Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee
Parallel Names
- Kolej Tujuh Belas
General Context
Kolej Tujuh Belas mula dibangunkan pada 10 Julai 2003 seiring dengan pembinaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan anggaran kos RM 202 juta dan telah siap dibina sepenuhnya pada 10 Januari 2006.
Majlis penyerahan kunci bangunan Kolej Tujuh Belas daripada pihak pemaju kepada Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi ) Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 16 Jun 2006. Walaubagaimanapun, Kolej Tujuh Belas telah mula beroperasi pada 1 Julai 2006. Buat sementara waktu, pusat pentadbiran sementara terletak di Astaka Seni, Universiti Putra Malaysia.
Secara umumnya, kolej ini menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Perubatan Veterinar. Namun demikian, terdapat juga segelintir pelajar daripada fakulti-fakulti lain dalam kampus Universiti Putra Malaysia yang menetap di sini. Keseluruhannya, terdapat 4 blok bangunan kediaman pelajar iaitu blok A, blok B dan C bagi pelajar wanita serta blok D bagi pelajar lelaki. Selain itu, terdapat juga surau, sebuah bangunan kiosk pelajar, kafeteria, rumah pengetua dan lapan (8) unit rumah felo.
Kapasiti yang boleh ditampung bagi Kolej 17 ialah seramai 1800 orang.
Pada tanggal 26 Jun 2022, penamaan semula Kolej Tujuh Belas kepada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bersempena nama Allahyarham Tan Sri Ahmad Mustaffa Babjee. Pertukaran nama tersebut merupakan satu inisiatif yang diambil oleh pengurusan UPM dalam usaha penjenamaan semula nama-nama kolej kediaman berinspirasikan nama tokoh terkemuka yang berkaitan dengan bidang pengajian pelajar.
Umum mengetahui bahawa Allahyarham Tan Sri Mustaffa Babjee merupakan tokoh akademik terkemuka dalam bidang perubatan, perubatan veterinar serta sains kesihatan yang telah banyak menyumbang bakti sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Usaha penjenamaan semula kolej ini juga telah bermula sewaktu Naib Canselor UPM, Prof Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyandang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor UPM manakala Prof Dr Daud Ahmad Israf Ali sebagai pengetua Kolej Tujuh Belas.
Masih mengekalkan tradisi dan cara kerja yang sama tetapi dengan beberapa perubahan telah dilakukan yang membawa kepada kemajuan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan Universiti Putra Malaysia khususnya.
Found in 6 Collections and/or Records:
Citra Terunggul Edisi 1
Penerbitan ini merupakan Majalah Edisi 1 Kolej Tan Sri Mustafa Babjee.
Kolej Tan Sri Mustafa Babjee sedang dalam pembinaan
Legasi 17 : Edisi Pertama, Majalah Kolej 17
Penerbitan ini mengenai Legasi 17 : Edisi Pertama, Majalah Kolej 17 yang Sidang Redaksi Legasi 17 Sesi 2009/2010.
Majalah Kolej 17 : Edisi Pertama : 2010 : Legasi 17
Penerbitan ini mengandungi profil sidang redaksi, warkah semanis bicara, kilauan kolej 17, pentadbiran kolej, Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM), laporan blok, dari kamar bonda, jasamu dikenang, takwim aktiviti semester 1 dan 2, diari kolej, detik gemilang, nukilan seni, album kenangan, tentang dia, memori legasi 17, penghargaan dan autograf.
Majlis Dua Makjasa II Kolej Tujuh Belas Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini merupakan buku program majlis yang diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar tahun akhir serta mereka yang berjasa dalam mengharumkan serta melestarikan nama Kolej Tujuh Belas. Program ini telah diadakan pada 21 Mac 2008 bertempat di Hotel Marriott, IOI Resort, Putrajaya.
Malam Kilauan Berjasa IV 2009/2010
Penerbitan ini merupakan buku program bagi majlis Malam Kilauan Berjasa IV untuk tahun 2009/2010. Majlis ini diadakan pada 28 Mac 2010 bertempat di Dewan De' Sri Endon Putrajaya.
Additional filters:
- Subject
- Bangunan/Monumen/Papan tanda 1