Institut Multimedia dan Perisian
Perkembangan
Institut Multimedia dan Perisian diasaskan oleh CyberCreative Laboratory (CCL) yang mula beroperasi pada Januari 1996, di bawah pentadbiran Pusat Pembangunan Perniagaan (UBC) UPM. CCL dinaik taraf kepada Institut Multimedia (IMM) pada Januari 1999. Mulai 2001, IMM digabuangkan dengan Institut Pembangunan Perisian (IPP/SDI) yang beroperasi sejak tahun 1997 dan "Multimedia Instructional Design Centre" (MIDC) yang beroperasi sejak tahun 1998, untuk membentuk Institut Multimedia dan Perisian. Penubuhan IPM sebagai salah sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM telah diluluskan oleh badan-badan penting berikut: 1. Senat UPM dalam Mesyuarat Senat ke 396 pada 14 September 2000; 2. pihak Lembaga Pengarah Universiti (LPU), UPM dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah UPM pada 30 September 2000; 3. Pihaj Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dalm mesyuaratnya bil 6/2001 bertarikh 19 September 2001.
Institut Multimedia dan Perisian telah ditubuhkan secara rasmi pada 19 September 2001
Found in 6 Collections and/or Records:
Buletin IMP
Penerbitan ini merupakan buletin yang diterbitkan oleh Institut Multimedia dan Perisian ,Universiti Putra Malaysia. Tujuan penerbitannya adalah untuk menyampaikan informasi tentang aktiviti dan kejayaan terkini serta yang berkaitan pencapaian institusi.
Isu 2 Jun - Disember 2003
Isu 7 Januari - April 2005
Isu 11 Jan - Mac 2006
Laporan Tahunan 2004 Institut Multimedia dan Perisian
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Institut Multimedia dan Perisian tahun 2004.
Prospektus Institut Multimedia Universiti Putra Malaysia
Additional filters:
- Type
- Archival Object 3
- Collection 3