Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia
Biography
Lencana Universiti Pertanian Malaysia
Lencana ini mempunyai beberapa lambang yang mempunyai erti-eti yang tersendiri. Lambang pertama yang terletak di bahagian bawah berupa sebuah buku terbuka. Buku ini memberi gambaran tentang ilmu dan pusat pengajian. Buku ini terbuka kerana ilmu itu adalah untuk dituntut dan diperolehi oleh segenap rakyat.
Dari buku yang terbuka tumbuh tiga batang pokok yang subur. Tiga batang pokok yang subur ini melambangkan tiga fungsi utama Universiti ini iaitu menyampaikan pengajaran, menjalankan penyelidikan dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Fungsi ini dapat dijalankan berdasarkan ilmu yang dikeluarkan dari buku yang terbuka itu.
Ketiga-tiga fungsi ini ditumpukan untuk memajukan dua bidang perusahaan yang luas yang dilambangkan dengan dua helai daun. Helai daun yang pertama melambangkan pertanian dalam erti kata yang seluas-luasnya dan helai daun yang kedua melambangkan berbagai sudut perindustrian. Tiga fungsi yang melahirkan dua bidang perusahaan itu digambarkan sebagai satu pokok yang subur hidupnya. Ini melambangkan bahawa Universiti ini sentiasa hidup, membesar dan membangun terus menerus berasaskan kepada ilmu dan rukunegara.
Dua ekor harimau pada lencana ini melambangkan kuasa keteguhan dan perpaduan serta kerjasama erat untuk mendirikan dan menegakkan Universiti ini. Kesemua ini adalah ditujukan untuk kemakmuran negara yang digambarkan dengan bulan dan bintang yang terletak di atas sekali, untuk menunjukkan bahawa Universiti ini juga menyunjung tinggi kepentingan dan kedaulatan negara ini.
Warna Universiti ini adalah hijau dan kuning emas. Warna hijau menunjukkan tumbuhan-tumbuhan yang subur, dan melambangkan kesegaran kegiatan segala sudut pertanian. Warna kuning emas pula melambangkan penerimaan ikhlas Universiti ini dibawah naungan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
Found in 7 Collections and/or Records:
Cenderamata Projek Bakti Siswa Tani Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia di Kampung Padang Siding, Arau, Perlis
Cenderamata Projek Bakti Siswa Tani Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia, Kg. Parit Mahang, Mukim Jeram Kuala Selangor
Cenderamata Sayembara Penulisan Kreatif dan Deskriptif Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia 1983-84
Penerbitan ini mengenai buku cenderamata Sayembara Penulisan Kreatif dan Deskriptif Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia 1983-1984 yang bertemakan "Berkreatif ke arah Penghayatan Cinta Abadi". Isi kandungan buku cenderamata ini meliputi pendahuluan, objektif, tema, genre yang dipertandingkan, kata-kata aluan, aturcara tentatif, senarai barisan exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM, senarai urusetia, antologi sajak dan cerpen.