Skip to main content

Kolej Kelima

 Organization

Perkembangan

Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia telah mula beroperasi pada 12 Ogos 1977 dan terdiri daripada 4 blok yang dinamakan sempena nama ikan tempatan iaitu Baung, Jelawat, Kelah dan Kaloi. Pelbagai kemudahan disediakan bagi memastikan pelajar mendapat suasana yang kondusif seperti makmal komputer, internet, dewan kuliah, bilik mesyuarat VIP, bilik mesyuarat MTM, bilik bacaan, bilik seminar, studio muzik, dewan kolegiat, kiosk, gelanggang dan peralatan sukan serta pelbagai kemudahan lain.

Pentadbiran Kolej diketuai oleh seorang pengetua dibantu oleh pengurus, barisan felo dan staf yang berdedikasi serta komited dalam memastikan kemudahan dan suasana kolej sentiasa dalam keadaan yang kondusif dan selesa. Ini adalah antara faktor utama bagi Kolej Kelima mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum seterusnya melahirkan ramai cendiakawan yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing setelah bergraduat. Malah Kolej ini kerap menjadi tumpuan apabila banyak program dan majlis penting peringkat universiti berlangsung di sini.

Kolej yang menggunakan warna jingga sebagai warna rasmi dan menggunakan moto "HIDUP BERHARMONI, BERILMU BERBAKTI' sering melakar kejayaan di pelbagai peringkat dengan penyertaan dan juga penganjuran program di peringkat universiti mahupun kebangsaan. 'Kolej Harmoni' ini juga terkenal dengan penganjuran program dan aktiviti kepimpinan. Setelah hampir 30 tahun, Kolej Kelima telah berjaya dan masih mempertingkatkan usaha melahirkan insan yang cemerlang dan berdaya saing dengan penerapan nilai modal insan dengan minda pertama.

Di UPM, kolej kediaman yang bergabung adalah Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Kelima (menjadi Kolej Tun Dr. Ismail) pada 1 Jun 2021.

Found in 8 Collections and/or Records:

Kolej Kelima

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-29
Scope and Contents

Foto Kolej Kelima yang terletak bersebelahan Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia(UPM) sekitar tahun 1990.

Dates: Existence: 1990

Majlis Makan Malam dan Penganugerahan Kolej Kelima Sesi 2004/2005

 Fonds — Container: Gedung 1/64
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-677
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Makan Malam dan Penganugerahan Kolej Kelima Sesi 2004/2005 yang diadakan pada 30 Januari 2005 bertempat di Dewan Harmoni, Kolej Kelima, UPM. Majlis ini bertemakan "Kasih Disemai Keharmonian Dituai".Isi kandungan buku majlis ini meliputi objektif majlis, kata aluan, aturcara majlis, Lagu Putra Gemilang, Lagu Bersama Ke Arah Jaya, Kolej Kelima:Tak Kenal Maka Tak Cinta, logo kolej, pencapaian akademik mahasiswa dan mahasiswi kolej semester...
Dates: Event: 2005-01-30

Majlis Makan Malam dan Penganugerahan Kolej Kelima Sesi 2005/2006

 Fonds — Container: Gedung 1/64
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-678
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Makan Malam dan Penganugerahan Kolej Kelima Sesi 2005/2006 yang diadakan pada 25 Mac 2006 bertempat di Dewan Harmoni, Kolej Kelima, UPM.Majlis ini bertemakan "Keharmonian Dicerlang Sahsiah Gemilang".Isi kandungan buku majlis ini meliputi objektif majlis, kata aluan, pengenalan kolej, aturcara majlis, Lagu Putra Gemilang, Lagu Bersama Ke Arah Jaya, Titian Harmoni: Kolej Kelima, logo kolej, pencapaian akademik mahasiswa dan mahasiswi kolej...
Dates: Event: 2006-03-25

Majlis Makan Malam dan Penganugerahan Kolej Kelima Sesi 2007/2008

 Fonds — Container: Gedung 1/64
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-679
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Makan Malam dan Penganugerahan Kolej Kelima Sesi 2007/2008 yang diadakan pada 22 Mac 2008 bertempat di Manhattan Ballroom II, Berjaya Times Square Hotel & Convention Center.Majlis ini bertemakan "Sandaran Kenangan, Memori Berkekalan".Isi kandungan buku majlis ini meliputi sejarah kolej, kata aluan, objektif majlis, organisasi pengurusan kolej, organisasi majlis tertinggi mahasiswa, organisasi pengelola, aturcara majlis, pencapaian...
Dates: Event: 2008-03-22

Peniti V

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-651
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku cenderahati Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni Intervarsiti V (PENITI V) bertemakan Kecemerlangan Kepemimpinan Tunggak Kejayaan, anjuran Kolej Kelima , Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, UPM pada 14-15 Januari 2005 bertempat di Kolej Kelima.

Dates: Event: Majority of material found within 2005-01-14 - 2005-01-15
Found in: MAIN ARCHIVES / Peniti V

Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni Intervarsiti

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-566
Abstract Penerbitan ini mengenai Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni Intervarsiti (PENITI V) yang bertemakan Menuju ke arah Kepemimpinan Intelektual yang diadakan pada 24-25 Februari 2006. Program ini dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima, UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, UPM. Isi kandungan buku program ini meliputi pengenalan, objektif program, imbasan pemenang PENITI V 2005, senarai hadiah pemenang, senarai peneyrtaan IPT, tentatif program, aturcara majlis,...
Dates: Event: 2006-02-24 - 2006-02-25

Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni Intervarsiti

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-648
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku program sempena majlis Peniti 2007 Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni Intervarsiti bertemakan "Mahasiswa Unggul Pemagkin Pemimpin Agung" anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM pada 3 hingga 4 Mac 2007.

Dates: Event: Majority of material found within 2007-03-03 - 2007-03-04

Sambutan Jubli Perak Kolej Kelima dan 70 Tahun

 Fonds — Container: Gedung 1/67
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-699
Abstract Penerbitan ini mengenai Sambutan Jubli Perak Kolej Kelima dan 70 Tahun Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada sesi Mei 2002. Program ini bertemakan 'Mahasiswa Berswadaya Pencetus Perpaduan Gemilang' Aktiviti program berlangsung pada 11 Jun - 6 Julai 2002 dengan kerjasaama beberapa agensi luar.Program ini mengimbas kembali zaman awal penubuhan Kolej Kelima selain memperkenalkan kolej ini khususnya dan UNiversiti Putra Malaysia amnya kepada masyarakat di luar...
Dates: Event: 2002-06-11 - 2002-07-06

Additional filters:

Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 1