Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2)
Parallel Names
- Institut Teknologi Maju
Biography
Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Maju merupakan salah satu institut penyelidikan di UPM yang ditubuhkan pada November 1999. ION2 membangunkan makmal-makmal penyelidikan dalam bidang nanoteknologi dan bahan termaju bertumpu kepada bidang tujahan sintesis hijau berskala nano dan aplikasi. Kami melatih bakal pemimpin penyelidikan masa hadapan serta berkongsi hasil penyelidikan, kepakaran dan kemudahan dengan komuniti penyelidik dan industri di seluruh dunia.
Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Maju merupakan salah satu institut penyelidikan di UPM yang ditubuhkan pada November 1999. Selepas 22 tahun penubuhan, mulai 1 November 2021 menjenamakan semula institut kepada nama baharu iaitu Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2).
Institut Teknologi Maju (ITMA) ditubuhkan pada 1 November 1999 di UPM untuk mengetuai penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains fizikal, teknologi maklumat dan kejuruteraan. Ahli-ahlinya terdiri daripada pakar dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi maklumat. Memberi tumpuan kepada aktiviti penyelidikan innovative, program siswazah (Sarjana dan Ph.D) dan perundingan.
Sorotan Kronologi
1999-2001
Institut Teknologi Maju (ITMA) ditubuhkan pada 1 November 1999 di UPM untuk mengetuai penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains fizikal, teknologi maklumat dan kejuruteraan. Ahli-ahlinya terdiri daripada pakar dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi maklumat. Memberi tumpuan kepada aktiviti penyelidikan innovative, program siswazah (Sarjana dan Ph.D) dan perundingan.
Empat pusat penyelidikan perintis telah ditubuhkan di ITMA pada November 1999 - Ogos 2001 :
Pusat Penyelidikan Bahan Termaju (AMRC)
Pusat Penyelidikan Pemodelan Berangka (NMRC)
Pusat Penyelidikan Robotik (RRC)
Pusat Penyelidikan Teknologi Pembinaan Termaju (ACTRC)
2001 - 2005
Pada bulan September 2001 ITMA telah melaui penstrukturan semula dari segi struktur organisasi dan sumber manusia.
Selepas penstrukturan semula, ITMA menukar nama dinamakan "Pusat Penyelidikan" kepada "Makmal", memansuhkan Pusat Penyelidikan Teknologi Pembinaan Termaju dan menambah empat lagi makmal yang baru :
Laboratori Bahan Maju (AML)
Laboratori Sistem Cerdik dan Robotik(ISRL)
Laboartori Spatial dan Pemodelan Berangka (SNML)
Laboratori Pengajian Teori (TSL)
Laboratori Komputer Sistem Bersepadu (CISL)
Laboratori Bio-Kejuruteraan (BEL)
Laboratori Teknologi Automatif Maju (AATL)
Tiga program kemudiannya dibangunkan di bawah setiap makmal dan diketuai oleh Ketua Program yang dilantik dari kalangan ahli akademik daripada fakulti. Untuk mengumpul lebih ramai penyelidik, penyelidik bersekutu dari fakulti, saintis pelawat dari institusi luar dan pasca doktoral turut dilantik.
2006
Selaras dengan matlamat Universiti Putra Malaysia untuk menjadi sebuah Universiti Penyelidikan, pada 1 Ogos 2006, Intitute Teknologi Maju (ITMA) telah disusun semula. Tujuh makmal (7) yang sedia ada telah dikurangkan kepada lima (5) makmal.
Laboratory of Spatial and Numerical Modeling (SNML)
Laboratory of Advanced Material and Nanotechnology (AMNL)
Laboratory of Intelligent Systems and Robotics (ISRL)
Laboratory of Smart Farming Technology (SFTL)
Laboratory of Alternative and Renewal Energy (AREL)
2011
Advanced Materials and Nanotechnology Laboratory (AMNL)
Spatial and Numerical Modeling Laboratory (SNML)
Green Engineering and Sustainable Technology Laboratory (GESTL)
Sensor Technology Laboratory (ISRL)
2012 – 2021
Pada bulan Januari 2012, sekali lagi ITMA telah diminta untuk menyusun semula makmal adalah selaras dengan wawasan UPM untuk ITMA memberi tumpuan lebih kepada bidang penyelidikan maju.
Material Synthesis and Characterization Laboratory (MSCL)
Materials Processing and Technology Laboratory (MPTL)
Functional Devices Laboratory (FDL)
2021 – sekarang
Pada 1 November 2021, ITMA telah dijenamakan semula kepada nama baharu iaitu Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), menumpukan pada bidang tujahan “Sintesis Hijau” Berskala Nano dan Aplikasi.
Bidang tujahan ini bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dijalankan dapat memenuhi kehendak masyarakat dan industri di masa hadapan, di mana penyelidikan dan pembangunan teknologi yang dilakukan selari dengan Revolusi Industri 5.0 dan Masyarakat 5.0.
Selaras dengan penjenamaan ini, nama-nama makmal juga telah disuntik nama baharu seperti berikut:
Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL)
Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL)
Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL)
Found in 10 Collections and/or Records:
Berita ITMA Institut Teknologi Maju
Berita ITMA merupakan buletin yang diterbitkan oleh Institut Teknologi Maju , UPM. Buletin ini adalah untuk menyampaikan informasi semasa, memaparkan berita, rencana dan aktiviti terkini berkaitan institut dan warganya.
Institute of Advanced Technology NanoScope 2019
Penerbitan ini merupakan majalah tahunan Institut Kemajuan Teknologi (ITMA) sempena ulang tahun ITMA ke 20 tahun (1999-2019) yang mengandugi pencapaian dan aktiviti oleh penyelidik cemerlang, staf dan pelajar pasca siswazah di ITMA sepanjang tahun 2019. Ini adalah majalah edisi keenam, yang mana edisi pertama dicetak pada 2014.
Laporan Tahunan 2002 : Institut Teknologi Maju
Penerbitan ini merupakan Laporan tahunan bagi tahun 2002, Institut Teknologi Maju (ITMA) Universiti Putra Malaysia. Penerbitan ini mengandungi sejarah ITMA, peranan dan struktur ITMA, piagam, visi misi ITMA, pembangunan ITMA Laboratori, Jawatankuasa dan kelab kebajikan dan sosial ITMA.
Laporan Tahunan: Annual Report 2006: Institut Teknologi Maju
Penerbitan ini merupakan laporan tahunan bagi tahun 2006 Institut Teknologi Maju (ITMA) Universiti Putra Malaysia. Penerbitan ini ditulis dalam dwi bahasa yang mengandungi kata aluan dari pengarah, ikrar kualiti, misi, strategy dan visi, carta organisasi, senarai jawatankuasa, pencapaian 2006, senarai pelawat ke ITMA, laporan kewangan, laporan laboratori dan laporan jawatankuasa.
Laporan Tahunan Annual Report 2006 : Institut Teknologi Maju
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2006 Institut Teknologi Maju
Laporan Tahunan Institut Teknologi Maju 2004
Laporan Tahunan Institut Teknologi Maju 2005
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Institut Teknologi Maju tahun 2005.
Laporan Tahunan Institut Teknologi Maju 2012
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan Institut Teknologi Maju 2012.
Laporan Tahunan ITMA 2003
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2003 bagi Institut Teknologi Maju