK BUJANG
Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
(2007 - 2014)
PENTADBIR UPMKB 7 :
PROF. MADYA DR. NUR ASHIKIN PSYQUAY ABDULLAH
Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
(2014 - 2015)
PENTADBIR UPMKB 8 :
DR. ZAMRI ROSLI
Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
(2015 - 2018)
PENTADBIR UPMKB 9 :
PROF. DR. BUJANG B.K. HUAT
Pengarah Kampus
(2018 - 2020)
PENTADBIR UPMKB 10 :
PROF. DR. SHAHRUL RAZID SARBINI
Pengarah Kampus
(2020 - Kini)
Found in 9 Collections and/or Records:
Aturcara Lawatan Y. BHG. Tan Sri Dato' Rozali Ismail Pro Canselor UPM ke UPM Kampus Bintulu, Sarawak
Penerbitan ini mengandungi atur cara majlis, sejarah UPMKB, visi, misi, carta organisasi, fokus utama, jabatan dan program, staf akademik, staf bukan akademik dan rancangan Malaysia ke-9. Lawatan telah dijalankan pada 16 Julai 2008.
Bangunan Pentadbiran, Kampus Bintulu Sarawak
Foto 1- 7 : Bangunan pentadbiran kampus Bintulu, Sarawak ketika Universiti Pertanian Malaysia sekitar awal tahun 1990.
Foto 8 : Dalam dewan kuliah
Foto 9 : Masjid di Bintulu
Foto 10 : Sekitar kawasan Kampus Bintulu
Buletin BKU@PUTRA
Kertas Untuk Pertimbangan dan Kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti : Cadangan Naiktaraf UPMKB Menjadi Kolej Universiti
Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-46 2022 : Sidang 1
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Majlis Konvokesyen UPM kali ke-46 pada 1 November 2022 Sidang 1 di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu Sarawak.
Majlis Perasmian Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Penetapan Kadar Sewa Kos Pengubahsuaian Dan Penyediaan Kemudahan Serta Draf Perjanjian Penyewaan Pengaktifan Semula Kampus Bintulu Universiti Putra Malaysia Sarawak
Penerbitan ini mengandungi peta kawasan akademik Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, ringkasan eksekutif, kos pemnbiayaan baikpulih kerosakan, pengubahsuaian dan menyediakan kelengkapan dalam kampus, objektif, asas menentukan kadar sewa, keterangan bangunan, kemudahan tambahan prasarana dan peralatan untuk Kampus Bintulu, tanggungjawab SNSB terhadap Kampus Bintulu, dan jadual.
Strategic Plan UPMKB 2019-2023
Universiti Pertanian Malaysia : Bintulu Campus Master Plan
Penerbitan ini mengenai perancangan pembinaan Kampus Bintulu berkaitan objektif, populasi kampus, keperluan ruang dan lain-lain.