Pusat Pengajian Matrikulasi
Perkembangan
Pusat Pengajian Matrikulasi ditubuhkan pada tahun 1985 sebagai satu organisasi akademik tersendiri untuk mengendalikan pengajaran kursus-kursus Sains dan Matematik asas bagi pelajar-pelajar matrikulasi dan pelajar tahun pertama program diploma.
Pada sesi 1987/88, Program Matrikulasi Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) telah dimulakan. Program ini dekendalikan oelh Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Pendidikan, sebelum diambil alih oleh Pusat Pengajian Matrikulasi pada tahun 1995.
Pada sesi 1994/95 Pusat Pengajian Matrikulasi telah mempelkenalkan program Matrikulasi Perakaunan dan Pengurusan yang melibatkan pengambilan pelajar aliran sastera.
Pada sesi 1195/96, Pusat Pengajian Matrikulasi telah mempelkenalkan beberapa program baru disamping mempelkenalkan program matrikulasi Sains, Perakaunan dan Pengurusan di Kampus UPM dan Kolej Unitek Malaysia.
Pada sesi Julai 1996/97, Pusat Pengajian Matrikulasi mempelkenalkan program matrikulasi setahun bagi mnyambut seruan kerajaan untuk memendekkan tempoh pengajian bagi semua aliran pengajian.
Pusat Pengajian Matrikulasi mempunyai 5 cawangan:
1. Kolej Mara Kulim, Kedah
2. Universiti Kolej Trengganu, Trengganu
3. Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Kota Bharu, Kelantan
4. Kolej Unitek, Petaling Jaya, Selangor
5. Pusat Metrikulasi Cermai Jaya, Kota Samarahan, Sarawak
Found in 1 Collection or Record:
Buku panduan pelajar Matrikulasi : sesi 1997/98
Penerbitan ini adalah mengenai kalendar akademik, sistem penilaian dan peperiksaan, syarat kemasukan, pendaftaran dan program yang ditawarkan.