Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Parallel Names
- Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC)
Sejarah
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), yang ditubuhkan pada Januari 2007. APEEC telah dinamakan semula sebagai UCTC pada 14 Mac 2013 sebagai usaha penjenamaan semula fungsi UCTC untuk mengubah masyarakat melalui pemindahan aktiviti berasaskan pengetahuan dan teknologi selaras dengan arahan Kementerian Pengajian tinggi. UCTC adalah pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat. UCTC UPM telah dilancarkan sempena pelancaran UCTC peringkat kebangsaan pada 30 November 2014 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM oleh Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II.
Found in 7 Collections and/or Records:
Berilmu Berbakti : Penglibatan Komuniti untuk Penjanaan dan Perkongsian Ilmu
Penerbitan ini merupakan buku khidmat komuniti UPM. Penerbitan ini mengandungi 39 program/aktiviti komuniti untuk tahun 2010-2011.Program dan aktiviti khidmat masyarakat adalah satu satu usaha UPM terhadap kerja-kerja di lapangan untuk berkongsi dan memindahkan ilmu kepada komuniti selain penumpuan kepada pengajaran dan penyelidikan.
Brosur Edu-Park Universiti Putra Malaysia : Play, Learn & Stay Young
Penerbitan ini mengenai brosur eDU-PARK Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2022 oleh Putra Science Park UPM. Isi kandungan brosur ini meliputi maklumat terperinci 12 lokasi edu-pelancongan yang terdapat dalam pakej eDU-PARK UPM. eDU-PARK Universiti Putra Malaysia telah dilancarkan semasa sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Buletin APEEC : Pusat Pengembangan, Keusahawanan & Pemajuan Profesional
Penerbitan ini adalah terbitan Pusat Pengembangan,Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC). Isi kandungan buletin ini meliputi pelbagai bidang seperti bidang komunikasi, pembangunan komuniti, perubahan organisasi, kesukarelawanan, komputer dan kerja, pendidikan dewasa, pendidikan non-formal, kepimpinan dan pengurusan, latihan, pengajaran dan pembelajaran.
Hari Terbuka Bersama Pakar Pertanian UPM di Daerah Temerloh, Pahang : Dari Gedung Ilmu ke Lapangan
Managerial Administrative Competency Development Program
Penerbitan ini merupakan buku program latihan luar negara untuk kakitangan eksekutif dalam pentadbiran. Program ini telah bekerjasama dengan Universiti Terbuka Sri Lanka. Program ini, diadakan dari 2 hingga 8 Disember 2018 di Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia.
Melestari Transformasi Komuniti Projek Komuniti NBOS@Serdang
Penerbitan ini merupakan buku projek komuniti NBOS@Serdang yang menggangkat tema melestari transformasi komuniti kerjasama Universiti Putra Malaysia, Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan Malaysian Higher Education.Penerbitan ini mengandungi aktiviti-aktiviti dan gambar-gambar sepanjang program tersebut.